Urutan e-Genki – Legakan & Cergaskan Badan Yang Lesu
URUTAN e-GENKI – PADUAN URUTAN TRADISIONAL CINA DAN TERAPI MODEN BIOELEKTRIK
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Sebelum ni kak Ti pernah share pengalaman pertama kak Ti mencuba sport massage. Kali ni kak Ti nak share pulak dengan korang pengalaman kak Ti mencuba urutan yang menggabungkan cara urutan tradisional Cina dengan cara moden. Kak Ti bab urut mengurut memang suka sangat. Ialah.. Mau tak suka.. lepas urut je mesti rasa lega. Rasa ringan je badan. Kalau tak.. semua rasa kaku..
Punyalah suka berurut kan, everytime kak Ti ke Thailand memang tak akan lepaskan peluang untuk buat Thai Massage. Tapi bila dengar pasl e-Genki ni.. Kak Ti macam skeptical jugak. Tambah-tambah pulak sebelum ni kak Ti tak pernah ada pengalaman dengan teknik urutan tradisonal Cina. Tapi memandangkan kali terakhir kak Ti berurut pun dah sebulan rasanya.. So apa salahnya cuba urutan e-Genki ni.
Pusat urutan e-Genki ada di beberapa tempat (nanti kak Ti share kat mana ya) salah satunya kat Sri Petaling. Memandangkan rumah kak Ti berdekatan dengan Sri Petaling, maka kak Ti pilih untuk mencuba urutan e-Genki ni kat Healthland Sri Petaling. Kak Ti ke sana berdua dengan dengan Tuan SOSAB.
Untuk pengetahuan korang, e-Genki merupakan pekongsi strategik kepada Helathland. Jadi kalau korang nak cuba urutan e-Genki ni korang kena datang ke pusat terapi kesehatan Healthland yang terpilih dan request e-Genki.
Urutan E-Genki tu Apa?
Dari tadi kak Ti dok sebut pasal urutan e-Genki, tapi kak Ti tak cerita lagi kat korang apa teknik urutan e-Genki ni. Oklah.. Meh kak Ti sharekan apa tu sebenarnya urutan e-Genki. Macam yag kak ti bagaitau awal-awal tadi, urutan e-Genki ni merupakan kombinasi teknik urutan tradisional Cina dan juga terapi Moden Bioelektrik.
Apa benda tu kak Ti? Haaa.. Mesti korang tertanya-tanya kan? Sebenarnya urutan ni merupakan teknik urutan yang menggunakan aliran elektrik rendah untuk merangsang pusat-pusat di badan kita.. Ala macam teknik akupunktur yang cari poin-poin kat badan kita pastu cucuk poin tu dengan jarum. Tapi urutan e-genki ni kiranya teknik akupunktur yang dah dimodenkan dengan menggunakan teknologi terbaru.
Mcam seram je dengar kan. Tapi masa buat tu sesi urutan e-genki tu.. Memang syok betul. Kat mana bahagian-bahagian anggota badan kita yang bermasalah, therapist akan tau tanpa kita bagitau pun. Dia akan tau melalui reaksi kita masa sesi tu.
Bahagian-bahagian anggota badan yang ada masalah akan terasa sakit masa therapist buat urutan e-genki. Manakala bahagian yang tak ada masalah rasa rileks je kena aliran elektrik rendah tu. Macam kak ti hari tu, bahagian paling sakit kat bahu dengan bahagian antara pinggang dengan punggung kak Ti. Korang jangan risaulah.. Therapist-therapist yang buat urutan e-genki ni semuanya terlatih dan yg penting tersedia therapist lelaki dan wanita.
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Selain bertujuan untuk melegakan badan, manfaaat dan kebaikan utama urutan e-Genki ni adalah untuk membantu kita memperbaiki kesehatan anggota badan kita. Ialah kan.. kadang kita ni ambik mudah je dengan apa yang kita buat dengan badan kita ni. Makan kurang jaga, senaman pun kadang ada kadang tak ada. Yang paling haru bila makan tak jaga pastu senaman pun memang usah harap lerr.
Bayangkan hari-hari kita buat badan kita macam tu, Lama-lama tanpa kita sedar mesti ada bahagian-bahagian yang perlukan penjagaan extra. Mencegah lebih baik dari mengubati. Ramai diantara kita yang sedia maklum dengan kata-kata ni.. Tapi tak ramai diantara kita yang akan ambil langkah pencegahan dengan menjaga kesehatan tubuh badan kita. Kita hanya akan prihatin pada anggota badan kita sendiri bila dah sampai ke tahap perlu diubati.
Manfaat dan Kebaikan e-Genki
Urutan e-Genki ni bukan sahaja dapat melegakan badan tapi ada banyak lagi manfaat-manfaat lain yang boleh diperolehi melalui teknik urutan ni. Antaranya adalah dapat meningkatkan peredaran darah, dapat menjana semula sel-sel dan saraf, memperbaiki sistem perkumuhan, menigkatkan anti keradangan, menghilangkan kelesuan, melegakan ketegangan dan kesakitan badan dan juga dapat mendetoks badan kita.
Untuk kaum wanita pulak, kak Ti ada berita baik.. Urutan e-Genki ni jugak dapat membantu kaum wanita mendapatkan bentuk badan idaman. Ialah kan.. Secara logiknya bila semua anggota badan kita dah sehat, maka secara keseluruhannya badan pun akan sehat. Kita pun akan secara tak langsung pastinya akan cuba mengekalkan kesehatan kita dengan menjaga pemakanan kan.
Sesi Urutan e-Genki
Bila selesai sesi konsultasi, kita akan dibawa ke bilik untuk mulakan sesiurutan. Sesi ni sama je macam kalau kita pergi spa mana-mana untuk berurut. Cuma bezanya dengan teknik urutan e-Genki ni, sesi dimulakan denga melekatkan pad-pad yang fungsinya untuk mengalirkan biolektrik beraliran elektrik rendah ke badan kita.
Nak tau macam mana rasa dia.. Bila therapist menyentuh badan kita, akan terasa macam ada renjatan-renjatan kecil kat bahagian yang disentuh tu. Tapi tak sakit pun.. Tapi bila therapist sampai je kebahagian badan kita yang bermasalah, masa tu barulah terasa sakit. Bila dah dapat detect bahagian badan kita yang bermasalah, therapist akan fokus urutan kat bahagian tu sampailah secara perlahan-perlahan kesakitan tu akan berkurangan.
Tapi ada juga bahagian yang akan terasa sakitnya sampai beberapa hari tau. Terutamanya kalau bahagian badan tu memang dah lama bermasalah. Ialah kan.. e-Genki ni bukan magik. Urut sekali terus hilang semua masalah. Amboii! Dah biarkan badan tu dalam kondisi yang tak sehat punya lama, pastu berharap dengan satu kali urutan selesai masalah. Tak dapek nak nolong der.
Kalau ikutkan nasihat pakar kat e-Genki ni, sebaiknya sesi urutan perlu diulang beberapa kali dalam sebulan. Infact, untuk kesan maksima, lagi kerap lagi bagus. Kalau tak dapat kerap sangat pun sekurang-kurangnya gap antara satu sesi ke satu sesi yang lain tu jangan terlampau lama. Sebabnya kalau terlampau lama yang baru nak baik tu terbantut prosesnya.
Mud Balm Treatment
Secara keseluruhannya sesi urut ni mengambil masa selama satu jam. Tapi masa kak Ti pergi hari tu, kak Ti pilih sekali untuk tambah sejam lagi untuk Mud Balm Treatment. Mud Balm Treatment berfungsi untuk membantu melancarakan peredaran darah dalam badan. Ia diperbuat dari lumpur volcano yang dah dicampurkan dengan herba-herba tertentu.
Bila therapist letakkan kat belakang kita kan… Rasa dia hangat-hangat nyaman je kat badan. Lepas Mud Balm disapukan kat belakang badan kita, kita akan diminta untuk memusingkan badan dan berbaring dengan selesa. Kita akan ditinggalkan dalam bilik untuk berehat lebih kurang 45 minit dengan Mud Balm masih dibadan kita.
Sebelum keluar, therapist siap padam lampu lagi. Apa lagi memang lena sungguh kak Ti sementara tunggu dia datang balik. Oh ya.. Rasa panas bila sapu Mud Balm tu bukanlah sebab lumpur tu lumpur volcano. Tapi kesan dari tindakbalas herba dengan badan kita. Kesan hangat kat belakang badan kak Ti tu, lama jugak baru hilang tau.. Sedap je rasa hangat-hangat dia tu.
Lepas habis sesi berurut dan Mud Balm Treatment, memang badan terasa lega sangat. Bukan kak Ti je yang rasa macam tu, Tn SOSAB pun berpuas hati sangat dengan sesi kami ni. Siap dah ajak kak Ti untuk repeat lagi.
Informasi Lanjut
Untuk korang yang nak mencuba rawatan e-Genki ni, korang boleh tengok informasi yang kak Ti share kat bawah ni.
Outlet Healthland yang korang boleh pergi untuk dapatkan e-Genki:
- Healthland Taman Desa
- Healthland Sri Petaling
- Healthland Setapak
- Healthland Desa Park City
- Healthland Taman Segar
- Healthland Aman Suria
- Healthland Setia Alam
Khas untuk korang yang follow kak ti, Kak Ti nak kongsikan dengan korang voucher diskaun yang bernilai RM100. Caranya mudah je untuk korang dapatkan voucher ni. DM kak Ti kat instagram @tatimansur010602. Itu je.. Benda yang baik eloklah dikongsi kongsikan ya dak. Tak rugi korang mencuba e-Genki ni.. Manfaatnya, korang sendiri jugak yang akan rasa.
Facebook: facebook.com/egenkimy/
best nya, confirm rasa segar ja badan pastu. sekali sekala kan buat urutan ni, memang akan dapat nikmati lah kesannya tu ^_^