Pavlova…
Salam…
Ya Ampun!!! lamanyer tak update blog kesayangan hamba ni….Ntah aper penyakit ntah…Padahal punyala rindu nak menari2kan jejari2 gebu ni atas keyboard…tapi tak tercapai jugak hasrat tu. At last, hari ini…dengan penuh keazaman membara, berjaya jugak kembali ke sini. Disebabkan lamer sangat tak mengupdate, patutnya banyakla story mory yang boleh share kan…Tapi tu la, disebabkan banyak sangat, sampai tak tau nak share yang mana satu…
Hmmm…Disebabkan tak tau nak share citer mana satu, hari ni kita share satu lagi resepi yang amat mudah tapi sedap dan menarik ni la yer. Sumer mesti pernah terbaca / terdengar pasal PAVLOVA kan. Pavlova ni sejenis meringue based dessert… Kalau nak ikutkan kesahnya, kek ni asal usulnya tak berapa nak jelas. Ada yang kek tradisi Australia, ada pulak yang kater New Zealand punya. Yang pasti nama Pavlova ni diamabil sempena nama penari ballet dari Rusia Anna Pavlova. Ok la..tak mo citer banyak, jom tengok resepi dia kat bwh ni:-
Pavlova
Resepi: Joy Of Baking
Tukang try resepi: Tamar
Bahan:-
4 biji Telur grad A (ambil putih sahaja)
1 cawan gula castor (saya kurangkan jadi 3/4 cawan jer)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
1/2 sudu makan tepung jagung
Topping:-
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream
(saya guna 250ml fresh cream jer)
1 1/2 sudu teh (20 grams) gula icing (saya tak letak pon sebab fresh cream memang da manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan segar ikut selera masing…biasanya buah yang masam manis macam strawberry, blueberry, cherry, kiwi, anggur dan yang sewaktu dengannya untuk seimbangkan rasa manis ‘meringue’ yang memang ya ampun manisnya…
Cara:-
1. Panaskan oven 130 darjah celcius. lukiskan bulatan (7inch) atas kertas alas kek.
2. Asingkan putih telur dengan kuningnya (*pastikan takder sikit pun kuning telur dalam putih telur tu, kalau ada nanti dia tak mo jadi ‘stiff’)
3. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana sampai dia jadi ‘soft peak’
4. Masukkan gula sesudu demi sesudu sambil memukul dengan kelajuan maksimum, pukul hingga dia jadi sangat ‘stiff’ dan nampak macam agak berkilat. pastikan semua gula da sebati baru berhenti pukul. (*ambil sedkiti ‘meringue’ rasa dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari untuk pastikan ianya licin dan takder lagi rasa berpasir)
5. Taburkan tepung jagung dan cuka atas ‘meringue’ dan kacau secara kaup balik dengan perlahan menggunakan senduk kayu. Paling senang guna jer spatula plastik.
6. Bila da sebati, keluarkan ‘meringue’ ke atas kertas yang da dilukis bulatan tadi. Ratakan ‘meringue’ ikut bulatan.
7. Bakar selama 60 atau 75minit atau sampai warnanya bertukar jadi warna cream pucat. Bila timer da berenti, biarkan ia dalam oven sampai sejuk. Pastikan pintu oven sedikit renggang.
8. Bila da sejuk, keluarkan dari oven letakkan atas papan kek / pinggan leper (saya suka letak bahagian yang ‘crispy’ di sebelah bawah) dan hiaskan dengan fresh cream dan buah-buahan mengikut cita rasa dan kreativiti masing-masing.
9. ** Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven masing-masing. Tapi mesti dibakar dengan api sederhana. Apabila disentuh, bahagian luar akan terasa keras tapi tetap lembut di dalam. Selamat mencuba..
Pavlova ku yang sarat dengan buah-buahan. Colourful kan…. |
Facebook Comments Box