Kelab Sahabat Persaudaraan – Majlis Penyerahan Kad Digital NGO Negaraku
KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN (KSP) SEDIA 30 RIBU KAD NGO DAN MEMPERKENALKAN MOBILE APP NGO NEGARAKU
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Sebelum ni kak Ti dah pernah share berkenaan dengan Kelab Sahabat Persaudaraan ni dalam entry Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard – Kearah Mendidik Masyarakat Menjadi Pengguna Bijak dan Berhemah dan juga dalam entry Kad Negaraku Mpay Mastercard . Tapi untuk program Komuniti Digital kali ni berbeza tau dengan apa yang kak Ti dah share sebelum ni. .
PENYERAHAN KAD NGO NEGARAKAU OLEH KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN
Bertempat di Dewan Perdana Felda pada 11 Februari yang lalu, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah mengadakan satu program Komuniti Digital yang bertujuan untuk menyerahkan Kad NGO Negaraku kepada 50 NGO yang hadir pada hari tersebut. Sebanyak 30 ribu kad disediakan oleh pihak KSP dan akan diedarkan secara percuma kepada NGO dan koperasi yang berdaftar.
Dalam Program Komuniti Digital NGO Negaraku ini, pihak Kelab Sahabat Persaudaraan turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang mana antara kelebihannya adalah ia hanya boleh diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku dimana melalui app ini pemegang kad akan dapat menikmati pembelian barangan terpilih dengan harga istimewa.
Selain dari itu, Kad NGO Negaraku yang diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan ini juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang antaranya adalah aplikasi pengumpulan derma antara satu sama lain dan sumbangan secara digital dan tujuannya adalah agar bantuan dapat disalurkan kepada ahli yang memerlukan mengikut keperluan sebenar.
Tujuan Mobile App NGO Negaraku dibangunkan adalah bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok. Mengikut Dr. Mohd. Zamri Noordin Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.
Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan masyarakat khususnya dikalangan ahli-ahli NGO dan Koperasi dan Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat berganda (Dr. Zamri)
PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERSATU PADU
Dr. Nur Hadi yang merupakan Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku berkata bahawa penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat bersatu padu dan untuk permulaan terdapat beberapa syarikat turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah EZ Ride, Karspersky, Comfort reflexology dan lain-lain.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang), Datuk Abdul halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro ‘Reapid Response’ GST Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa, wakil-wakil persatuan, ahli-ahli, pengeluar produk dan lain-lain.
KONSEP KOMUNITI DIGITAL NGO NEGARAKU
Program Komuniti Digital yang diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip iaitu:
- Menghubungkan kerajaan, NGO dan ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku
- Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar
- Mendidik masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
Konsep Komuniti Digital NGO negaraku adalah;
- Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok;
- NGO serta ahli-ahli bekerjsama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-Tech, bermatlamat untuk menghubungkan kerajaan dan NGO di atas platform digital.
Untuk sebarang pertanyaan dan informasi lanjut:
Website: Kelab Sahabat Persaudaraan
Facebook: Kelab Sahabat Persaudaraan @kspmalaysia
Alamat KSP: No. 1, Wisma Dani, First Floor, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Tel/Fax: +603-92029711
Ps: Korang boleh jugak baca entry dari rakan-rakan KBBA9 yang sama-sama hadir majlis tersebut antranya adalah:
- Salina Johari – Kelab Sahabat Persaudaraan serah Kad Digital NGO Negaraku
- Azni Jaafar – Kad Digital Negaraku
- Nina Mirza – Kad Digital NGO Negaraku banyak manfaat dan kebaikan
1 thought on “Kelab Sahabat Persaudaraan – Majlis Penyerahan Kad Digital NGO Negaraku”