Sesi Rawatan Fisioterapi oleh The Rehab & Physio Specialist

SESI RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK LEGAKAN SAKIT BAHU DAN LEHER DI RUMAH JE!

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Awal Februari hari tu kak Ti berdua dengan my dearest friend Dila travel ke Dabong atas tujuan kerja. Menarik travel kami kali ni sebab inilah kali pertama kak Ti merasai pengalaman menaiki keretapi baring. Memandangkan perjalanan kali ni kami perlu naik turun keretapi (Kl Sentral – Gemas, Gemas – Dabong, Dabong – Tumpat, Tumpat – Gemas dan yang terakhir Gemas – KL Sentral), kak Ti memang pikul bag haversack je.

Mungkin sebab lama dah tak travel, balik je dari lawatan kerja tu kak Ti terus sakit bahu yang membawak ke leher. Beberapa hari jugaklah kak Ti biarkan macam tu je. Eh! tak hilang-hilang pulak sakit bahu dan leher ni. makin lama makin tak selesa jadinya. Bila dah sakit macam tu, apa lagi memang kena berurut lah jawabnya. Tapi nak pegi berurut ni memang satu dilema jugak buat kak Ti. Ialah kan, musim-musim Covid ni. Macam-macam perkara perlu diambil kira untuk kesejahteraan bersama.

Khidmat Rawatan Fisioterapi Di Rumah Sahaja

Mujurlah kak ti teringat yang dua tahun lepas kak Ti pernah dapatkan khidmat Puan Atikah dari The Rehab & Physio Specialist untuk masalah lutut kak Ti yang sakit bila nak luruskan kaki. Alhamdulillah, lepas rawatan fisio yang puan Atikah bagi tu, Kak Ti dah tak ada masalah kat lutut. Makanya bila sakit bahu ni jadi, terus teringat kat Puan Atikah.

Berurusan dengan Puan Atikah ni mudah sangat. Salah satu faktor yang buat kak Ti selesa nak berurusan dengan Puan Atikah dari The Rehab & Physio Specialist adalah kak Ti tak perlu keluar rumah pun untuk dapatkan khidmat beliau. Beliau sendiri yang akan datang ke rumah client dengan membawa segala peralatan based on masalah-masalah yang kita dah maklumkan terlebih dahulu pada beliau.

The Rehab & Physio Specialist

Oh ya! Sebelum kak Ti share rawatan-rawatan fisio yang kak Ti jalani, kak Ti nak share lah sikit info berkenaan The Rehab & Physio Specialist ni. The Rehab & Physio Specialist telah menawarkan khidmat rawatan fisioterapi selama beberapa tahun dan telah terbukti berjaya membantu ramai pelanggan yang telah mendapatkan khidmat fisioterapi untuk masalah masalah yang mereka hadapi termasuklah kak Ti.

Bukan sahaja memiliki barisan Physiotherapist yang berpangalaman dan berkelayakan, mereka juga turut memiliki kelengkapan-kelengkapan terkini yang akan digunakan semasa sesi rawatan mengikut kesesuaian masalah yang kita hadapai. Dari katil sampailah ke segala peralatan yang diperlukan akan dibawa oleh mereka ke rumah kita untuk sesi rawatan.

Walau Di Rumah, SOP Tetap Dijaga

Jangan risau, walaupun kita buat rawatan ni kat rumah sahaja, mereka amat menekankan kepatuhan SOP semasa menjalankan sesi fisioterapi. Katil untuk kita baring pun akan disanitise sebelum kita gunakan. Untuk dapatkan info lebih lanjut berkenaan khidmat fisioterapi yang ditawarkan oleh The Rehab & Physio Specialist ni korang cek lah sendiri ya. Nanti kak Ti share link kat bawah.

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Bahu & Leher

Ok, back to rawatan yang kak Ti jalani. Macam yang kak Ti bagitau awal-awal tadi, tujuan kak Ti dapatkan khidmat Puan Atikah dari The Rehab & Physio Specialist adalah disebabkan oleh masalah sakit leher dan juga bahu kak Ti. Untuk masalah kak Ti, treatment yang kak Ti jalani adalah stretching untuk leher, manual theraphy, trigger point release, nerve stretching and mobilization serta cervical neck traction.

Sesi Rawatan Fisioterapi

Ada yang tanya kak Ti, sakit tak masa sesi rawatan fisioterapi tu dijalankan? Aishh korang ni, mestilah sakit. Tapi korang jangan risau, dia sakit yang melegakan dan juga puan Atikah akan berkomunikasi dengan kita untuk mengetahui tahap keselesaan kita sepanjang sesi fisioterapi dijalankan. Idok ler dia main tonyoh je walapaun korang dah terjerit kesakitan. Khidmat yang mereka tawarkan tu khidmat profesional dan semua physiotherapist di bawah The Rehab & Physio Specialist memiliki sijil.

Puas Hati Dengan Servis Yang Diberi

Lagi satu yang kak Ti suka dengan khidmat dari Puan Atikah ni adalah komunikasi dua hala antara kita dan dia semasa sesi rawatan fisioterapi dijalankan. Kita boleh tanya berkenaan rawatan yang diberikan ketika itu dan beliau akan menjawab setiap pertanyaan kita tu. Siap dengan tips pun dia bagi tau.

Bukan setakat masalah bahu dan leher kak Ti je yang diselesaikan, masalah kaki kak Ti yang dah berbulan-bulan ni terjawab dan jadi lebih jelas lepas kak Ti dapatkan penjelasan dari Puan Atikah. Memang tak berkira dan tak lokek ilmu tau.

Alhamdulillah, lepas sesi rawatan fisioterapi yang kak Ti jalani tu, bahu dengan leher kak Ti memang rasa lega sangat. Terus satu badan jadi rasa ringan dan selesa. Kak Ti memang happy dan berpuas hati sangat dengan servis yang diberikan Puan Atikah dari The Rehab & Physio Specialist ni.

Rawatan Fisioterapi dari The Rehab & Physio Specialist
Ehhh! Tuan Syed pun tumpang sekali.

Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, korang boleh tengok kat detail-detail yang kak Ti bagi kat bawah ni ya.

Website: www.therehabphysiomy.com/
Facebook: www.facebook.com/The-rehab-physio-specialist
Instagram: www.instagram.com/therehab_physio/
Hp: +601155532903 (Puan Atikah Mokhtar)
Email: info@therehabphysiomy.com

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.