Part 4(Finale): Day Two Edu Tourism – Universiti Malaya Package Development Camp
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Amboi-amboi! Panjangnya entry Edu Tourism kak Ti kan.. Dari PART 1, PART 2, PART 3 sampai ke part 4.. Hah! Ini sebenarnya nak bagitau kat korang yang Edu Tourism UM Cares ni memang terbaik.. Tiga hari dua malam yang memang ‘awesome’ sangat. Oklah.. Jom kita sambung ‘adventure’ hari kedua dan kali ni kita ke Sungai Pisang pulak.. Kita camping kat dalam hutan bertemankan bunyian unggas rimba dan deruan air terjun..
RABU 20/9/18 – MASIH LAGI DI HARI KE DUA
MENUJU KE SUNGAI PISANG
Selesai aktiviti ‘stream sampling’ plus aktiviti berendam, kami balik semula ke PPL untuk kemas barang-barang yang nak bawak masuk ke hutan Sungai Pisang. Untuk ke Sungai Pisang, kami perlu menaiki kenderaan hingga ke entrance Sungai Pisang, berdekatan dengan chalet Alang Sedayu dan juga loji SYABAS Gombak.
Kat sana kami akan berjumpa dengan ‘team’ yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa kami ke Sungai Pisang dan akan juga mengendalikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan kat Sungai Pisang. Pendek kata, untuk aktiviti kat Sungai Pisang, team ni lah yang akan jaga kami.. Macam biasa, sebelum kami mula bergerak kami diberikan taklimat ringkas terlebih dahulu tentang perjalanan kami ke Sungai Pisang.
Untuk ke Sungai Pisang, kami perlu merentas sungai di hadapan pintu masuk loji SYABAS dan dari sini kami berjalan lebih kurang 10 minit meredah semak dan laluan berbatu untuk ke terowong karak. Laluan takdelah susah mana, cuma kena berhati-hati sikit sebab laluan berbatu tu agak licin memandangkan sebelum tu hujan. Bila sampai je kat terowong tu kan.. Kak Ti memang happy sangat.. Aduhaii!! Terowong ni memang menggamit kenangan sungguh.
Dari terowong tu ada dua laluan iaitu samaada lalu tepi highway ataupun lalu ikut hutan, menyusur sungai.. Kalau ikutkan lalu ikut tepi highway tu lebih cepat sebenarnya, tapi panaslah.. Ialah, dah lalu tepi highway kan mestilah panas.. Dan selama kak Ti masuk Sungai Pisang, itulah laluan yang kak Ti dan kawan-kawan guna. Tapi untuk kali ni, guide kami memilih option laluan hutan. Huhuhu… Walaupun tak panas sebab terlindung dengan pokok-pokok, tapi rasa macam lama sangat kami berjalan barulah sampi ke ‘camp site’…
Waduh-waduh seronoknya rasa bila dah sampai camp site, terubat rindu pada Sungai Pisang (poyo je ayat kan.. hahaha).. Selesai segala urusan setting dan pasang khemah, kami semua ambil kesempatan untuk bersihkan diri kat sungai dan selepas tu berehat seketika sebelum berBBQ. Hah.. Dinner kami malam tu BBQ tau, jangan tak tau, sedap pulak tu..
KHAMIS 20/9/18 – HARI KE TIGA
ZIPLINE & ABSEILING
Pagi tu, selesai semua urusan yang perlu diselesaikan, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Kak Ti rasa, bukan kak Ti je yang excited nak buat aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk kami ni, semua mesti excited nak buat. Ada dua aktiviti yang akan kami lakukan kat Sungai Pisang iaitu Zipline dan Abseiling.
Untuk dua aktiviti ni, ianya akan dikendalikan oleh team yang memang pakar dan berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti outdoor dan Sungai Pisang memang selalu menjadi pilihan mereka untuk menjalankan aktiviti ni. Aspek keselamatan peserta dan juga peralatan yang digunakan memang amat dititik beratkan dan sebelum kami melakukan sendiri aktiviti ini, kami telah diberikan penerangan dan ditunujukkan demo tentang bagaimana dan apa yang perlu kami lakukan semasa menjalankan aktiviti -aktiviti ini. Apa-apa pun, sebelum sebarang aktiviti dijalankan, kami di jamu tersebih dahulu dengan sarapan ala ‘mat saleh’ campur Melayu.
Zip line
Untuk korang yang belum tau, zip line adalah aktiviti meluncur merentasi kawasan yang tinggi dengan menggunakan tali yang telah diregangkan di atas kawasan tersebut dan peserta perlu mengawal sendiri tali untuk turun dari aras tinggi ke bawah. Zip line dan flying fox ni lebih kurang atau sama je cara melakukannya. Peralatan dan tali yang digunakan pun sama je.
Untuk kak Ti dan beberapa peserta lain, ini adalah pengalaman pertama kami melakukan aktiviti zip lining ni. Macam-macam gaya peserta yang dapat dilihat masa aktiviti ni dijalankan. Bagi peserta yang memiliki masalah gayat, memang lucu bila tengok aksi-aksi mereka melakukan aktiviti ni.
Yang pasti, kami semua memang seronok dan peserta yang pada mulanya ada perasaan gayat pun akhirnya turut ‘enjoy’ dengan aktiviti zip lining ni. Perasaan masa berlepas tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata especially bila kita tiba-tiba berhenti kat tengah dan bersedia untuk turun ke bawah. ‘The adrenaline rush’ tu memang mengujakan dan ‘menggiankan’. Bayangkan betapa cuaknya perasaan masa nak buat tu, tapi bila dah sampai bawah rasa nak buat lagi..Hahahaha…
Abseiling
Selesai dengan aktiviti zip line, kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti seterusnya iaitu abseiling. Abseiling adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menuruni sesuatu tebing dengan menggunakan tali dan ia juga dikenali sebagai “Rapelling”. Kalau tadi masa aktiviti zipline kami perlu mengatasi rasa gayat, kini kami perlu pula mengatasi rasa takut. Macam-macam perasaan ada masa buat aktiviti ni.
Untuk aktiviti abseiling ni, kami perlu menuruni air terjun. Bayangkan dengan air yang mencurah-mencurah, kita perlu mengawal kaki, tangan serta tali yang digunakan supaya dapat turun ke bawah. Pandangan yang terhad, tebing yang licin memang amat mencabar dan menguji keberanian diri. Tapi yang pasti, bagi yang berjaya melakukan aktiviti abseiling ni memang satu kepuasan yang amat.
Psttt.. Kak Ti pun buat jugak tau aktiviti-aktiviti ni.. Jangan mentang-mentang takde gambar kak Ti beraktiviti korang kata kak Ti tak buat pulak… hehehe…
JOM BALIK
Selesai beraktiviti, akhirnya tiba masa untuk meninggalkan Sungai Pisang dan ketenangannya serta kenangannya untuk kembali pada rutin harian masing-masing. Puas beraktiviti, akhirnya Sungai Pisang kami tinggalkan. Kali ini, kami dibawa mengikut laluan tepi highway dan masa nak keluar tu, kak Ti nampak satu pemandangan yang amat tak menyeronokkan. Timbunan sampah-sampah yang ditinggalkan begitu sahaja di tepi jalan berhampiran dengan laluan keluar oleh insan-insan yang tak bertanggungjawab. Hmmm.. kenapalah buat perangai macam ni kan.. Kalau bukan kita sesama kita yang nak jaga kelestarian alam kita siapa lagi… Allah pinjamkan ketenangan rimba untuk kita nikmati bersama-sama tapi ada pulak insan-insan yang berperangai macam ni.
Akhirnya, setelah melintasi terowong sekali lagi dan meredah sungai, lebih kurang pukul 3.30 petang, kami akhirnya selamat sampai ke PPL semula. Kami membersihkan diri, selesaikan apa yang wajib dan kemudian kami megambil semula barang-barang kami yang telah ditinggalkan di PPL dan akhirnya kami semua balik ke destinasi masing masing.
PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA
Pengalaman mengikuti program Edu Tourism bersama Tourism Malaysia dan UM Cares ni memang satu pengalaman yang amat bermakna dan berharga. Banyak perkara yang kak Ti pelajari sepanjang 3 hari 2 malam mengikuti setiap program yang telah diaturkan dengan begitu cantik dan tersusun sekali. Terima kasih daun keladi buat pihak Tourism Malaysia terutamanya Tuan Hishamuddin Mustafa, Timabalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga orang kanan beliau iaitu Cik Fazlin yang telah sudi memberi peluang kepada kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk bersama-sama dalam program 3 hari 2 malam ini.
Last but not least.. Jom layan video kat bawah ni… Semoga dapat menghiburkan korang semua…
Ya Allah cantiknya air terjun sungai pisang…suka tgk kegigihan dan keaktifan kak tati join acara mencabar…betul2 hebat…kalau juju mau menangis nak jungle trakking gitu hihi sbb x fit…memang puas hati ada bbq semua mesti kenangan terindah x mungkin dilupakan. 🙂
Wahhhh.. Menariknya. Pengalaman yg cukup berharga. Tahniah!!
Wow.. Bnyk tmpt mnarik dlm msia yg masih blum hbs nk xplore. Alaaa syoknya
Wowweee…terbaikla kak tati…suka adventures rupanya ya..sekali sekala dapat masuk hutan tengok kehijauan…main ngan air terjun…perghhh…bila ntah Sal nak dpt rasa semua ni balik..rindu oooo
wah bestnya 🙂