Tertipu Dengan Program FitSuperb 5.0 Kapten Black
FITSUPERB 5.0 – PROGRAM KAPTEN BLACK YANG BUATKU TERPAKSA JADI SIHAT DAN FIT
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Amboii mengada-ngadanya tajuk kak Ti kan.. Bukan main lagi tau.. Alaaaa… saje je buat tajuk ala-ala sensasi sikit.. (sensasi keeee??).. Untuk korang yang first time sampai kat blog kak Ti.. Ini bukan entry pertama kak Ti berkenaan kapten Black tau.. Kak Ti pernah tulis dua entry berkenaan kapten Black dan jugak program beliau sebelum ni..
Korang boleh baca entry kak Ti Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia 10 dan juga Fitsuperb program turunkan berat badan dalam 5 minggu.. Korang kena baca tau.. Baru korang akan tau sejarah kak Ti dengan Kapten Black ni dan kenapa kak Ti dah 4 kali join program di bawah Kapten Black ni. Dari JK1M10, FitSuperb 4.0 kemudian FitRaya sampailah ke FitSuperb 5.0, kak Ti masih jugak setia bersama Kapten Black.. Mesti ada sesuatu yang buat kak Ti tak serik-serik lagi join kan..
TIPAH TERTIPU BAPAK
Kalau korang baca tajuk ‘Tertipu Dengan Program FitSuperb 5.0 Kapten Black’ tanpa baca isi dalamnya apa agaknya persepsi pertama yang korang akan dapat? Antara yang akan terlintas dalam fikiran korang mestilah “Hah! Dah kata dah, program macam ni semuanya nak duit je.. Bukan betul pun”…Tapi betul korang.. Kak Ti memang tertipu sangat sepanjang join program Kapten Black. Kak Ti ingatkan bila join program ni kak Ti akan kurus je… Tapi rupanya kak Ti dapat lebih daripada tu..
Bukan setakat berat badan kak Ti je yang berjaya turun, kak Ti dapat macam-macam lagi ilmu. Ilmu berkenaan gaya hidup sehat, cara pemakanan sehat, cara senaman yang betul dan jugak kawan-kawan yang ohsem.. Hehehehe.. Kalau macam nilah punya tertipu.. Kak Ti rela tertipu sampai bila-bila.. Alhamdulilah.. Program-program Kapten Black telah berjaya membantu kak Ti berubah..
FITSUPERB 5.0
Ok lah.. Panjang sangat dah membebel tu.. Meh kak Ti share dengan korang program FitSuperb 5.0 (Kalau korang nak tau apa tu program FitSuperb Kapten Black, kak Ti dah bagi link kat atas tu.. Korang baca ya).. Untuk pengetahuan korang, Program FitSuperb 5.0 ni adalah kesinambungan dari program-program FitSuperb Kapten Black yang terdahulu.
Angka 5.0 tu sendiri menandakan bahawa FitSuperb kali ni telah pun memasuki musim ke 5. Haaa.. Maknanya kak Ti dah join FitSuperb ni dua musim lah.. FitSuperb 4.0 dan juga FitSuperb 5.0. Semoga lepas ni masih ada peluang untuk kak Ti terus bersama team Kapten Black untuk program-program seterusnya. Seronok bila dapat tengok perubahan positif pada diri sendiri dan juga rakan-rakan lain..
Sama seperti program FitSuperb sebelumnya, FitSuperb 5.0 pun akan berjalan selama 4 minggu, dengan sesi latihan 2 kali seminggu dan untuk musim ke 5 ni ada 4 kawasan yang peserta boleh pilih iaitu KLCC, Titiwangsa, Sungai Besi dan Putrajaya. Peserta perlu memilih kawasan masing-masing namun peserta boleh datang kemana-mana kawasan pun tanpa bayaran tambahan.
Kalau mampu, boleh je kalau nak datang semua kawasan.. Walau macam mana pun, peserta WAJIB hadir ke kawasan pilihan masing-masing untuk sesi perhitungan (read: sesi timbang). Ini sesi yang paling menggerunkan untuk setiap peserta. Hari tersebut merupakan hari perhitungan kepada setiap perbuatan kita sepanjang minggu sebelumnya.
Kalau kita ikut setiap saranan dan tips yang Kapten Black dan team berikan, pasti kejayaan menunggu iaitu penurunan berat badan.. Angka yang tidak berubah atau lebih buruk lagi angka yang bertambah pada berat badan kita bermakna ada sesuatu yang telah kita lakukan yang menyebabkan kita memang layak untuk menyumbang kepada si burung hantu.. hahahaha…
Kick Off – Teori Asas Berat Badan & Keseimbangan Tenaga
Kick off FitSuperb 5.0 bermula pada 30/6/18 yang lepas tapi untuk sesi kick off ni ianya berjalan secara online je manakala sesi senaman hanya akan bermula minggu berikutnya mengikut kawasan dan waktu yang telah dipersetujui bersama. Untuk FitSuperb 5.0, Kapten Black akan dibantu oleh 4 orang pembantu iaitu 3 orang pembantu coach dan seorang admin. Sesi kick off di ‘handle’ oleh Kapten Black sendiri dan juga 3 orang pembantu beliau.
Sesi Kick Off FitSuperb 5.0 terbahagi kepada 4 sesi iaitu sesi bersama Kapten Black, sesi bersama coach Dr Farha, sesi bersama Coach Elve dan juga sesi bersama coach Jojo. Secara ringkasnya, sesi kick off ni adalah sesi pembelajaran secara ilmiah tentang apa dan bagaimana kita akan dapat mencapai berat ideal kita dan juga apa perkara serta perbuatan kita yang dapat menghalang impian untuk memiliki berat ideal tercapai.
Kapten Black
Sesi yang pertama adalah sesi bertama Kapten Black sendiri iaitu sesi pengenalan dan penerangan tentang program FitSuperb 5.0. Kat sini juga peserta boleh mengemukakan sebarang soalan yang mereka kurang faham berkenaan dengan program FitSuperb 5.0 ni seperti lokasi, waktu, pakaian, peralatan senaman dan lain-lain.
Senang ceritanya, sesi bersama kapten Black ni adalah sesi untuk kita menghilangkan segala kekusutan dan persoalan berkenaan program yang akan kita ikuti. Tapi kalau lepas sesi ni masih ada yang nak tanya boleh ke? Ehhh.. Mestilah boleh… Cuma kalau perkara yang ditanya tu dah dijelaskan sebelum ni, takut-takut nanti nama akan masuk dalam senarai kehormat penerima denda.. hahahaha…
MACRONUTRIENT
Selesai sesi bersama Kapten Black, sesi seterusnya pula adalah sesi bersama dengan pembantu-pembantu coach yang akan menerangkan kepada peserta FitSuperb 5.0 tentang Macronutrients yang merupakan salah satu bahagian penting yang perlu kita ambil perhatian bila berdiet. Macronutrients terbahagi kepada 3 iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
Untuk dapatkan diet seimbang yang berkesan, ketiga-tiga perlu diambil dengan kadar yang berpatutan. Ada sesetengah orang tu kononya acah-acah kawal pemakanan tapi end up badan tetap membesar bagai juara jugak. Berat tetap tak turun-turun jugak. Haaa.. Sebab tulah penting untuk kita faham fungsi setiap macronutrient ni dalam pengambilan makanan kita dan juga senaman yang teratur dan betul supaya kita boleh capai berat ideal yang diidamkan.
Ermmm.. Oklah.. Cukup sampai sini dulu ya.. Next entry kak Ti sambung sesi perkongsian dari coach Farha, coach Elve & coach Jojo ya.. Sebelum tu, kak Ti nak bagi tau kat korang ni.. Program Jom Kurus musim ke 11 akan bermula bulan Ogos ni.. Oleh itu, kak Ti nak seru korang semua untuk join team KLCC bersama Kapten Black dan marilah kita “TERTIPU” bersama-sama.. Untuk Info lanjut berkenaan kapten Black, korang tengok kat bawah ni:
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, hubungi:
whatsapp : +6013 3310702
Instagram : @kaptblack
Facebook : Kapten Black
kih kih…. tipah tertipu…… tertipu benda yang baguss… apa salahnya.. jahat kapt black kan.! alhamdulillah seronok berada dalam group yg positif macam ni. jom kita join Jom Kurus lagi….
tertipu sangat kan,
great team with kapten black. =)
Haha pentipu rupanya Kapt Black ni
betul2 tertipu ni hehehhe…wowww berubah dah akak.