Surya Malaysia Berada Di Sunway Velocity Sempena Health Week Bersama Watsons Malaysia
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Apple cider vinegar atau cuka epal ni bukanlah sesuatu yang asing bagi kak Ti.. Masa zaman-zaman kak Ti galak membaking, cuka epal ni memang sentiasa ada dalam simpanan kak Ti. Ada sesetengah tu kan guna cuka, tapi kak Ti tak guna cuka buatan yang biasa tu tapi kak Ti gantikan dengan cuka epal. Ialah, kita pun tau kan, cuka epal ni banyak khasiat dia.
Kalau korang tanya pakcik Google khasiat cuka epal, mesti dia akan melambak artikel berkenaan cuka epal ni. Tapi kan, walaupun kak Ti tau cuka epal ni banyak khasiat termasuklah untuk buang ekstra-ekstra yang tak patut disimpan kat perut tu, kak Ti tak lalu nak minum weh! Bau dia kuat yang amat, Pastu rasa jangan cakaplah.. Punyalah masam..
SURYA APPLE CIDER VINEGAR WITH HONEY
Sejak bulan puasa yang lepas, kak Ti ada terbaca kat blog kawan-kawan pasal cuka epal dari jenama Surya.. Cuka Epal Dari jenama Surya ni bukan cuka epal semata-mata tapi cuka epal dengan madu asli. Wah! Masa baca tu pun kak Ti dah rasa teruja sangat.. Tambah-tambah bila kak Ti dapat tau yang ianya juga telah DISAHKAN HALAL oleh JAKIM dan diakui oleh HACCP. Jadi bolehla diminum tanpa rasa was-was dan yakin. Ialah, mencari yang Halal itu kan fardu untuk semua umat Islam. Yang penting jugak, Surya ACV ni takde bahan pengawet tau.. HALAL, diakui oleh HACCP dan takde bahan pengawet, apa lagi.. Semua dah ada ni hah..
Rasa cuka epal dengan madu Surya ni sedap tau, rasa masam-masam manis.. Macam air Zapple. Anak kak Ti si SAZO no 4 tu bukan main suka lagi. Bagi sekali mintak lagi. Cara pengambilannya pun mudah sangat, cuma campurkan dua sudu makan (30ml) Surya ACV ke dalam 180ml air atau jus pastu minum selepas makan. Senang je kan. Dahlah senang.. Khasiat dan kebaikan pun banyak.
KEBAIKAN DAN KHASIAT ACV
Ok.. Untuk lebih meyakinkan korang tentang cuka epal dan madu asli Surya.. Cer korang baca apa yang kak Ti share serba sikit kat bawah ni..
- Surya ACV di perbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi.
- Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi.
- Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi.
- Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain diikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.
Kalau nak cerita pasal khasiat dan kebaikannya pulak, macam yang kak Ti cakap sebelum ni, korang tanya je kat Pak cik Google dan kak Ti yakin korang pasti akan ternganga bila baca semua kebaikan dan khasiat yang ditawarkan oleh cuka epal ni. Ke korang nak ka Ti share jugak kat sini.. Hmmm.. Oklah, kak Ti share lah jugak ya…
Dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Elok untuk korang yang tengah berusaha nak turunkan berat badan;
- Dapat berfungsi sebagai anti-alergik, anti septik, anti-anemia & anti-ulcer;
- melawaskan pembuangan
- melembapkan kulit
- meredakan sakit dan sengal sendi
- meningkatkan kesihatan membran paru-paru
Tapi kak Ti share sikit je ni tau.. Nak tau lebih lanjut korang boleh baca kat blog kawan-kawan kak Ti ni saidila.com, sueizza.com, ninamirza.com, umminani.com.
SURYA ROADSHOW @ SUNWAY VELOCITY
Kak Ti ada berita gembira nak share dengan korang semua. Surya Malaysia akan mengadakan promosi dan roadshow sempena Health Week bersama Watsons Malaysia kat Sunway Velocity selama tiga hari iaitu dari 6hb September sampai 9 hb September 2017 ni. Sepanjang tiga hari Surya Malaysia akan memberikan Tawaran hebat untuk pembelian produk-produk mereka dan akan ada juga aktiviti-aktiviti istimewa sempena Health Week bersama Watsons Malaysia. Selain dari itu, Pak Cik akan membuat penampilan istimewa pada 7hb September (2pm-3pm) dan akan menghiburkan korang serta ahli keluarga korang (kalau korang bawak depa la kan) dengan persembahan yang menarik.
Kalau korang beli produk Surya sepanjang tiga hari ni, korang bukan je dapat tawaran harga tapi korang juga berpeluang memenangi hadiah istimewa. Wow! seronoknya. Kalau menang mesti lagi seronok kan.. Rezeki masing-masing.. Bukan kita tau ya. At least kalau dah beli produk InsyaAllah memang akan adalah peluang nak menang.. Tapi kalau tak membeli memang confirmlah takkan menang apa-apa ya dak…
Surya ada keluarkan produk baru iaitu Air Klorofil. Air Klorofil Surya didatangkan dengan dua perisa iaitu Air Klorofil denga Pic dan Air Klorofil dengan Laici. Bagus sungguh la Suria ni.. Memudahkan pengguna untuk menikmati minuman kesihatan dengan rasanya yang sedap. Untuk produk baru ni, korang boleh cuba kalau korang datang ke Sunway Velocity Mall sepanjang tempoh tiga hari tersebut.
KAT MANA NAK BELI?
Alang-alang kak Ti tengah rajin berkongsi kongsi ni kan.. Kak Ti nak kongsikan jugak yang produk-produk Surya ni korang boleh beli kat semua kedai Watsons dan juga farmasi-farmasi tertentu. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal produk-produk Suriya, korang boleh daptkan info melalui beberapa cara iaitu:
Facebook: https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Untuk keterangan lanjut boleh ke hashtag : #SuryaACV#RasaSayangSemanisMadu #SuryaMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/
Shopee – http://bit.ly/2rGY7eR
Wahh …. Nak pegi laa… Nina memang suka Apple Cider Surya ni. Sedap!
Jom.. jom…jom.. Boleh try produk baru Surya jugak.
Suka la cuka epal ni, berkesan bila kita consume slalu. Hilang masalah migrain
Selain banyak khasiat.. Rasa dia pun sedap kan.. macam rasa zapple..
Tak pernah rasa cuka epal.. banyak kebaikannya..
Banyak sangat kebaikan cuka epal ni.. Kebanyakan cuka epal rasa dia tak sedap.. Tapi Surya ACV ni rasa dia sedap sangat…Cubalah..
Nampak sedap.. tapi takut nak cuba sebab cuka tu..
Sedap sangat sebab ada madu asli.. InsyaAllah walau cuka tapi takde masalah kat perut..
ACV Surya ni memang sedap, minum sejuk syiok ja telan
Betul betul betul.. Surya ACV tak rasa macam cuka epal lain yang ada kat pasaran kan..
Nina pun suka Apple Cider Surya ni. Sabtu ni ada rezeki kita jumpa selfie sesama ehh…
Yeaayy… InsyaAllah jumpa Nina kat sana ek.. Selfie tu wajib kan…