Part 2: Day One Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Macam yang kak Ti maklumkan kat PART 1 ni, untuk PART 2 dan part-part seterusnya kak Ti akan share dengan lebih detail lagi setiap aktiviti yang kami lakuakan sepanjang tiga hari dua malam berlangsungnya UM Tropical Familiarization and Package Development yang kak Ti sertai ni. Ok.. Tanpa membuang masa (Ewahhh.. ayat macam serius je kan.. hahaha).. Jom kak Ti bawak korang bersama-sama dengan kak Ti dalam pengembaraan tiga hari dua malam bercanda dan bermesra dengan alam….
SELASA 19/9/17 – HARI PERTAMA
TAMAN BOTANI RIMBA ILMU UNIVERSITI MALAYA, RIMBA DI TENGAH KOTA METROPOLITAN
Perjalanan kami semua bermula di Rimba Ilmu Universiti Malaya dan seawal jam 9.00 pagi kami semua perlu mendaftarkan diri kat sini. Selesai sesi pendaftaran dan sarapan, kami akan di bawa pula untuk melawat sekitar Rimba Ilmu. Untuk pengetahuan korang, lawatan sekitar RImba Ilmu ini adalah antara yang terdapat di dalam pakej Edu Tourism yang ditawarkan oleh Universiti Malaya tau.
Sebelum kak Ti bercerita lebih lanjut tentang lawatan kami, Kak Ti nak tanya, korang tau tak yang kat bandar Kuala Lumpur ni atau lebih tepatnya dalam kampus utama Universiti Malaya ada sebuah taman botanik yang dinamakan Rimba Ilmu. Apa??? Korang tak tau.. Samalah kita.. Kak Ti pun tak tau jugak sebenarnya.. hahaha.. Sebab kita sama-sama tak tau jom kita berkenalan secara ringkas dengan Taman Botani Rimba Ilmu Universiti Malaya ni..
Rimba Ilmu merupakan sebuah Taman Botani Tropika yang merangkumi kawasan seluas 80 hektar, telah ditubuhkan pada tahun 1974, dimana taman ini adalah berkonsepkan Taman Hutan Hujan dan berbeza dari taman-taman bunga yang lain terutamanya tamank-taman yang ada di sekitar Kuala Lumpur dan juga Lembah Kelang. Di sini, penekanan diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan yang ada di Malaysia dan juga Indonesia.
“RAIN FORESTS AND OUR ENVIRONMENT” EXHIBITION
Macam yang kak Ti dah bagitau sebelum ni, sesi lawatan ini bermula dengan peserta di bawa melawat sekitar Rimba Ilmu dan ianya bermula di dalam sebuah ruang pameran kekal yang dimanakan sebagai Pameran “RAIN FORESTS AND OUR ENVIRONMENT”. Pameran ini akan memperkenalkan para pengunjung tentang apa itu hutan hujan, di mana terdapatnya hutan hujan ini, apa sumbangannya kepada masyarakat, kepentingannya dalam mengekalkan keseimbangan iklim dan kualiti alam sekitar serta bermacam -macam lagi.
Menariknya lagi, setiap pameran di sini disertakn dengan maklumat yang di tulis dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Jadi kalau korang jenis lidah belacan macam kak Ti ni, takdelah tergeliat kepala otak ni nak paham apa yang cuba disampaikan melalui apa yang dipamerkan tu. Kak Ti rasakan, kalau kak Ti diberi peluang, memang kak Ti akan spend masa yang lama kat sini sebab banyak sangat yang kita boleh pelajari melalui apa yang di pamerkan dalam ruang pameran ni. Oh ya, kat ruang pameran ni juga, sesi kenal-mengenal antara peserta yang mengikuti lawatan ini dan juga pihak UM Cares serta pihak Tourism Malaysia dilakukan.
GUIDED WALK DI TAMAN RIMBA ILMU
Sesi seterusnya yang telah disediakan oleh pihak UM Cares adalah sesi berjalan-jalan di dalam Rimba Ilmu sambil ditemani oleh guide kami yang cantik manis Ms Vanesa. Berjalan-jalan dalam Taman Rimba Ilmu memang mengasyikkan dengan pemandangan menghijau di kiri dan kanan kita mampu membuatkan kita terlupa seketika yang kita ni masih kat dalam bandar Kuala Lumpur. Suasana yang tenang dan damai memang sesuai lah kalau nak jadikan tempat pelarian untuk tenangkan jiwa kacau..
Untuk pengetahuan korang, tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di Taman Rimba Ilmu ni terdiri dari tumbuhan herba, palma, “citrus & citroid, buluh, pakis, halia, buah-buahan tropika dan pelbagai spesis kayu-kayan. Terdapat lebih kurang 1,600 spesis tumbuhan yang terdapat di dalam Rimba Ilmu yang berasal dari pelbagai kawasan. Taman ini, pada asalnya adalah untuk kegunaan pembelajaran pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Biologi, namum telah dibuka kepada umum sejak tahun 1997 bersempena dengan pembukaan sebuah bangunan baru di dalam Rimba Ilmu.
Selain dari itu, kat dalam Taman Rimba Ilmu ni jugak ada beberapa anak sungai dan anak sungai yang Cik Vanesa bawak kami tu, air dia jernih sangat. Rasa macam nak terjun je berendam kat situ. Bayangkan suasana yang damai ditemani bunyi unggas dan bunyi air yang mengalir tenang. Aduh! damainya rasa. Daptlah hilangkan segala keserabutan otak untuk seketika. Keluar je mesti rasa ‘refreshed’. Ehh! Lupa nak bagitau.. Kat dalam taman ni kan ada banyak pokok buluh dan ada jugak pokok buluh gergasi.. Besar sangat.. Buluh ni sebenarnya adalah dari keluarga rumput tau.. Korang mesti tak tau kan..Takpe.. sebab kak Ti pun baru tau jugak.. Itulah gunanya datang ke Rimba Ilmu ni.. Sambil berjalan kita belajar.. Korang jangan risau.. Setiap tumbuhan yang ada kat sini berlabel yang ditulis dwibahasa. So tak kiralah lidah belacan ke, lidah cheese ke, korang boleh belajar.
MELAWAT DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC) & GALERI UM
Sebelum kami bergerak ke Pusat Pengajian Luar UM, Gombak, kami dibawa singgah ke satu bangunan yang menjadi antara ikon utama UM. Bangunan yang mengambil masa selama satu setengah tahun untuk dibina dan disipakan ini merupakan hasil rekaan Dato’ Kington Loo, seorang arkitek moden dari BEP dan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 25 Jun 1966. Jika sebelum ini UM menjalankan istiadat konvokesyen di tempat-tempat yang berbeza namun sempena perasmian Dewan yang dinamakan sempena nama Tunku ini, buat pertama kalinya istiadat konvokesyen bagi sesi 1965/66 telah berlangsung di dewan ini. Di sini kami telah disambut oleh Dr Zuraini dan team.
Selain dari rekabentuknya yang moden, satu lagi keistimewaan dewan ini adalah penggunaan bahan binaan yang tak mengenakan sebarang hiasan pada sesuatu binaan dan menggunakan konsep simen tidak bercat. Konsep ini juga merupakan konsep yang digunakan di bangunan Bank Negara Malaysia. Walau DTC pernah mengalami tragedi kebakaran pada tahun 29 Jun, 2001, satu-satunya tahun dimana istiadat konvokesyen tidak dijankan di DTC ini, namun dengan kecekapan semua yang terlibat, proses pembinaan dan pemulihan semula DTC berjaya dilakukan dalam masa empat bulan tiga minggu dan hasilnya adalah sebuah DTC yang hampir seakan tidak pernah mengalami sebarang tragedi malah lebih sempurna dan canggih.
Dari DTC kami bergerak pula ke Bangunan Canseleri yang letaknya tak jauh dari DTC. Galeri Seni UM terletak dalam bangunan ni kat tingkat 5. Melangkah masuk kedalam galeri seni, mata terpaku pada pameran-pameran dan lukisan-lukisan yang ada dalam galeri itu. Kat galeri ni.. Antara hasil-hasil seni yang dipamerkan adalah karya pelajar-pelajar UM sendiri dan juga terdapat lukisan yang sangat berharga dan bersejarah yang dipamerkan dalam satu ruangan khas. Ruangan khas ni tak sebarang orang boleh masuk tau. Lawatan kami ke galeri seni ini menjadi semakin menarik apabila kami ditemani oleh Puan Anita, kurator di galeri seni UM ni dan cara beliau memberi penerangan kepada setiap sudut yang kami lawati sangat menarik dan tak membosankan langsung. Sangat informatif.
Sebelum meninggalkan galeri seni, kami telah dibawa ke satu ruang santai yang luas untuk menikmati makan tengah hari dan setelah itu kami semua akan bertolak ke PPL Gombak pula. Memandangkan dah masuk tengah hari, maka sebelum bertolak tu kami laksanakan solat Zohor dulu kat UM dan selepas tu barulah kami bertolak ke PPL UM Ulu Gombak.
BERSAMA ORANG ASLI GOMBAK
Kami sampai ke PPL Ulu Gombak lebih kurang pukul 3 petang. Selesai sesi menyimpan barang kat dalam bilik, kami bersiap untuk ke perkampungan Orang Asli Gombak yang terletak tak jauh dari PPL ni. Kami jalan kaki je ke kampung Orang Asli dan dalam masa 5 minit je dah pun sampi. Kat sana , meraka telah pun bersedia untuk menyambuit kedatangan kami. Sebagai mengahargai kehadiran tetamu, kami telah dipersembahkan dengan tarian tradisional Orang Asli iaitu Sewang dan para tetamu juga diberi peluang untuk mencuba alat yang digunaka dalam tarian sewang teresebut serta merasai pengalaman manari tarian Sewang. Macam-macam gaya. Pendek kata memang menghiburkan sungguh.
Selesai persembahan tarian Sewang, kami telah dibahgikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan ditunjukkan dan diajar cara manggunakan sumpit. Korang tau tak sumpit tu apa. meh nak bagitau.. Sumpit adalah sejenis senjata Tradsional yang digunakan oleh Orang Asli dan kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak bukan sahaja untuk berburu malahan pada zaman dahulu turut digunakan sebagai senjata. Satu lagi kumpulan akan membuat kraftangan tradisional Orang Asli. Selepas tu kami akan bertukar aktiviti pula. Lebih kurang dua jam bersama mereka, kami pun balik ke PPL untuk selesaikan apa yang perlu, makan malam dan kemudian berehat seketika sebelum memulakan aktiviti pada malam itu pula iaitu ‘Frogging”.
FROGGING
Ok.. Yang ni kelakar. Masa mula-mula kak Ti dapat tentatif program, kak Ti memang dah perasan perkataan ‘frogging’ ada dalam aktiviti yang disenaraikan. Tapi pada fikiran kak Ti masa tu, aisshh.. takkanlah frogging yang tu kot. Mesti satu istilah untuk aktiviti yang dibuat je ni. Sekali malam tu masa sesi briefing fasilitator dari UM bagitau yang kita akan bergerak ke sungai untuk aktiviti menangkap katak. I was like WHAT??? Tangkap katak? Biar betul.. Nak buat apa?
Tapi selepas diterangkan bahawa tujuan aktiviti ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan bukan tangkap suka-suka macam masa korang kecik-kecik dulu. Hahaha.. Gurau je.. Takkan gurau pun tak boleh. Kak Ti tau, kebanyakan dari korang ni mana pernah buat aktiviti main tepi longkang, panjat pokok dan masuk hutan kan.. Semua pakat ngadap media sosial je. Ok.. Berbalik pada cerita frogging, dalam aktiviti frogging ni, kita akan diajar cara-cara yang betul untuk handel katak supaya tak mengakibatkan kecederaaan dan kematian pada katak . Contohnya macam mana nak tangkap dan macam mana nak pegang dengan cara yang betul.
Selain dari itu, melalui aktiviti ini juga kita akan diajar bagaimana untuk membezakan antara katak dan kodok dan juga habitat setiap satunya. Hah.. Katak lain kodok pun lain tau. Satu lagi perkara menarik yang kak Ti pelajari malam tu adalah kalau kawasan rumah kita ada katak, kita kena happy. Sebab apa tau.. Kehadiran katak kat sesuatu kawasan itu menandakan kawasan itu adalah kawasan yang tak ada bahan kimia. Katak ni tak boleh hidup dalam persekitaran yang ada bahan kimia. Kami juga amat bertuah malam itu kerana dua orang pakar amphibia iaitu Dr Lim Boo Liat, seorang zoologist yang terkenal dan Dr Tan, dari PERHILITAN telah sudi untuk hadir dan memberikan penerangan kepada kami pada malam tu.
Selesai aktiviti frogging, maka selesailah aktiviti kami untuk hari pertama. Kami semua balik ke bilik bersihkan diri dan bersedia untuk tidur. Recharge tenanga untuk esok pulak. Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan kami lakukan di hari kedua nanti dan antaranya adalah “Archery War”.. Yeayy tak sabar nak belajar memanah… Ok la korang.. Untuk hari kedua, korang tunggu entry seterusnya ek…. Tunggu tau..
baru tahu kalau ada katak dalam rumah maknanya rumah kita bebas kimia. Rumah IQ tak ada katak kakti sebab rumah IQ tinggi, tak sempat nak panjat dah pengshan gamaknya. haha! Best tengok pengalaman kakti kat UM ni. Kinjo tu memang menetap di Malaysia ke? (dari hari tu nak tanya). hehe
Hahaha.. Katak tu pun mesti gayat nak panjat naik rumah IQ.. Tak silap kak Ti Kinjo dah 2 tahun kat Malaysia…
WoW1 baru tahu kewujudan taman rimba UM ni.. thanks for sharing kak tati. nanti boleh lah saya jejakan kaki ke sana.. InshaAllah
Kak Ti pun baru tau masa pegi hari tu DP.. hehehehe
woah. tak tau pun ada tempat bes ni. huhu. dlm msia pun x abeh nak explore