Bengkel Personaliti – Tips Untuk Membina Imej Yang Wow
TIPS MEMBINA IMEJ YANG MENARIK DI BENGKEL PERSONALITI BERSAMA PN AZIE SAM
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah untuk ketiga kalinya kak Ti dan beberapa lagi rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari telah diberikan kesempatan untuk menghadiri bengkel personaliti dan juga bengkel kecantikan yang berlangsung di Matic dari pagi sampailah ke petang..
Kalau sebelum ni kami dah menghadiri bengkel fotofon dengan kerjasama Sony dan selepas itu bengkel videofon bersama Founder The Photolicious, kali ini kami berpeluang untuk menghadiri bengkel personaliti dan juga bengkel kecantikan pula.
Haaa.. korang boleh agak tak kaum mana yang paling seronok bila dapat tau ada bengkel macam ni akan dijalankan. Mestilah kaum kak Ti.. Tapi.. Walaupun majoroti yang datang bengkel tu kaum wanita, tapi jangan tak tau ada jugak kaum lelaki yang datang tau. Walaupun imej dan kecantikan ni lebih sinonim dengan kaum wanita, tapi sekarang ni kaum lelaki tak kurang juga ‘concern’ nya tentang penampilan diri tau.
BENGKEL PERSONALITI BERSAMA PN AZIE SAM
Sesi pertama bermula dengan bengkel personaliti bersama Pn Azie Sam iaitu seorang Perunding Imej Muslimah yang bukan sahaja memberikan khidmat perundingan imej di Kuala Lumpur bahkan ramai yang yang telah mendapatkan khidmat beliau di serata negara.
Bengkel personaliti bersama Pn Azie sam yang berlangsung secara santai ini dibahagikan kepada beberapa topik utama iaitu:
- Wow First Impression
- Create Your Own Personality Style
- Color Make Your Soul
- Mix & Match Outfit
Apa Pentingnya Imej?
“Kenapa nak kena belajar imej bagai.. Setiap orang kan ada imej dan personaliti masing-masing.. Biarlah..” Haaa.. Biasa tak dengar orang cakap macam tu.. Betul.. Imej bukanlah segala-galanya. Tapi tanpa imej yang tepat, kita tidak mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang diri kita. Apa prinsip hebat kita, nilai-nilai positif kita, potensi serta kemampuan besar dan juga bakat besar kita..
Kalau korang nak tau, dalam bengkel personaliti in kami belajar bahawa imej ni dapat dibahagikan kepada 3 perkara iaitu ‘Appearance’, ‘Behavior’ dan Communication. Imej yang baik haruslah memiliki ketiga-tiga perkara ini dan jika kita gagal salah satunya, ia seumpama imej kita gagal keseluruhannya.
Wow First Impression
Korang tau tak apa tu ‘first impression’? Ok.. First impression ni adalah tanggapan ataupun pandangan pertama seseorang terhadap seseorang yang lain. Pernah tak kita berjumpa dengan seseorang untuk pertama kali dan terus kita bercakap dalam hati tentang orang tu. Belum kita kenal orang tu kita dah pun ‘form opinion’ tentang orang tu.
You Never Get A Second Chance To Make A Great First Impression…
Penting sangat untuk kita mewujudkan ‘first impression’ yang baik sebab macam mana ‘first impression’ yang kita tonjolkan kemungkinan akan mempengaruhi macam mana hubungan akan dijalinkan samaada hubungan profesional mahupun hubungan personal.
So.. Macam mana kita nak wujudkan ‘first impression yang Wow!! Untuk wujudkan ‘first impression yang wow.. Semasa bengkel personaliti ini, Puan Azie telah kongsikan 4 tips yang sememangnya sangat berguna dan boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja iaitu:
1.RELAX
Ini merupakan faktor yang paling penting terutamanya jika kita nak tunjukkan ‘first impression’ yang baik kepada klien atau bakal klien kita. Secara tak langsung, relax juga akan membuatkan kita nampak lebih berkeyakinan dan meyakinkan.
2. LOOK CLEAN (KEMAS)
Kita harus menjaga penampilan diri kita agar sentiasa kelihatan menarik atau paling tidak pun sedap mata memandang. Bersih, kemas, bersesuaian dan tidak berlebihah.. Itulah kunci agar kita sentiasa berpenampilan menarik.
3. A WINNING SMILE
Senyum dan dunia akan tersenyum bersamamu.. Chewahhh.. Tapi itulah hakikatnya.. Dengan senyuman kita akan dapat menghasilkan ‘fisrt impression yang baik serta dapat mempermudahkan komunikasi dua hala antara kedua dua pihak. Senyum.. Tapi bukan sengih macma kerang busuk tau..
4. BODY LANGUAGE
Body language atau bahasa tubuh merupakan komunikasi non verbal yang akan mewakili diri kita sebelum kita mula berbicara. Dari cara kita berdiri, duduk, bersalaman dan cara kita berbicara bahkan ‘eye contact’ akan menentukan samaada kita dapat memberikan ‘first impression’ yang wow ataupun tidak.
5. ASK MORE SAY LESS
Penting untuk menjadikan pertemuan pertama adalah berkenaan dengan dirinya dan kita menunjukkan bahwa tertarikk dengan pertemuan tersebut. Jangan syok sendiri dan mejandikan pertemuan tersebut hanya berkisar tentang diri kita sahaja. Banyakkan bertanya dan mendengar berbanding bercerita.
Gaya Personaliti Diri
Korang tau tak yang personaliti ni boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Natural, Romantik, Klasik dan Dramatic.. Haaa.. Itulah salah satu kelebihan yang akan didapatkan di dalam bengkel personaliti bersama Pn Azie.. Kita dapat kenal gaya personaliti diri kita…
A – Natural
Orang yang berpesonaliti natura lni adalah orang yang sukakan gaya yang selesa, mudah digayakan, ringkas tidak berfesyen dan suka mengenakan aksesori yang minimal. Antara selebriti tanah air kita yang dianggap memiliki personaliti Natural ni adalah Datok Dr Mohd Fadhilah Kamsah dan juga Farah Fauzana.
B – Romantik
Orang yang berpersonaliti Romantik pula adalah mereka yang suka bergaya feminin/maskulin, suka perincian, pentingkan kecantikan dan juga bergaya mengikut fesyen terkini. Personaliti terkenal tanah air Datok Siti Nurhaliza dikatakan antara yang berpersonaliti Romantik.
C – Klasik
Personaliti klasik adalah mereka-mereka yang sukakan gaya-gaya elegan, klasik, berstruktur, berpadanan dan pentingkan kualiti. Mereka yang berpersonaliti klasik ini biasanya terdiri dari mereka yang berkecimpung dalam kerjaya profesional seperti Dato Dr Zeti Akhtar mantan Gabenor Bank Negara. Cuba korang perhatikan gaya beliau.. Ada klass kan. Haaaa.. Klasik tu bukan maknanya kuno atau tua tau.. Tapi ada klasss..
Kalau ikut test yang kami buat masa bengkel tu, kak Ti dalam kalangan mereka-mereka yang berpersonaliti klasik.. Hmmm.. Iya ke.. Hahahaha..
D – Dramatik
Personaliti Dramatik pulak adalah mereka yang sukakakan kelainan dalam bergaya. Mereka sukakakn gaya yang unik, kreatif, berkeyakinan, berani dan suka mengenakan aksesori yang sarat. Senan ceritanya, mereka yang berpersonaliti dramatik ni adalah mereka yang suka menonjolkan diri mereka dan lain dari yang lain.
Tapi kan.. Tak kiralah apa jenis personaliti yang kita miliki, kita persentiasa bersedia untuk jadi seperti Chameleon yang dapat berubah dan beradaptasi dengan keadaan sekeliling kita. TOP (Time, Occasion, Place). Kita perlu sentiasa bersedia untuk merubah personaliti kita berdasarkan 3 perkara tersebut. Barulah Imej kita akan lebih terserlah dan menarik. Jangan jadi orang yang suka main hentam kromo dan tak menghormati majlis serta tuan rumah.
Color Your Soul
Tahu tak korang yang warna memainkan peranan amat penting dalam kehidupan dan pergaulan kita. Pemilihan warna yang tepat akan membantu penampilan kita sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan membuatkan personaliti kita tidak menarik. Warna juga mampu menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat.
Macam mana nak pilih warna yang tepat dan bersesuaian untuk membantu kita tampil denga npersonaliti yang menarik? Mengikut apa yang dikongsikan oleh Pn Azie, pemilihan warna-warna neutral untuk jaket, seluar, suit dan kain adalah amat sesuai kerana warna-warna neutral tidak pernah ketinggalan zaman dan boleh dibeli sepanjang tahun, Ia juga boleh dipadankan dengan dengan warna-warna lain.
Setiap warna juga mempunyai kualitinya yang tersendiri dan dapat memberikan tentang si pemakai. Kualiti warna boeh dibahagikan kepada 4 iaitu Cair, Pekat, Terang dan juga Kusam/Pudar.
Warna Cair – Warna-warna cair menunjukkan bahawa si pemakai adala orang yang suka berkawan, mudah didekati, masih muda tapi kurang berwibawa.
Warna Pekat – Ia menunujukkan bawaha si pemakai adalah orang yang berwibawa, matang, berkuasa dan berkeyakinan.
Warna Terang – Menununjukkan bahawa si pemakai adalah orang yang aktif, bertenaga dan positif.
Warna Kusam/Pudar – Ia membuatkan si pemakai tampak letih, berumur, dan tidak penting.
So lepas ni, korang taulah apa warna yang nak dipakai yang sesuai dengan situasi semasa korang kan..
TIPS PADANAN DAN WARNA
Korang pernah tak tengah jalan-jalan atau pun tengah duduk somewhere pastu lalu seseorang depan korang yang pakaiannya memang sangat awkward. Padanan warna yang dikenakan dari atas ke bawah memang tak kena. Sebenarnya kan.. Untuk mengetahui apa padanan yang sesuai untuk pakaian yang ingin kita gayakan ni mudah je..
Korang hanya perlu downoad color wheeler dan korang boleh belajar dari situ tentang padanan warna yang sesuai untuk pakaian korang. Jadi takdelah bila korang bejalan orang terpandang-pandang je kat korang. Bukan sebab korang nampak cantik sangat tapi sebab korang nampak pelik sangat.
MIX AND MATCH OUTFIT – KENALI BENTUK BADAN
Bagi kak Ti ini satu lagi tips yang sangat penting untuk menjaga penampilan diri yang Pn Azie kongsikan semamsa bengkel personaliti. Apa yang cantik kat orang lain belum tentu akan cantik bila kita pakai. Jadi, penting untuk kita mengenali bentuk badan kita barulah kita dapat tentukan gaya apa yang sesuai dan nampak cantik bila kita kenakan.
Bentuk badan wanita dapat dibahagikan kepada 5 iaitu Pear, Apple, Strawberry, Hourglass dan juga Ruler. Haaa.. Masa sesi memang meriahlah dengan gelagat para peserta yang saling ukur mengukur untuk dapatkan kepastian tentang bentuk badan sendiri.
Ada 4 bahagian yang perlu diukur iaitu, bahu, dada, pinggang dan punggung. Bila dah selesai mengukur badan, Pn Azie kongsikan pula formula untuk menentukan jenis bentuk badan. Kalau tak silap kak Ti, kebanyakan kami para wanita yang datang bengkel hari tu berbadan pear.. Cuma bezanya ada yang pear local dan ada yang pear international.. Hahahaha..
Semasa sesi bengkel persoaliti ini juga, Pn Azie juga turut berkongsi tips pemakaian yang sesuai untuk setiap bentuk badan. Apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dikenakan samaada dari segi fesyen pakaian, warna mahupun aksesori berdasarkan kepada bentuk badan peserta sendiri.
Satu Ilmu yang sememangnya sangat berguna dan dapat diaplikasikan dalan keseharian kita agar kita dapat tampil dengan imej yang menarik dan meyakinkan. Sesi bersama Pn Azie berakhir tengah hari dan kami berehat seketika sambil menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh Nurul Izah Catering. Memang sedap sangat makan tengah hari kami yang disediakan tu.
Untuk sebarang tempahan Nurul Izzah Catering :
Tel: +6013 340 8944 / +603 8068 5410 / 6410/7410
Email: enquiry@nurulizzahcaterin.com
Website: nurulizzahcatering.com.my
Facebook: Facebook.com/nurulizzahcatering
Instagram: Instagram.com/nurulizzahcatering
Sesi seterusnya adalah sesi bersama founder Peek A Box iaitu Puan Syuhada dan juga partner beliau. Masa sesi petang tu kami belajar buat lip balm dan juga face mist sendiri tau. Memanga best sangat. Nanti kak Ti sharekan yang sesi petang dalam entry lain ya.
Untuk sesiapa yang nak dapatkan khidmat Perundingan Imej atau berhasrat nak adakan bengkel personaliti dari Pn Azie Sam, korang boleh tengok info yang kak Ti sharekan kat bawah ni ya.
Tel: +6012-629 9393
Facebook: Azie Sam
Instagram: Azie Sam