Terima Kasih 2017 Untuk Segalanya dan Ku Sambutmu 2018 Dengan Tangan Terbuka
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Sedar tak sedar 2018 telahpun memasuki hari yang ke 3 dan ini bermakna hari persekolahan telah memasuki hari kedua bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain yang meyambut cuti tahun baru. Seronok kak Ti baca di media sosial tentang perkongsian pengalaman para ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah di hari pertama samaada tadika/taska, sekolah rendah mahupun sekolah menegah.
Paling seronok kak Ti baca adalah pengalaman ibu bapa yang mempunyai anak-anak syurga yang baru memasuki alam persekolahan pada tahun ini. Macam-macam kerenah anak-anak dan tak kurang jugak kerenah ibu bapa. Yang pasti semua ini akan menjadi kenangan yang sangat indah untuk dikenang ketika anak-anak syurga ini semakin membesar kelak.
Untuk kak Ti dan Tn SOSAB, tahun ini SAZSO no 3 kami dah pun tahun 4. Tak banyak persediaan yang kami lakukan memandangkan baju-baju sekolah dan kasut sekolah dari tahun lepas pun masih elok-elok lagi dan masih boleh di pakai. Alhamdulillah, ringanlah sikit perbelanjaan kat situ kan. Untuk SAZSO no 1 dan SAZSO no 2 pula, memang tak banyak yang perlu di beli di awal-awal tahun dan mereka pulak tak bersekolah di sekolah biasa, jadi persediaan untuk mereka pun berbeza.
UJIAN KECIL DI AWAL TAHUN 2018
Di awal tahun 2018 ni Allah menguji kami dengan sedikit kesukaran berkenaan transport ke sekolah kebangsaan yang terletak agak jauh dari rumah. Pagi hari pertama persekolahan barulah anak syurga nan bertuah kami tu inform aunty yang biasa hantar dan jemput dia kat sekolah tahun ni dah tak nak buat lagi. Allahuakbar.. jadi kisahnya sampai ke hari ni kami belum lagi dapat transport untuk dia ke sekolah kebangsaan.
Itu bermakna selagi belum dapat transport ni, terpaksalah Tn SOSAB hantar dan jemput dia dari sekolah kebangsaan dan kemudian hantar pulak ke sekolah agama. Alhamdulillah ‘Ala Kulli Hal.. Ujian kecil untuk kami di awal tahun. InsyaAllah pasti ada hikmah di setiap apa yang Allah berikan pada hambaNya. Jangan pernah bersangka buruk pada setiap kejadian yang telah Allah tetapkan untuk kita.
MASTERKU AKHIRNYA SELESAI JUGA
Alhamdulillah.. Syukur padaMu Ya Allah atas kesempatan yang masih KAU berikan untuk megharungi tahun 2017. Kisah suka dan duka 2017 pasti akan menjadi memori sebagaimana tahun-tahun sebelumnya dan akan menjadi panduan untuk mengharungi tahun 2018 pula. Banyak kisah suka duka pahit manis yang telah berlaku di tahun 2017.
Suku pertama dan suku ke dua tahun 2017 meyaksikan perjuangan kak Ti untuk menyelesaikan Thesis Master kak Ti yang telah sekian lama diusahakan namun belum juga dapat diselesaikan. Pada mulanya kak Ti menjangkakan kak Ti akan mampu mneyelesaikan penulisan thesis kak Ti ni sebelum suku pertama tahun 2017 berakhir namun rupanya perancangan Allah mengatasi segalanya dan kak Ti hanya mampu menyelesaikannya pada suku ke dua tahun 2017.
Setelah melalui perjalanan yang adakalanya seakan tiada penghujung dan seringkali membuat kak Ti mengalirkan air mata, akhirnya pada 26 Ogos 2017, kak Ti telah dinyatakan LULUS dengan sedikit pembetulan. Allahuakbar! Seakan tak percaya namun itulah kenyataanya. Perjuangan panjang yang bermula dari bulan Julai 2011 akhirnya berakhir dengan kejayaan yang sangat manis untuk dikenang. Alhamdulillah kejayaan itu akhirnya menjadi milik kak Ti juga dan dengan rasminya pada bulan November 2017 yang lepas kak Ti telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan (Msc Management) di UUM Sintok, Kedah.
KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA9)
Satu lagi kenangan manis kak Ti di tahun 2017 adalah kak Ti telah diterima menjadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang selama ini hanya mampu kak Ti pandang dari kejauhan. Ini juga menjadi pemangkin untuk kak Ti kembali aktif menulis di blog dan menyaksikan blog kak Ti yang selama ini tidur seakan tiada harapan untuk bangun lagi dan hampir-hampir kak Ti kuburkan untuk selamanya kembali hidup segar.
Alhamdulillah.. Banyak ilmu tentang penulisan di blog yang kak Ti dapatkan dari rakan-rakan di KBBA9 terutamanya dari founder KBBA sendiri (nak kena sebut nama ke? tak sebut pun korang dah tau kan..) dan juga blogger-blogger “otai” yang ada dalam KBBA. Terima kasih blogger Saidila yang sudi melayan kepoyoan kak Ti masa sesi taaruf/interview untuk jadi ahli KBBA9.
Sepanjang setengah tahun kak Ti bersama KBBA9 banyak sangat peluang-peluang yang selama ini kak Ti tak pernah jangkakan akan kak Ti terima dan nikamati dari hasil berblogging telah kak Ti terima dan nikmati dan bukan kak Ti je tau.. family pun dah merasa hasil dari berblogging ni. Ironinya, masa kak Ti buat ‘survey’ untuk thesis kak Ti, peniaga-peniaga kecil di Malaysia tidak menjadikan blog sebagai satu medium pilihan untuk mereka memasarkan produk/perkhidmatan mereka.
Sedangkan hakikatnya, banyak syarikat-syarikat besar yang masih menjadikan blog sebagai salah satu pilihan untuk memantapkan strategi pemasaran mereka di Internet. Inilah yang kak Ti saksikan sendiri sepanjang penglibatan kak Ti bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. Sayang sekali jika syarikat-syarikat kecil dan sederhana tidak memanfaatkan medium ini dan menjadikannya sebagai salah satu strategi pemasaran mereka di ‘online’ khasnya media sosial.
Setiap tahun pasti akan banyak kisah suka duka yang kita hadapi. Namun walau apa pun juga, semoga dengan bertambahnya tahun, dengan semakin berkurangnya tempoh kita di dunia ini, kita akan mampu merubah diri kita menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita akan dapat menjadi hambaNya yang mampu mencintaiNya dan Rasulullah s.a.w melebihi kecintaan kita kepada dunia dan segala isinya.
Goodbye 2017, Welcome 2018 and I say BRING IT ON! InsyaAllah I’m ready for you and whatever that you might bring.
Tahniah utk kemanisan 2017 Kak Ti. Semoga yang manis-manis dan indah-indah utk 2018
Alhamdulillah, 2017 beri kemanisan buat kita semua.