PART 3 (FINAL) PENGALAMAN MENGANDUNG & BERSALIN – CATATAN BUAT TERUNA KEDUA SYED AHMAD ZIYAD

Assalamualaikum…
Alhamdulillah.. Sampai jugak ke PART 3 kisah mengimbau kenangan 11 tahun dulu. PART 1 kat sini dan PART 2 kat sini tau. 
 Lepas dah buat VE tu, I was informed that I
was already 2cm dileted… Hah!!!! Terus jadi seram sejuk. Tak sangka it will
only be a matter of time untuk jumpa teruna kedua kami ni. Tu la.. Konon2 gi hospital
nak senangkan hati my parents jer.. Hamek kau.. Hahahaha… Bila dah selesai
semua… Doktor tanya wether nak balik dulu ke nak stay hospital jer. Since ini
anak kedua, I was advised to stay kat hospital jer. Bila dah doktor suggest
macam tu kami pun agreela untuk check in hari tu jugak. Kali ni mintak bilik
yang duduk sorang. Tapi malangnya availability hanya bilik yang share 2 orang
…bolehla.. bila dah selesai semua urusan admission ke ward, maka kami pun di
bawakla ke bilik ward.
Alhamdulillah kali ni dapat stay kat
bilik 2 orang. Masa mula mula masuk tu my roommate was chinese lady. She was
discharged the next day. But at least malam tu takdela kesorangan. Malam tu
jugak dah start sakit sakit dah. I thought it will be just like how it was when
I was delivering Zikry. Tapi… Tak semudah itu rupanya. Orang kata klau nak
cepatkan proses bukaan, kene banyak berjalan. So, mlm tu instead of sleeping I
spent most of the night tawaf kat depan bilik. sampai satu masa tu nurse kesian
tengok tak berenti tawaf, dia offer untuk buat VE to see if there’s any
progress. Malangnya, bila check bukaan maintain 3cm.. Allah dugaan sungguh.
Bila dah penat tawaf tu cuba2 la jugak untuk tidur. Dapatla lelap sekeja
sekejap and terjaga semula bila contraction menyerang.
Kesimpulannya malam tu memang tak
cukup tidur and pagi tu pun dah tak berselera nak sarapan. Tak sabar nak tunggu
masa melawat. Bila masuk waktu melawat, my dearest partner arrived with my
parents. Masa tu sakit dah tahap gaban dah. Siap menangis nangis bagai dah.
Then the nurse offered pain killer. Dengan penuh kegembiraan I accepted the
offer thinking that it will be able to take away or at least ease the pain. A
decision which I lettter regretted. Will let you know later why I regretted
that decision. Lepas dapat jab kat pungkok, I managed to get a nap.. Tapi tak
lama pun. The pain killer tu tak berkesan sangat pun. I still feel that sakit
tahap menggelupur tu and this time sakit tu ditambah pulak dengan rasa mamai
kesan pain killer tu. I became so tak berdaya. Sakit, lalok semua ada.
Tak lama lepas tu nurse datang buat VE
lagi and guess what. . Bukaan masih lagi 3 cm… Tapi diorang decided untuk
hantar ke delivery room jugak untuk pecahkan ketuban hoping that it will
trigger the dilation. kalau tak silap, I was sent to the delivery room around tengah
hari bertemankan my dearest partner. Again, just like when I was giving birth
to Zikry, Alhamdulillah, sepanjang dalam delivery room tu I was not alone. My
dearest partner was with me the whole time. Masa dalam delivery room sakit
semakin menggila. Memang unbearable rasanya. Menangis tok sah cakapla. Dengan
sakit lagi, dengan lalok lagi.. Masa tu memang sangat sangat tak bertenaga. Dan
disebabkan oleh kesan pain killer juga, I threw up dalam delivery room tu. I
was at the delivery room for quite sometimes. Imagine, masa dah fully dilated tu,
dalam bilik tu penuh dengan doctors and nurses sebab mommies dlm bilik bilik
lain semua dah selamat bersalin. I was the only one left at that time.
Bila proses nak meneran tu, I was so
tak bertenaga. Sampai satu tahap tu, I was begging them to do anything as long
as the baby can come out. Alhamdulillah, my dearest partner, doctors and nurses
are very supportive. They kept on encouraging me, telling me positive words
untuk bersalin secara normal. Never even once do they ever said harsh words or
be rude.. Alhamdulillah.  Syukur yang tak
terhingga bila akhirnya selepas berjuang for almost 24 hours menahan kesakitan,
lahirla putra kedua kami ke dunia ini diiringi dengan suaranya yang nyaring…
The first thing that everyone notice when he came out was how very thick and
long his hair. Bila dah selamat bersalin, doktor bagitau that one of the reason
susah sangat proses bersalin tu disebabkan my baby dah terlilit tali pusat. Tu
yang susah sangat nak kluar tu.
Tapikan, honestly semua kesakitan yang sekejap
tadi bagai nak tercabut nyawa tu, hilang sekelip mata sebaik sahaja dia selamat
dilahirkan. Subhanallah..apa yang tinggal masa tu adalah perasaan sayang yang
tak terhingga untuknya. Alhamdulillah tiada sebarang complication dan kami
dibenarkan balik the next day. Maka, bermulalah proses berpantang yang amat
mencabar. Kisah jaundice berulang lagi tapi kali ni Alhamdulillah tak seteruk
Zikry . Tapi tetap jugak admitted sebab prolonged jaundice. Setelah mengharungi beberapa episod drama, sesi berpantang akhirnya berjalan dengan lancar. 
Syukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah.. Anak teruna kami kini telah pun berusia 11 tahun. Membesar dengan sehat dan sentiasa menceriakan hati kami. Walau terkadang kerenahya amat mencabar kesabaran kami, namun kami sedar Ya Allah, dia adalah anugerahMu untuk mengajar kami erti kesabaran. Peliharakanlah dia Ya Allah. Semoga dia akan menjadi Muslimin dan khalifah yang hebat di bumi mu ini. Berikanlah kejayaan kepadanya di dunia dan juga di akhirat kelak. Aaamiin Ya Rabbal Alamin.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.