Zakat@FAMILY – Keluarga Bahagia, Masyarakat Harmoni

ZAKAT@FAMILY

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.” (Surah al-Tahrim: 6)

Kalau tengok tajuk kat atas tu mesti korang dah boleh agak kak Ti nak share pasal apa kan? “Kak Ti ni asik share pasal zakat je… Tak jemu ke?”

Aishhh… Kenapa pulak kak Ti nak jemu berkongsi perkara yang baik. Terutamanya berkenaan dengan zakat yang kak Ti yakin masih ramai lagi tak begitu cakna dengan kewajipan membayar zakat ni.

Korang pernah dengar berkenaan Zakat@Family ni? Haaa.. Tengok tu.. Tak pernah kan… Sebab tu lah bila ada info-info baru berkenaan dengan zakat ni kak Ti suka nak share. Harapan kak Ti.. Moga-moga Allah pandang usaha kak Ti yang tak seberapa untuk berkongsi maklumat ni sebagai satu dakwah kecik kak Ti..

Kenangan ketika mengikuti program Jejak Asnaf bersama Lembaga Zakat Selangor..

Kewajipan Membayar Zakat

Ok lah.. Korang semua mesti dah tau kan yang zakat adalah salah satu fardhu dalam Rukun Islam yang lima. Setiap umat Islam yang layak wajib menunaikan zakat dan sesiapa yang mengingari kefardhuanya adalah KAFIR dengan Ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan Ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah swt kepadanya.

Bantuan yang disampaikan langsung kepada penerima.. Inilah salah satu sebab kenapa kita wajib membayar zakat.. Supaya saudara-saudara kita yang layak dapat dibantu..

Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ni.

Zakat@FAMILY – Satu Lagi Inisiatif LZS

Bagi membantu memudahkan orang ramai terutamanya ketua keluarga untuk memastikan setiap ahli keluarganya yang layak menunaikan zakat, Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan satu inisiatif bagi meningkatkan kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat Selangor.

Inisiatif tersebut adalah Zakat@FAMILY, iaitu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungjawab atau jagaannya dalam sesebuah institutsi kekeluargaan Muslim di Selangor.

Objektif Zakat@FAMILY

Pihak LZS berharap dengan adanya kempen Zakat@FAMILY ini akan dapat memupuk kesedaran kepada setiap ketua keluarga, penjaga atau wali dalam memastikan bahawa setiap ahli keluarga di bawah tanggungan dan jagaan mereka tanggungjawab telah melaksanakan taksiran dan pembayaran zakat.

Objektif lain yang ingin pihak LZS capai melalui kempen Zakat@FAMILY ini adalah untuk Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

Ia juga untuk memastikan bahawa setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Kaedah dan Tanggungjawab

i) Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk:
i) Diri Sendiri
ii) Pasangan
iii) Tanggungan
iv) Individu di bawah jagaan

ii) Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

iii) Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

iv) Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran“Zakat@FAMILY”adalah seperti berikut :

BILPEMILIK HARTA TANGGUNGJAWAB PEMBAYARAN ZAKAT
1Individu MukallafDiri sendiri
2Pasangan (Bekerja atau tidak bekerjaDiri sendiri
3Anak atau individu yang belum mukallaf dan masih menjadi tanggungan ketua keluargaKetua keluarga
4Anak yatimIbu / Bapa
5Anak yatim piatuPenjaga / wali
6Anak angkat / Anak tiriBapa kandung / ibu kandung / penjaga
7Orang kelainan upaya (bukan mukallaf)Bapa kandung / ibu kandung / penjaga
8Ibu bapa dan lain ahli keluarga yang sudah uzur, nyayuk, gila dan tidak lagi mampu menguruskan harta merekaAnak / penjaga
9Anak tidak sah tarafIbu kandung / penjaga

v) Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran Zakat@FAMILY adalah seperti berikut:

BILJENIS ZAKATKATEGORI HARTA
1ZAKAT PENDAPATAN
Nota: Taksiran ini merangkumi tolakan
had kifayah yang layak dilakukan bagi
setiap individu agar tidak berlaku
pertindanan dan mengetahui
kelayakan membayar zakat
i) Hasil penggajian &
upah
ii) Hasil-hasil bebas &
profesional
iii) Hasil al-mustaghallat
iv) Hasil pemberian &
sumbangan
2ZAKAT BERASASKAN NISAB EMAS
Nota: Taksiran yang dilaksanakan
adalah bagi menentukan kelayakan
kewajipan zakat bagi setiap individu
yang memiliki harta yang berasaskan
nisab emas
i) Emas
ii) Wang simpanan
iii) Saham dan pelaburan

Oklah.. Kati harapkan semoga dengan perkongsian kak Ti ni akan dapat memberikan serba sedikit kefahaman berkenaan kempen Zakat@FAMILY yang dilancarkan oleh pihak LZS. Kak Ti harap jugak, bila dah tau tu, korang jaganlah buat tak tau lagi.. Ambil tindakan.. Bukan untuk orang lain pun.. Untuk kita dan ahli keluarga kita jugak kan..

Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Aduan Atau Pertanyaan Kepada LZS

Kalau korang ada sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan kutipan ataupun agihan zakat, korang boleh hubungi LZS melalui Borang Online ini.

Masukkan jenis pertanyaan korang dengan betul supaya mereka dapat salurkan kepada bahagian berkenaan dengan segera. Atau korang juga boleh mengikut perkembangan, info zakat dan aktivit-aktiviti LZS melalui Facebook mereka.

Website LZS: http://www.zakatselangor.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.