RESEPI SPHAGETTI BOLOGNESE..JOM BUAT SOS BOLOGNESE SENDIRI
Hari ni dah masuk bulan baru kan, 1 Zulkaedah. Maka dengan rasminya semalam berakhirlah bulan Syawal yang penuh dengan kemeriahan tu. Walaupun hari ni dah masuk bulan baru, tapi entry kak Ti ni sebenarnya entry “lempar belakang”. Kejadiannya masa minggu kedua Syawal hari tu. Hahaha.. Kak Ti punya opening macam suspen sangat je. Siap kejadiannya bagai.. Walhal sebenarnya kak Ti nak share resepi sphagetti bolognese yang selalu kak Ti guna je.
Al kesahnya, minggu kedua Syawal hari tu keluarga belah Tn SOSAB buat jamuan merangkap family gathering sempena Raya. Kalau family belah kak Ti bergathering kat pantai, family belah Tn SOSAB pulak biasanya kami bergathering kat rumah salah seorang mak cik Tn SOSAB. Family gathering ni ilham sepupu sepupu (anak-anak mak long Tn SOSAB) yang dari Singapore. Iyalah, diorang kan dok jauh, tambah kak Z yang dok jauh nun di Taiwan nu hah. Bila diorang datang beraya ke KL manalah cukup masa sehari kalau nak beraya ke rumah semua saudara mara yang ada. Jadi solution nya, buatlah gathering dengan tema pot luck raya. Seronok tau siap ada sesi cabutan bertuah lagi. Hadiahnya pulak ada macam-macam.
Ehh! kak Ti ni bila dah start bercerita memang payah nak berenti. Tadi kata nak share resepi Spaghetti Bolognese kan.. Kak Ti suka buat sos bolognese ni dalam kuantiti yang banyak sebab sos ni sesuai jugak digunakan sebagai sos pizza dan sos lasagna. Lagipun anak-anak kak Ti memang penggemar tegar sphagetti bolognese especially si SAZSO no 3 tu. Dia boleh makan sphagetti bolognese ni dari sarapan sampailah ke makan malam. Oklah.. tanpa membuang masa.. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya yang kak Ti buat dari scratch tanpa gunakan sos segera.
Credit picture to Vconnect |
SPAGHETTI BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN SOS BOLOGNESE
1 1/2 Kg tomato yang dah masak ranum
Sedikit sos tomato & sos cili (masakan Itali yang diMelayukan.. hehehe)
1 Paket daging cincang (cuci dan toskan)
1 Paket franfurter (paket yang 10 batang, potong dadu)
1 Biji bawang Bombay (bawang besar yang warna kuning tu, potong dadu)
4 ulas bawang putih (crush kemudian cincang)
1 @ 2 sudu makan dried Oregano & Parsley
Garam, gula, secukup rasa Meggie (sesedap rasa)
Minyak Zaitun untuk menumis
1Paket spaghetti
Tomato yang dah dipotong kecil kecil |
Daging cincang, frankfurter, bawang bombay & bawang putih |
CARA MEMASAK
Potong tomato kecil-kecil dan kemudian blender sampai hancur. Kalau suka ada ketulan-ketulan tomato, tak perlulah blender sampai halus sangat.
Masukkan tomato yang dah diblender tadi ke dalam kuali dan masak sampai mendidih dan warna bertukar agak jernih.
Masukkan 1 tin tomato puree dan masak lagi untuk seketika, perlahankan api.
Dalam satu kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang bombay dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan frankfurter yang dah dipotong dadu tadi dan tumiskan sampai agak garing. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis lagi hingga agak kering.
Campurkan bahan-bahan yang dah ditumis tadi ke dalam campuran tomato dan tomato puree.
Perasakan dengan bahan-bahan perasa(garam, gula, secukup rasa Meggie termasuklah sos tomato dan sos cili) mengikut citarasa masing-masing.
Akhir sekali, masukkan dried oregano dan dried parsley untuk mendapatkan rasa Italiano pada bolognese tersebut. Biarkan mendidih untuk seketika. DAH SIAP!!
Tomato yang dah diblender |
Tomato puree dicampurkan ke dalam tomato yang dah masak |
Campuran tomato dan tomato puree |
Sos Bolognese |
CARA MEMASAK SPAGHETTI
Panaskan air yang dicampur garam dalam periuk dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih, masukkan sphagetti dan rebus hingga lembut. Bila dah masak, toskan airnya, tuangkan minyak zaitun pada spaghetti tu dan gaul rata.
**Masak spaghetti ni ada beberapa versi. Ada yang masukkan minyak dalam air rebusan, ada jugak yang letakkan minyak lepas dah masak macam yang kak Ti buat dan ada yang tak letak minyak langsung (versi sehat la ni).
Mak-mak dare berposing di tangga |
Sesi meng”sortkan hadiah cabutan bertuah |
Sambutan birthday untuk July babies |
Momen-momen akhir sebelum bersurai |
Sedap tuu….
Anak² Nina pun tekak omputeh suka pasta
samalah ngan anak-anak Tati..diorang semua suka pasta…
Saya pon suka sphagetti jugak.. anak bongsu tak suka sangat..kakak dwngan abang dia pon suka.. buat banyak2 sos sedap jugak nnt senang nak masak pizza ke..curah jer sos yang sedia ada..
Macam tu lah selalunya kalau kat rumah.. sos yang ada besoknya guna untuk pizza roti pulak.. hehehe
Miera suka pasta..tapi selalu pakai tin je buat.yg segera..hehe. Tq kak..boleh cuba la..
Senang je nak buatnya miera.. tapi lama lah sikit prosesnya.. 🙂
fuhhh, nampak macam sedap je ni, IQ selalu jugak masak spagetti bolognese ni, tapi selalunya pakai prego je sebab masak untuk kuantiti yang sikit. kalau nak masak banyak2, mungkin boleh try cara kak ti ni. heee
peminat pasta ni.. adoi nengok ni terus dah tahu nak makan ape dinner ni hehehe
wahh senang gak buat kuah spagetti sendiri kan.. nanti leh yanie cuba lak..
yanieyusuf.com
Saya pun akan prepare sphagetti kalau ada tetamu nak datang…ni jea yang confident nak buat..hehe
Ramainya mak dara posing kat tangga tu hehe sporting habis…tq sis tati share resepi.
Padat dan berisi, ditunggu artikel berikutnya, semoga bisa menjadi bahan referensi.
Klau x guna puri tomato nk ganti dgn apa?