ZIKRA 2018 – LZS Makan Gaji Buta Je!

ZIKRA 2018 – MENYELAMI KEHIDUPAN ASNAF, FAKIR MISKIN DAN MUALLAF

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Bila sebut pasat Lembaga Zakat atau Pusat Zakat agak-agaknya la kan apa yang akan terlintas dalam kepala kita? Kak Ti yakin benda pertama yang akan menjengah ke dalam kepala kita adalah berita-berita negatif pasal Lembaga Zakat. Kak Ti tak salahkan korang pun sebab Kak Ti sama je dengan korang.

Tapi itu dululah. Tanggapan kak Ti telah berubah 100% sejak kak Ti bersama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan pernah terlibat secara personal dalam satu projek Lembaga Zakat. Itulah orang Melayu kata, tak kenal maka tak cinta. Orang Putih kata pulak “don’t judge the book by it’s cover”.. Ehhh ada kena mengena ke.. Hahaha..

Pengalaman kak Ti bersama Lembaga Zakat pernah kak Ti kongsikan dalam entry kak Ti “Air Mata Tumpah di Lembaga Zakat Selangor Klang Sentral”. Alhamdulillah, pada 29 September yang lepas, kak Ti sekali lagi diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dan kali ni kak Ti tak bersendirian. Kak Ti bersama dengan rakan blogger KBBA9 iaitu Eika.

Ziarah Korporat & Media Bersama Asnaf (ZIKRA) 2018

Untuk yang kesekain kalinya, Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan program Ziarah Korporat & Media bersama Asnaf (ZIKRA) dan untuk kali ini seramai 40 orang peserta daripada 20 buah syarikat pengeluar zakat telah terlibat sama di dalam program ZIKRA ini. Selain daripada wakil-wakil syarikat, beberapa orang wakil media juga turut terlibat di dalam program ini.

ZIKRA kali ini memberikan peluang kepada para peserta untuk bersama-sama menelusuri kehidupan asnaf, fakir miskin dan muallaf di Kuala Langat. Selain dari itu, ZIKRA juga bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pengeluar zakat aktiviti agihan yang dijalankan. Satu lagi objektif ZIKRA adalah untuk mendapatkan maklum balas secara terus tentang keberkesanan agihan zakat yang dilaksanakan di Selangor.

Bagi kami dari pihak media pula, ini adalah peluang kami untuk melihat sendiri bagaimana sumbangan zakat disalurkan kepada penerima-penerima yang layak dan bersama-sama dengan pengeluar zakat merasai serta menyelami realiti kehidupan asnaf LZS yang telah menerima bantuan. menjadi tanggungjawab kami untuk mewarkan-warkan kepada  masyarakat agar masyarakat merasa lebih yakin untuk mengeluarkan zakat di saluran yang betul.

Menelusuri & Menyelami Realiti Kehidupan Asnaf

Aturcara kami pada hari tersebut bermula seawal pukul 8 pagi dimana kami perlu mendaftar dan sebelum kami  bergerak ke Kuala kelanang, Kuala Langat, kami telah diberikan sarapan yang telah di taja oleh Restoran Gerbang Alaf Sdn bhd (McDonalds). Sementara menikmati sarapan, Encik Mohd Sabirin Bin Sarbini, Pengurus Besar Divisyen Kutipan telah memberikan ucapan alu-aluan dan juga taklimat ringkas berkenaan kutipan dan agihan zakat yang telah dijalankan oleh LZS.

Selesai bersarapan dan mendengarkan taklimat, perjalanan kami pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa semoga perjalanan kami dipermudahkan dan diberkati olehNya.  Pihak LZS telah menyediakan sebuah bas bagi membawa semua peserta ZIKRA ke Jeti Kuala Kelanang dan perjalanan kami pada pagi tersebut adalah selama lebih kurang sejam lebih.

Walaupun perjalanan kami agak jauh, tapi taklah terasa sangat sebab sepanjang perjalanan wakil pihak LZS mengadakan kuiz dan juga menjemput seorang ustaz untuk menyampaikan tazkirah ringkas. Tazrikah yang disampaikan oleh ustaz tersebut walaupun ringkas namun cukup padat dengan pengajaran. Siap ada nyanyian live lagi dari ustaz. terbaiklah ustaz.

Bersama Nelayan

Sesampainya kami di jeti Kuala Kelanang, satu taklimat bantuan modal nelayan telah diberikan. Turut dijalankan di situ adalah majlis penyerahan zakat kepada asnaf dan juga gimik pemberian hasil laut kepada peserta ZIKRA oleh wakil pihak TriPLC Berhad yang telah diterima oleh Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Tuan Abdul Basith Abdul Hamid.

Acara seterusnya adalah aktiviti turun ke laut bersama nelayan. Para peserta telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dimana kami akan menaiki bot dan sampan yang telah ditentukan mengikut kumpulan kami. Yeayyy!! Dapat naik bot. Hahahaha.. Kami dibawak naik bot ni bukan sesaje nak bersiar-siar tau. Kami dibawa untuk melihat sendiri aktiviti nelayan yang dijalankan dikawasan tersebut.

Lebih kurang 2 jam membelah lautan (cheewaahh) sempat jugaklah kak Ti bersembang dengan abang bot (alamak lupa nama dia) yang membawa kumpulan kak Ti. Perbualan ringkas kami cukup membuatkan kak Ti merasa insaf dan bersyukur dengan apa yang kami miliki. Bayangkan, mereka para nelayan ni terpaksa meninggalkan anak isteri kat rumah demi mencari rezeki.

Bukan sehari ya selama dua hari mereka akan berada di laut dan adakalanya mencecah tiga hari. itupun belum ada jaminan bahawa mereka akan balik dengan hasil yang lumayan. Cuba korang bayangkan diri korang di tengah lautan berdua dan kadang hanya bersendirian. Bayangkan pula perasaan isteri dan anak-anak mereka kat rumah yang pastinya sentiasa risau memikirkan sang ketua keluarga di tengah lautan demi menafkahi mereka..

Majlis Penyerahan Agihan Zakat & Fidyah

Selesai sesi bersama nelayan, ZIKRA kami diteruskan pula ke Masjid Al Azim Kuala Kelanang. Sebelum kami ke Masjid, pihak LZS telah menjamu peserta ZIKRA makan tengah hari di Restoran Best Corner yang telah menghidangkan hidangan “Shell Out untuk kami.

Pucuk dicita ulam mendatang. Perut berlagu riang tengok hidangan lazat yang tersaji depan mata. Jazakumullahu Khayr kepada pihak LZS dan juga pihak Restoran Best Corner yang telah menghidangkan hidangan yang sedap sangat kat kami. Oh ya! Masa kami sampai kat jeti nelayan tadi, sempat kak ti nampak kelibat Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris. Rupanya beliau memang bersama-sama dalam program ZIKRA kali ni.

Selesai je makan, kami teruskan perjalanan menuju ke Masjid Al Azim, Kg Klanang di mana majlis penyerahan bantuan zakat dan agihan beras fidyah kepada 150 orang ketua keluarga asnaf akan di jalankan. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Tuan Abdul basith Abdul Hamid diikuti dengan penyerahan beberapa bantuan dan juga agihan.

Antara bantuan yang diserahkan pada hari tersebut adalah berupa Bantuan Perubatan Miskin, Bantuan Modal Fakir, dan juga Bantuan Fisabilillah (permohonan karpet masjid). Turut hadir untuk menyerahkan sendiri bantuan yang mereka taja antaranya adalah pemilik syarikat D’herbs iaitu  Dato’ Sri Aliff Syukri yang rasanya memanga tak perlu diperkenalkan lagi.

ZIKRA Menyantuni Asnaf Muallaf di Pulau Carey

Selesai majlis di Masjid Al Azim, perjalanan kami diteruskan menuju ke Kg Kepau Laut, Pulau Carey untuk sesi taklimat bantuan Asnaf Muallaf dan bantuan bina rumah. Untuk bantuan bina rumah, rumah-rumah tu sebenarnya dah pun siap sepenuhnya dan telahpun ditempati oleh penerima bantuan.

Kami berpeluang untuk melihat sendiri rumah-rumah yang disediakan oleh pihak Lemabaga Zakat dan berpeluang melihat sendiri kegembiraan mereka-mereka yang telah menerima bantuan ni. Kehadiran kami di Kg Kepau Laut disambut dengan penuh mesra oleh penduduk-penduduk orang asli.

Dan yang paling bestkan, sebagai menyambut kehadiran kami semua, para penduduk kat sini bergotong royong menyediakan juadah minum petang iaitu ubi rebus siap dengan sambal ikan bilis dan sambal udang.. Kami semua menikmati juadah yang disediakan dengan penuh berselera. Rasa terharu sangat dengan sambutan penduduk Kg Kepau Laut ni.

Untuk sesi bersama orang asli di Kg Kepau Laut ini, pihak LZS juga telah menyerahkan sumbangan berupa bantuan untuk membaik pulih surau Kg Orang Asli di Pulau Carey. Sebagai cenderamata untuk penduduk di sini, pihak Telekung Khadijah telah berbesar hati menyediakan sebanyak 20 hamper dan juga goodies bag untuk kanak-kanak.

Oleh-Oleh Untuk Peserta ZIKRA 2018

Sesi Ziarah Korporat & Media bersama Asnaf untuk tahun 2018 berakhir dengan sesi minum petang bersama-sama dan seterusnya kami semua bergerak balik menuju ke pejabat LZS Shah Alam. Alhamdulillah kami semua selamat sampai lebih kurang pukul 7.30 malam dan sebelum kami semua kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, pihak LZS telah menyerahkan kepada kami kotak yang berisi ikan yang ditaja oleh pihak TRiPlc.

Peluang menyelami kehidupan nelayan Kg Klanang dan juga menyantuni muallaf di Pulau Carey merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kepada kak Ti sendiri. Melihat sendiri kemana duit zakat para pembayar zakat di salurkan merupakan bukti bahawa pihak LZS sentiasa menjalankan amanah yang telah diberikan sebagaimana sepatutnya,

Kak Ti berharap semoga selepas ini kita akan menjadi lebih peka dan menjalankan tanggungjawab kita dalam menunaikan zakat, baik secara individu mahupun sebagai sebuah syarikat atau badan korporat. Memetik kata ustaz (alamak lupa nama),

“Pihak LZS menggalakkan masyarakat untuk melaksanakan pembayaran zakat mereka melalui saluran yang betul iaitu melalui pusat zakat instead of membayarnya secara persendirian kerana dikhuatiri zakat yang disalurkan itu bukanlah menjadi zakat sebaliknya hanya menjadi derma”

Maklumat Lanjut

Website LZS: http://www.zakatselangor.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/

Facebook Comments Box

11 thoughts on “ZIKRA 2018 – LZS Makan Gaji Buta Je!

  1. Yanie tak paham orang yang kata LZS makan gaji buta.. Sebenarnya diorang jalankan kerja dan tanggungjawab yang diberikan. tapi masih ada yang tak nampak. takkan tiap kali nak jalankan kerja kena iklankan war war besar-besaran kan.. Bagus perkongsian ini.

  2. Sebenarnya diaorang tak tau macam mana duit tu disalurkan..cuba diaornag join macam akk join ni baru diaorang tau..kan kak..alhamdulillah, dapat bantu mereka yang memerlukan

Leave a Reply

Your email address will not be published.