Underwater World Langkawi – Bercuti ke Langkawi 2018 Day 2

BERCUTI KE LANGKAWI BERSAMA KELUARGA – DAY 2 MENJELAJAH UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sambungan dari entri bercuti ke Langkawi 2018 Day 1. Hari ke dua kami kat Langkawi bermula dengan sesi bersarapan kat hotel. Dah nama pun hotel berbintang-bintang bergemerlapan kan, ‘breakfast’ yang disediakan pun mestilah berbintang-bintang. Selesai sesi bersarapan, anak-anak semua ‘repeat’ lagi mandi kat swimming pool dan lepas tu kami terus ‘check out’.

Disebabkan teringat-ingat laksa yang kami nikmati masa hari pertama tu, sebelum bergerak ke Chenang, sempatlah kami menikmati makan tengah hari kat Hafiz Rojak. Untuk hari ke dua ni, seperti yang dah dipersetujui kami semua akan meng ‘explore’ Underwater World Langkawi. Untuk mengelakkan kelaparan masa kat Underwater World, baiklah kami makan tengah hari siap-siap kat sini.

UNDERWATER WORLD LANGKAWI ‘BEST’ KE?

Walaupun kak Ti sebelum ni kata kak Ti takde buat apa-apa itinerary untuk percutian ke Langkawi ni, tapi adalah jugak dalam kepala ni plan nak bawak anak-anak jalan ke mana. Tapi yang pasti Underwater World ni memang takde langsung terlintas dalam kepala kak Ti. Kak Ti tak teringat pun yang kat Langkawi ada Underwater World.

Masa dah ‘decide’ nak ke Underwater World Langkawi ni, nampaklah betapa terujanya muka anak-anak. Bila tengok anak-anak teruja macam tu, kami berdua pun seronok. Tapi dalam hati agak risau jugak sebenarnya.. Iya ke kat Underwater World Langkawi ni ‘best’. Macam mana kalau kat sini nanti membosAnkan. Tak ke dah membazir masa kami kat Langkawi ni.

Tiba-tiba kak Ti teringat salah sorang rakan blogger KBBA9 kak Ti, Mama Kembar Tiga pernah buat entry pasal apa yang manarik kat sana.. Terus kak Ti ‘blogwalking’ ke blog Mama Kembar Tiga ni untuk dapatkan gambaran tentang Underwater World Langkawi. Daripada penulisan beliau dapatlah serba sikit gambaran tentang apa yang ada kat Underwater World ni.

ADA APA DENGAN UNDERWATER WORLD LANGKAWI?

Samapi je kat ‘entrance’ anak-anak dah mula teruja. Mana tidaknya, kat ‘entrance’ tu ada diletakkan satu akuarium besar yang buatkan budak-budak ni semua seronok, teruja dan tak sabar nak masuk dalam tengok apa yang ada kat dalam pulak. Kalau korang nak tau, kat Underwater World Langkawi ni bukan spesis hidupan laut je ada tau.. Macam-macam yang ada sebenarnya kat sini.

Bila masuk je ke dalam, selain dari pelbagai spesis ikan air tawar, kita juga dapat melihat pelbagai spesis reptilia seperti “Leopard Gecko”, “Chinese Water Dragon”, “Indonesian Blue Tongued Skink”, “African Fat Tailed Gecko” dan pelbagai spesis ular kecil  yang dipamerkan kat dalam kotak-kotak kaca yang berasingan.

Masuk ke dalam lagi, kita akan disajikan dengan satu suasana yang pasti akan memberikan kita satu pengalaman yang berbeza. Di seksyen Hutan Hujan Tropika ni kita akan menikmati sendiri  suasana seakan berada di tengah-tengah hutan hujan tropika yang mendamaikan. kat sini juga kita dapat tengok flamingo, burung pegar dan lain-lain.

 

 

 

 

Kalau ikut apa yang kak Ti baca kat blog Mama Kembar Tiga, kat Underwater World Langkawi ni ada penguin. Wahh! bestnya.. Tak payah pegi jauh-jauh sampai ke luar negara untuk tengok penguin. Bila dapat tengok penguin ni bukan anak-anak je yang teruja.. Mama dengan abahnya pun teruja sama. Comel je bila tengok penguin jalan terkedek-kedek.

Spesis penguin yang ada kat Underwater World Langkawi ni adalah ‘African Penguins’ dan diberi nama ‘Rockhopper penguins’. Mereka ni dipanggil rockhopper penguins sebab suka sangat melompat dari batu ke batu. Ingatkan masa sampai tu dapatlah tengok sesi bagi makan penguin, sayangnya masa kami kat situ sesi bagi makan tu belum samapai masanya lagi. Tapi tak pelah.. Dapat tengok penguin-penguin tu pun dah cukup menyeronokkan.

Dari tempat penguin tu, kami masuk pulak ke satu ruang pameran yang mempamerkan pelbagai jenis hidupan yang bercengkerang. Tapi kat sini semua yang dipamerkan tu tinggal cengkerang je.. Ada macam-macam jenis tau.. Ketam yang besar dari spesis ‘Giant Japanese Crab’ pun ada dipamerkan kat sini.

UNDERWATER WORLD LANGKAWI ADA TARIKAN LAIN

Typhoon Pavilion

Kalau korang nak tau, kat dalam Underwater World Langkawi ni, bukan ada pameran je tau. Korang juga boleh cuba juga tarikan dan aktiviti lain yang disediakan kat dalam ni. Kami sekeluarga berpeluang mencuba Typhoon Pavilion. Sebelum masuk tu kami senua diminta untuk pakai baju hujan pakai buang yang disediakan kat situ.

Kak Ti macam biasalah, hand phone ready kat tangan masa nak masuk dalam tu. Konon-kononya nak buat live. Tapi bila masuk dalam tu.. Kak Ti sempat buat live sekejap je terus simpan phone. Macam mana nak buat life kalau tangan ni sibuk nak berpegang untuk ‘menyelamatkan’ diri dari ribut taufan.

Memang mendebarkan sangat pengalaman kat dalam tu. Dengan angin kencang, dengan gegarannya, dengan goncangan yang kalau tak berpegang kuat-kuat memang boleh buat tergolek pastu siap ada efek basah kena percikan air laut yang bergelora. Aduh! Memang boleh buat lemah lutut tau kat Typhoon Pavilion ni. Memang satu pengalaman yang best dan mengujakan walaupun kami agak kebasahan..

Lost World Tunnel

Satu lagi tarikan yang disediakan kat dalam Underwater World Langkawi ni adalah Lost World Tunnel. Sebelum memulakan pengembaraan dalam Lost World Tunnel tu setiap seorang akan diberikan belon panjang. Mula-mula tu kak Ti macam-terpinga-pinga jugaklah. Dah nak buat apa pulak dengan belon ni. Rupanya, bila sampai kat dalam tu, belon ni lah yang akan jadi penyelamat korang dari terlanggar cermin.

Lost World Tunnel antara yang jadi favorit anak-anak kak Ti. Bukan main seronok lagi diorang tengok mama diorang ni terpaksa menjerit mintak jangan ditinggalkan dalam tu. Belon yang dapat sebelum masuk tu kan.. Masa tu lah nak guna untuk meraba-raba cari jalan keluar dari tunnel tu. Kalau tak ada belon tu, mau benjol kepala ni bila terlanggar cermin-cermin yang dipasang untuk mengelirukan kita tu.

Bila dah dapat jalan keluar tu pulak, korang jangan ingat dah selamat.. Korang terpaksa pulak lalu satu jembatan yang berpusing-pusing, beroleng-oleng ke kiri dan ke kanan sampaikan nak jalan pun susah. Yang kelakarnya, semua tu sebenarnya hanyalah ‘mind trick’ untuk mengelirukan minda kita. Jembatan tu sebenarnya tak bergerak pun. kak Ti memang kagum dengan permainan minda yang mereka buat ni.

Bayangkanlah.. Bila korang berjalan atas jembatan tu sambil buka mata.. korang akan rasa susah sangat nak berjalan sebab rasa tak stabil bila nak jalan. Tapi bila Tn Sosab bagitau kak Ti suruh tutup mata masa jalan atas jembatan tu, automatik hilang semua rasa tak stabil tu. Pastu bila bukak mata balik terus datang balik rasa tak stabil tu… Apa- apa pun memang best sangat Lost World Tunnel ni. Korang kena masukkan Underwater World Langkawi dalam itinerary korang bila korang ke Langkawi.

Untuk masuk ke Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel ni bayaran berasingan akan dikenakan. Korang boleh dapatkan maklumat berkenaan bayaran kat sana.

PUAS HATI KAT UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Dari Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel, kami sambung lagi explore Underwater World Langkawi ni. Ada macam-macam lagi hidupan laut yang kami dapat tengok. Dari sekecil-kecil hidupan laut sampailah spesis-spesis yang bersaiz besar.  Kat sini juga kita boleh tengok batu-batu karang laut yang cantik – cantik. Terus rasa macam nak buat akuarium sendiri kat rumah. Hahaha.. Nak cerita panjang-panjang sangat kang korang boring pulak kan.. Korang layan je lah gambar-gambar kat bawah ni ek.

Bagi kak Ti ‘personally’ kan, memang berbaloi masuk ke sini terutamanya bila bawak anak-anak .Seronok dapat, ilmu pengetahuan pun dapat. Meng’explore’ Underwater World Langkawi ni umpama lawatan sambil belajar untuk anak-anak dan kita sendiri. Dari situ kita boleh belajar dan menghargai anugerah yang Allah pinjamkan untuk kita ni.

Oh ya! Lupa nak bagitau awal-awal tadi.. Kalau korang takut korang akan rasa lapar masa kat dalam ni, korang jangan risau ok. Kat dalam ni ada Marrybrown. jadi kalau korang lapar atau nak berehat sekejap boleh lah duduk-duduk dulu kat sini. Tak payahlah korang tergersa-gesa nak keluar sebab nak cari tempat makan kan..

DOMPETKU RABAK LAGI

Laluan keluar Underwater World Langkawi ni bersambung dengan Chenang Mall tau. Sama juga macam HIG, kat sini pun ada macam-macam yang dijual termasuklah coklat. Tapi kalau korang memang ada niat nak ke area Kuah, kak Ti sarankan korang beli coklat kat HIG. Kat situ harga coklat-coklatnya lebih murah sikit dari kat Chenang mall ni. Tapi kalau korang peminat Pyrex, kat Chenang Mall lebih banyak pilihan berbanding kat HIG. Produk Tefal kat sini pun lebih murah.

Plan asal, nak beli barang yang kak Ti nak tu je.. Tapi bila tengok tu, tiba-tiba pulak teringat kat adik yang kak Ti tau mesti nak jugak beli apa yang kak Ti beli tu sebab harga dia memang murah sangat berbanding kalau beli kat luar Langkawi. Akhirnya dekat sejam jugak kak Ti kat situ sambil bervideo call dengan diorang tunjukkan corak-sorak yang ada. Bila dah beli tu, baru kak Ti terfikir, alamak makin sempitlah kereta jawabnya.. Dahlah lepas tu nak terus ke Kelantan.. Hahaha..

INFO LANJUT BERKENAAN UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Oklah.. Untuk korang yang nak ke Langkawi, kak Ti memang sarankan sangat korang untuk masuk ke Underwater World ni. Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut, korang boleh dapatkan melalui link-link yang kat bagi kat bawah tu ya.

UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Website: https://underwaterworldlangkawi.my

Facebook: facebook.com/underwaterworldlangkawi

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Tiket Masuk (dengan MyKad): Dewasa RM36 / Kanak-Kanak RM26

Untuk entry seterusnya kak Ti akan sharekan kat korang hotel murah tapi best yang kami duduk  untuk malam kedua, dan kat mana nak makan malam yang best, murah dan sedap kat Langkawi.. Tunggu Next Enry la ya..

Facebook Comments Box

6 thoughts on “Underwater World Langkawi – Bercuti ke Langkawi 2018 Day 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.