MBH Carbon Snow Treatment-Pengalaman Buat Rawatan di MBH Medispa Ampang

MBH CARBON SNOW TREATMENT BANTU ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN MASALAH-MASALAH LAIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

“Kak Ti tak penat ke? Asik travel sana travel sini je.” Inilah soalan yang selalu kak Ti dapat dari kawan kawan bila tengok kak Ti memanjang ke sana ke mari. Kalau nak diikutkan memang penat. Tapi Alhamdulillah sebab apa yang kak Ti buat ni memang ‘passion’ kak Ti dari dulu lagi, jadi segala penat lelah tu dapat diatasi dengan rasa syukur dan gembira.

Tapi tu lah. Bila asik travel je, memang bab penjagaan kulit muka akan terabai. Kak Ti teringat dulu sebelum PKP muka kak Ti pernah alami ‘breakout’ yang agak teruk bila kak Ti travel ‘back to back’ especially ke negara-negara yang ada 4 musim dan negara-negara yang tahap berdebu dia tinggi. Masa tu memang muka kak Ti bukan setakat ‘breakout’ je, dapat sekali pakej ‘sunburn’ dan kusam.

Kenapa MBH Carbon Snow Treatment Jadi Pilihan

So untuk kali ni, walaupun kak Ti dah mula sibuk lagi dengan urusan travel, kak Ti sempatkan juga untuk belai kulit muka. Pilihan kak Ti untuk rawatan kulit muka kali ni adalah Carbon Snow Treatment kat MBH Medispa. Oh ya! Kalau korang nak tau, MBH Medispa ni ada banyak cawangan tau tapi kak Ti pilih ke MBH Medispa Ampang sebab mudah untuk kak Ti ke sana dan kak Ti ambil pakej 3 sesi terus.

Kenapa kak Ti pilih untuk buat MBH Carbon Snow Treatment ni? Meh kak Ti senaraikan apa faktor yang buat kak Ti tertarik dengan MBH Carbon Snow Treatment ni. Cer tengok senarai yang kak Ti bagi kat bawah ni. Boleh dikata hampir semua yang ada kat senarai tu adalah masalah yang sedang kak Ti alami. Korang ada masalah sama mcam kak Ti? Memang MBH Carbon Snow Treatment nilah yang korang kena buat. Tapi kalau yang ada masalah kulit muka yang nipis, Carbon Snow Treatment ni tak sesuai ya.

  • Masalah kulit kusam
  • Masalah parut merah atau gelap
  • Tona kulit tidak sekata
  • Pigmentasi
  • Masalah pori terbuka
  • Masalah kulit berminyak – Rawatan Carbon Snow Treatment dapat bantu kurangkan masalah ni juga

Sesi Konsultasi Untuk Kenalpasti Masalah Kulit Muka

Macam kak Ti mention kat atas tu, bagi MBH Carbon Snow Treatment kak Ti ambil pakej 3 sesi dan sesi pertama kak Ti pada petang Jumaat 23/9/22 yang lepas. Sampai je kat MBH Medispa Ampang kak Ti disambut mesra oleh konsultan di MBH Medispa. Sebelum sesi treatment, ada sesi konsultasi dulu ya bukan main terjah masuk terus buat treatment tau. Malalui sesi konsultasi tu kak Ti ditunjukkan dan dimaklumkan tentang kondisi dan masalah-masalah yang wujud kat kulit muka kak Ti ni.

Sebab sebelum ni kak Ti pernah buat treatment, kak Ti memang dah dimaklumkan yang kulit muka kak Ti jenis combination iaitu berminyak dibeberapa bahagian dan kering dibeberapa bahagian. Tapi kak Ti selalu ‘in denial’ dan rasa kulit muka kak Ti jenis berminyak disemua bahagian. Ialah.. Maunya tidak. kak Ti rasa kan, muka kak Ti memanjang berminyak tak kira kat rumah ke kat luar rumah ke, pakai makeup mahupun tak pakai makeup.

Bila kak Ti ditunjukkan kat monitor bahagian mana yang berminyak dan bahagian mana yang kering, barulah kak Ti sedar yang kulit muka kak Ti memang jenis combination (hahahahaha). Rupanya, menurut kata konsultan, kak Ti rasa kulit kak Ti sepenuhnya berminyak bukan hanya kerana faktor jenis kulit wajah, tapi mungkin juga disebabkan oleh produk-produk penjagaan muka dan make up yang kak Ti gunakan menyebabkan wujudnya rasa berminyak tu.

Semasa sesi konsultasi juga kak Ti dapat tengok sendiri masalah pigmentasi yang mula wujud kat kulit muka kak Ti. Kak Ti dimaklumkan yang bila masalah pigmentasi dah wujud ia tak akan dapat dipulihkan semula namun apa yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan rawatan muka bagi memudarkannya dan juga mengawalnya supaya tak jadi lebih teruk. Selain dari pigmentasi, kak Ti juga ada masalah ‘whitehead’ dan juga ‘blackhead’ tapi ini bukan masalah yang kak Ti seorang je alami. ini memang masalah semua orang tak kira lelaki atau perempuan.

Walaupun ianya adalah masalah semua orang dan antara cara paling popular yang sering dilakukan untuk atasi masalah whitehead dan blackhead ni adalah dengan menggunakan ‘peel off’, tapi korang tau tak yang menggunakan peelofff tu sebenarnya akan merangsang lebih banyak ‘whitehead’ dan ‘blackhead’ kat muka? Jadi, jangan buat tau kalau sayangkan kulit muka korang. Dapatkan rawatan yang betul untuk kesan jangka masa panjang yang elok.

Proses-Proses Dalam Sesi Rawatan MBH Carbon Snow Treatment

Selesai sesi konsultasi kak Ti terus dibawa masuk ke dalam bilik untuk mulakan sesi Carbon Snow Treatment. Untuk MBH Carbon Snow Treatment, proses-proses yang kak Ti senaraikan kat bawah akan diilakukan iaitu:

  • Pembersihan muka – Walaupun kak Ti datang tanpa sebarang solekan, wajah kak Ti tetap dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan make up remover bangi membuang sisa-sisa make up dan juga kotoran-kotaran lain kat muka
  • Cuci muka – Kemudian muka kak Ti dicuci dengan menggunakan produk pencuci muka MBH Dermaklair Facial Cleanser iaitu produk pencuci muka keluaran MBH Medispa sendiri.
Muka dicuci menggunakan MBH Dermaklair Facial Cleanser sambil diurut-urut manja
  • Scrub muka – Selesai proses mencuci muka, scrub Dermaklair Skin Exfoliator pula disapukan ke seluruh muka kak Ti. Ia bertujuan untuk membersihkan liang pori dan juga membuang sel-sel kulit mati. Best scrub Dermaklair Skin Exfoliator ni. Dia tak rasa kasar pun kat kulit muka dan sepajang sesi scrubbing tu, urutan kat seluruh muka juga dilakukan. Memang rasa fresh muka lepas sesi scrub tu
Scrub Dermaklair Skin Exfoliator mengandungi beads-beads halus yang tak akan melukakan dan mengeringkan kulit serta membersihkan terus liang-liang pori. Dalam masa yang sama ia dapat membantu melembapkan kulit. Scrub seeloknya dilakukan seminggu sekali.
  • Steam – Bila proses scrub dah selesai, proses pengewapan pula dilakukan ke atas muka kak Ti. Pengewapan ni bertujuan untuk membuka liang pori bagi memudahkan proses seterusnya pula.
Proses pengewapan untuk membantu membuka liang-liang pori
  • Vacum – Proses seterusnya adalah proses vacum di mana ia bertujuan untuk membuang whitehead dan blackhead
Proses vacum extraction untuk membuang whitehead dan blackhead
  • Manual Extraction – Manual extraction juga adalah proses untuk membuang whitehead dan blackhead tapi lebih detail berbanding vacum sebab proses manual extraction ni akan membuang whitehead dan blackhead dari dalam. Dalam banyak-banyak proses, proses manual extraction ni yang agak menyakitkan bagi kak Ti. Tapi kak Ti memang dah agak dah sebab sebelum pergi untuk dapatkan MBH Carbon Snow Treatment ni memang boleh nampak sendiri segala whitehead dan blackhead kat muka kak Ti. Al maklumlah , dah lama nau nau tak pergi buat sebarang facial.
Proses manual extraction pula dilakukan bagi memgeluarjan whitehead dan blackhead yang degil
  • Microdermabration – Bila dah selesai sesi picit memicit whitehead dan blackhead, alat microdermabration pula digunakan untuk membuang sel-sel kulit mati
Proses membuang sel-sel kulit mati dengan menggunakan alat microdermabration
  • Carbon Mask – Dah selesai semua proses proses kat atas tu barulah carbon mask akan disapukan dengan rata kat muka kak Ti. Ia kemudian dibiarkan seketika sebelum proses laser pula.
MBH Carbon Snow Treatment – Carbon mask disapukan secara rata dimuka
  • Laser – Laser akan ditembakkan ke seluruh muka yang bertujuan untuk mengecilkan liang-liang pori. Macam seram je kan. Tapi sebenarnya ok je. Nak kata tak sakit langsung tu tidaklah juga. Adalah rasa sakit sikit-sikit. Saki-sakit manja gitu.
Proses laser
  • Essence – Lepas muka dibersihkan dari sisa-sisa carbon mask, MBH Double Effect Brightening Essence pula disapukan dengan rata ke seluruh muka dengan menggunakan alat bagi membantu agar essence dapat menyerap dengan lebih efektif ke dalam kulit.
MBH Double Effect Brightening Essence disapukan ke muka kemudian diratakan menggunakan alat yang dapat membantu penyerapan essence dengan lebih berkesan
  • Oksigen – Selepas proses meratakan MBH Double Effect Brightening Essence ke muka selesai, oksigen pula disemburkan muka yang bertujuan untuk membantu melembapkan kulit.
  • Terapi LED Phototherapy (hijau) – Ini adalah proses kedua terakhir dalam Carbon Snow Treatment. pancaran led hijau ke muka adalah bertujuan untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam muka.
Pancaran LED dipancarakan ke seluruh bahagian muka
  • Lotion – Proses yang terakhir adalah sapuan MBH Soothing Lotion, MBH Skin Hydrator dan MBH UV Sunscreen SPF50+

Alhamdulillah selesailah sesi pertama MBH Carbon Snow Treatment kak Ti. Pada mulanya kak Ti macam teragak agak juga nak teruskan sesi rawatan pada hari tersebut sebab pada hari yang sama kak Ti ada meeting dengan prospek yang berminat dengannpakej pelancongan kami. Tapi rupanya, Mbh Carbon Snow Treatment ni takde downtime. Maknanya, lepas je sesi treatment boleh terus pakai make up macam biasa. 

Bersama therapist yang telah melayan dan membelai muka kak Ti untuk sesi MBH Carbon Snow Treatment kak Ti. Terima kasih.

Selepas Seminggu Sesi Pertama MBH Carbon Snow Treatment

Ok.. MBH Carbon Snow Treatment tu kak Ti buat seminggu yang lepas. Sebenarnya immediately lepas satu sesi tu kak Ti dah boleh nampak perbezaan kulit muka kak Ti. Tapi apa yang kak Ti perasan, dalam masa seminggu lepas sesi tu, kak Ti dapat rasakan kulit muka kak Ti terasa makin lembut bila kak Ti sentuh. Wahh! Tak sabar pulak nak tengok hasil lepas sesi kedua dan ketiga nanti. 

Jadi kak Ti, berbaloi ke idak? Aishhh.. Mestilah berbaloi-baloi. Lagi berbaloi kalau korang ambil terus pakej 3 sesi yang harganya jadi lagi berbaloi baloi. Alaa.. Apa salahnya kalau kita invest kat muka sendiri. Jangan sampai muka dah kusam teruk baru nak bertindak. So, untuk korang yang berminat nak datang je MBH Medispa atau nak tau makkumat lanjut, kirang boleh tengok info yang kak Ti share kat bawah ni ya. 

MBH Medispa Ampang
21, Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima
55100 Kuala Lumpur
Contact No. : 03-9205 5573
Website | Facebook MBH | Instagram
www.mbhmedispa.com | www.facebook.com/mbhmedispaofficial | www.instagram.com/mbh_medispa
Contact No.: 011-3236 3754
Shopping Produk Dermaklair yang dikelurkan sendiri oleh MBH kat SINI

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.