PART 4 JAKARTA BANDUNG – JAKARTA, KAU KAMI TINGGALKAN – BANDUNG SAMBUTLAH KEDATANGAN KAMI

Assalamualaikum…
HARI KEDUA DI KOTA JAKARTA, MENUJU KE BANDUNG – 10 JANUARI 2013
Seawal jam 5.00 pagi kami dah pun terjaga bersedia untuk menyambung perjalanan. Kota Jakarta akan kami tinggalkan menuju ke Kota yang menjadi pujaan hati ramai pelancong-pelancong terutamanya dari negara kita. Tak lain dan tak bukan, ianya adalah Kota Bandung. Syurga membeli belah @ syurga FO. Oh, BTW, kalau nak tau cerita sebelum ni, rajin-rajinkanlah diri menjenguk ke PART 3 Yer….
Selesai melaksanakan kewajipan pada yg Esa..(berjalan, berjalan gak..yg ni jgn lupa tau..) kami pun bersiap sedia untuk meninggalkan hotel dan menuju ke Gambir. Kami memang dah plan sejak dari tanah air lagi yang kami akan naik keretapi jer menuju ke Bandung.  Memandangkan Hotel N1 ni ada menyediakan breakfast, jadi sebelum check out kami turunla untuk breakfast dulu. Dah hotel sediakan brekfast, bakper nak membazir breakfast kat luar lg kan…(simpan duit untuk shopping hoccay).. Menu untuk breakfast pagi tu adala dlm  3 menu.. Nasi putih, mee hoon goreng & sayur campur & ada coffee atau teh..Alhamdulillah… cukupla untuk mengalas perut walaupun mee hoon dia keras kejung. hehehe..
Since we planned to catch the early train to Bandung, tanpa membuang masa, selesai jer sarapan, kami pun check out. Tapi sebelum check out tu kenela snap segambar duagambar depan hotel dulu kan. Especially kat tempayan besar yang agak famous itu. Patutnya bila snap gambar kat tempayan tu, ia akan memberi ilusi seakan-akan kita berada dalam tempayan tu.. Tetapi malangnya, my dearest partner pi snap gambar dari atas pulak…You’ll see what I mean bila tgk gambar tu nanti…hahaha… The best thing about hotel N1 ni selain dari lokasinya yang hanya walking distant ke Pasar Tanah Abang, ianya juga terletak betul-betul kat tepi jalan. Tak perlu nak jalan jauh untuk dapatkan transport & kalau banyak bawak fulus extra, cakap jer ngan abang-abang supir yang disediakan oleh pihak hotel mana destinasi yang nak di tuju. Abang-abang supir ni memang sentiasa ada kat luar lobi hotel tu.
As for us, macam biasalah, bajaj (read bajai) lah yang jadi mangsa untuk mengangkut kami yang bersaiz agak kus semangat ini. The best thing about bajaj ni, perjalanan akan menjadi lebih lancar dan dapat sampai ke tempat tujuan dengan lebih pantas berbanding kalau kita naik taksi atau sewa kereta. Their dirving skill…what can I say, kalah driver bas Metro kat Kl ni.. Perlu diingatkan sekali lagi yer tuan2 dan puan2 sekelian, Jakarta adalah bandar yang super duper sesak. Sampaikan my dearest partner yang kuat merungut pasal traffic kat KL ni terus bersyukur dengan keadaan traffic kat KL yang hanya lebih kurang 1/10 sahaja bila dibandingkan dengan kesibukan traffic di Jakarta. 
Jarak antara Hotel N1 ke Gambir ni taklah jauh sangat, Oleh itu, perjalanan pun tak memakan masa yang lama. Sampai di Gambir, kami pun dengan penuh confident terus ke kaunter tiket & beratur untuk membeli tiket. Sekali…..silap kaunter daaa…..Kaunter untuk tiket ke Bandung terletak kat bahagian lain. Adussss….Dipendekkan cerita, selesai membeli tiket kami pun naik ke platform yang dinyatakan. Masa kat platform tu tiba2 my dearest partnet bagitau that ada clear view dari platform tu yang boleh nampak MONAS (Monumen Nasional). Apa lagi..snap-snap la… Tak lama lepas tu, train pun sampai. Train pagi tu hanya untuk kelas eksekutif sahaja. Tu pasalla train pagi tu tak ramai orang kot. I think thats one of the advantages bila travel bukan musim2 holiday & di hari biasa.
Train yang akan membawa kami ke Bandung pagi tu adalah Argo Parahyangan. Train yang sangat selesa dan bersih. Perjalanan ke Bandung akan mengambil masa selama 3 jam yer tuan2 dan puan2 sekelian. Another means of transport untuk ke Bandung adalah Bus dan Cipaganti. (Cipaganti = Van / MPV yang disewa beramai-ramai). Perjalanan dengan 2 transport ni kalau nak ikutkan lebih cepat dengan tempoh perjalanan lebih kurang  2 jam sahaja untuk sampai ke Bandung. Bagi sesiapa yang nak sampai cepat, boleh memilih antara dua ni. Tapi sebelum tu, sila pastikan ianya bukan musim cuti di Indonesia ya…Kalau tidak, perjalanan 2 jam boleh jadi sampai 4 jam disebabkan oleh kesesakan di highway. Warga Jakarta dan daerah2 sekitar yang lain juga suka menghabiskan hujung minggu mereka di Bandung. Tapi bagi sesiapa yang suka menikmati pemandangan alam yang Subhanallah…cantik dan mendamaikan, bolehla memilih untuk naik train. Perjalanan 3 jam tu tak akan terasa disebabkan kita leka dengan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke Stasiun (stesyen..hehehe) keretapi Bandung pada jam 11.30 pagi. 
Gembira tak terkata rasa di hati. Tapi sebelum tu kami bercadang nak check in dulu di hotel sebelum memulakan sesi menjelajah Bandung. Hmmmm.. Disebabkan confident yang terlebih ada satu peristiwa yang berlaku lepas kami keluar dari stesyen keretapi. Tapi…kita sambung cerita tu kat nexr entry K…
 Pemandangan dari bilik hotel & sarapan yang pihak hotel sediakan…
Inilah gambar yang tak menjadi tu…..kreativiti yang gagal…hahahaha
 Hasil tangkapan dari dalam bajaj
 Ni lah kerje kami sementara menunggu keretapi sampai…
Eksekutif Coach Argo Parahyangan…Selesa kan…Jangan risau kalau bateri phone or lappy habis…kat tepi seat ada tersedia plug untuk charge..
 Bergerak meninggalkan kota Jakarta…
Dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang Subhanallah…saujana mata memandang di sepanjang perjalanan…One of the reason why we chose to travel by train….
Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.