SERONOKNYA DI LEGEND CHERATING BEACH RESORT – FAMILY DAY #KBBA9 PART ONE

Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

PART ONE – DAY ONE 18/8/17

Hari ni kak Ti dan semua geng KBBA9 yang menyertai “Family Day” KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort, kembali ke alam realiti setelah 3 hari 2 malam berjimba dengan bermacam-macam aktiviti. Huhuhu.. Rasa macam tak boleh nak “move on”. Memang hebat sungguh penangan kenangan indah bersama rakan-rakan KBBA9 ni. Walau diawalnya kak Ti dan keluarga mengalami sedikit ujian, namun Alhamdulillah tak memberi kesan pada keseronokan yang dirasai.

Welcome to Legend Cherating Beach Resort…

Family day KBBA9 ni adalah aktiviti besar pertama yang kak Ti sertai sejak kak Ti join KBBA9. Alhamdulillah.. Satu peluang yang amat kak Ti hargai. Dari sejak awal lagi kak Ti memang rasa teruja sangat dengan Family Day ni. Tapi dalam masa yang sama, rasa risau tu adalah jugak. Ialah, kak Ti kan orang baru dalam KBBA9. Rasa segan dan malu pun ada jugak. Almaklumlah, walau ada diantaranya pernah berjumpa, tapi berjumpa sekejap-sekejap je. Kali ni kami akan bersama-sama melakukan pelbagai aktiviti selama 3 hari 2 malam. Tapi segala kerisauan kak Ti hilang begitu sahaja sebaik sahaja berjumpa.

Memandangkan SAZSO no 1 dan SAZSO no 2 akan bertolak dari Kelantan menaiki bas, maka kami perlu berada Cherating sebelum mereka sampai. Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami bertolak dari KL dan sampai di Legend Cherating Beach Resort lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami mengalami sedikit masalah pada kereta kami hingga menyebabkn kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai.

Masa kami sampai tu, beberapa rakan-rakan KBBA9 yang sampai lebih awal dahpun berada kat situ. Perkara pertama yang dibuat sebaik sampai, check in dulu kat satu meja khas yang disediakan untuk proses check in kami. Kak Ti sekeluarga dapat bilik kat bawah je, bilik 141. Sebelum menjenguk bilik, En Meor, Director of Sales bagi Legend Cherating Beach Resort yang menyambut kedatangan kami mencadangkan agar kami menikmati dulu “welcome drink” dan juga juadah minum petang yang telah disediakan untuk kami. Bestnya! Selain dari minuman sejuk, ada mee goreng, cucur udang beserta kopi dan teh yang disediakan untuk kami.

Sambil menikmati minum petang, sambil berkenalan dengan rakan-rakan KBBA9 yang dah sampai awal dan juga rakan-rakan lain yang sampai satu persatu. Seronok berjumpa dengan rakan-rakan yang ada antaranya baru pertama kali bersua namun seakan dah kenal lama.. Ke kak Ti je yang rasa macam tu.. Hehehehe..

Bersama Min dan Mas

Bersama Dila dan Nina
Bersama Moha

Memandangkan aktiviti kami untuk hari pertama ni hanya akan bermula selepas makan malam nanti, selesai sesi beramah mesra bersama rakan-rakan KBAA9 kak ti pun balik ke bilik. Alhamdulillah Bilik yang kami dapat, bilik 141 terletak kat ground floor dengan pemandangan pantai dan juga kolam renang. Yang paling seronok dah tentulah hero-hero kak Ti. Mana taknya, swimming pool depan mata. Memang menggelitis la diorang nak terjun.Dapat je green light dari mama diorang ni, dengan pantas diorang salin baju dan berlari ke kolam kecuali si sulung yang agak lambat ke kolam sebab kena paksa teman mama ke pantai.. hahaha

Kat sini ada dua jenis kolam disediakan. Kolam biru yang terdiri dari kolam untuk dewasa dan juga kanak dam satu lagi kolam adalah kolam hijau. Di kolam biru ni, tetamu bebas berpakain apa sahaja selagi ianya sesuai dan tidak membahyakan, berbeza dengan kolam hijau yang hanya membenarkan tetamu yang berpakaian renang sahaja untuk mandi kat kolam tu.

Bilik kami, cukup selesa

Antara kemudahan yang disediakan

Welcome Fruit

My heroes, two is missing in this picture

Yang membuat anak-anak kak Ti dan anak-anak rakan-rakan lain tak sabar nak terjun

Sementara menunggu untuk dinner, Kak Ti ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sambil menikmati keindahan pantai dan juga anginnya yang bertiup lembut. Kena pulak kat pantai Legend Cherating Beach Resort ada disediakan buai yang sangat besar. Apa lagi berbuai-buailah kak Ti sambil menikmati angin pantai. Subhanallah… Cantik sungguh pemandangan kat sini. Jujur kak Ti katakan.. Belum pernah lagi kak Ti stay kat mana-mana hotel yang menyajikan pemadangan yang sebegini indah. Memang asyik sungguh dengan pemandangan yang disajikan depa mata.

Pemandangan pantai di waktu petang

My SAZSO no 1…Lagi tinggi dari mama dah.. huhuhu…

Puas menikmati pemandangan dan angin pantai kak Tti balik semula ke bilik untuk bersiap-siap solat jamak Maghrib dan Isyak sebelum ke Coffe House untuk menikmati makan malam dan seterusnya menjalankan aktiviti pertama kami untuk hari pertama ni. Hidangan yang disediakan untuk makan malam kami memang amat-amat memuaskan hati. Dari appetizer ke main course hinggalah ke dessert, memang manyelerakan dan melangkaui expectation kak Ti.

Selesai dinner, kami pun bersiap-siap untuk aktiviti pertama kami… Aktiviti pertama kami malam tu adalah “Experience Firefly Tour” yang dikendalikan oleh Hafiz’s Cherating Activities yang dinamakan Hafiz’s Friendly Fireflies Watch. Menarik sangat tau aktiviti ni. Kami bukan sekadar melihat kelip-kelip, tapi kami juga diberikan banyak info-info menarik tentang kelip-kelip oleh En Hafiz yang juga dikenali sebagai “Firefly Whisperer”… Apa yang menariknya.. Kita sambung kat entry seterusnya ek…

Wajah-wajah gembira nak tengok kelip-kelip…

Fireflies watch
Facebook Comments Box

29 thoughts on “SERONOKNYA DI LEGEND CHERATING BEACH RESORT – FAMILY DAY #KBBA9 PART ONE

  1. Mas memang tak pernah lepaskan peluang ikuti Family Day KBBA9, semuanya best². Yang Legend ni paling best sebab banyak aktiviti menarik disediakan!

  2. Seronok sangat dapat berkenal mesra bersama KBBA9 .. Alhamdulillah dah kenal Tati .. Suka bercakap pantang dapat mic hehhee …apapon suka tengok Tati tak kekok bersama gang KBBA9.

Leave a Reply

Your email address will not be published.