Part 1 Kembara KBBBA9 Ke Natasya Riverside Resort Gopeng – Kendurian
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Durian oh Durian!! Hailah durian.. kenapalah mahal sangat harga ko ni. Sudahlah mahal.. nak dapat yang jual perbiji sekarang memang dah tak ada rasanya.. Semua pakat jual timbang kilo. Aduh! Tepuk dahi. Kena macam kak Ti ni, sekeluarga peminat tegar durian. Nasiblah si SAZSO no 4 tu tak suka, kuranglah persaingan.. Hahahaha.. Amboi.. teruk bebeno la tu kan..
HAJAT TAK KESAMPAIAN
Awal Disember tahun lepas kak Ti dan beberapa orang rakan-rakan kak Ti ke Gopeng untuk aktiviti ‘white water rafting sebab sebelum ni dah pernah cuba ber white water rafting dan kat kebetulan buatnya kat Gopeng jugak. Tapi Kak Ti follow jugak rakan-rakan lain sebab nak memeriahkan suasana. Ialah, kang tak cukup korum pulak geng-geng ‘mak jemah tu’.
Lagipun, selain dari WWR kami dah plan nak mendaki bukit batu putih untun tengok ‘sun set’ plus jalan-jalan cari makan ke kawasan-kawasan berdekatan. Yang paling menjadi impian dan harapan masa tu adalah nak makan durian puas-puas sebab dengar cerita kat Gopeng harga durian murah.. Dengan harga durian yang bagi kak Ti melampau-lampau kat KL, besarlah harapan kami yang pegi masa tu untuk dapat makan durian dengan harga yang lebih murah kat Gopeng ni.. Tapi harapan tinggal harapan.. Durian memanglah banyak tapi semua dok bergayutan kat pokok lagi.. Huhuhu.. Hmmm.. Tak ada rezeki kami masa tu..
KEMBARA KBBA9 KE NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG
Al Kisahnya, hujung minggu lepas iaitu pada 6hb hingga 7hb kak Ti dan 7 orang lagi rakan-rakan blogger KBBA9 ke Natasya Riverside Resort Gopeng (NRRG) untuk sesi kembara pertama kami bagi tahun 2018.. Kak Ti ni part berjalan memang excited sesaje tapi dalam hati tu dok berharap la jugak dapat beli dan makan durian puas-puas masa kat sana nanti. Masih terbayang-bayang lagi gayutan durian kat pokok-pokoknya masa kak Ti pegi dengan kawan-kawan masa awal Disember tu.
Sepanjang perjalanan ke NRRG tu kami disajikan dengan pemandangan durian yang bergayutan dengan megahnya kat pokok-pokoknya yang banyak kami temui sepanjang jalan menuju ke NRRG.. Hati kak Ti masa tu dah mula berbunga-bunga dah. Tapi bila sampai je kat NRRG, hati kak Ti pun berlagu riang.. Mana tidaknya, Ya Allah! NRRG umpama resort dalam kebun. macam-macma pokok buah-buahan ada. Dan yang lebih membahagiakan, pokok durian pun banyak korang tau. Rasa macam nak lompat bintang masa tu. Apatah lagi bila dimaklumkan ada sesi kendurian.. Wow!! Memang itulah yang dinanti-nantikan…
PESTA DURIAN
Hari tu kami memang betul-betul kenduri durian. Sebelum lunch pun kami sempat lagi makan durian dulu. Yang kelakarnya, Yanty yang tak join masa sesi makan durian sebelum lunch sebab simpan barang kat bilik tak sedar pun yang kami ni dah melantak durian sebelum lunch. Bila dia sampai untuk join lunch, tiba-tiba dia cakap “macam ada bau durian je”.. Kami berpandangan sesama sendiri pastu berdekah kami gelak. Mananya tidak, kami tak perasan langsung Yanty tak ada masa kami dok berpesta durian tadi.
Mujurlah tak lama lepastu stok durian sampai lagi dan kami pun apa lagi sambunglah lagi berpesta durian. Pendek kata sepanjang 2 hari satu malam kami kat sana memang puaslah kami berpesta durian sampai masing-masing mabuk durian. Mananya tak mabuk, sampai-sampai je makan durian, lepas aktiviti pertama iaitu white water rafting makan durian lagi. Yang paling best, tengah dok layan durian tiba-tiba durian gugur dekat dengan tempat kami tengah dok layan durian tu. Merasalah kak Ti macam mana rasanya durian yang baru gugur.
Pengalaman kembara ke NRRG ni betul-betul memberikan satu kepuasan yang tak terhingga pada kak Ti dan rakan-rakan lain. Bukan saja sebab kami dapat berpesta durian tapi suasana kat NRRG sendiri dan juga aktiviti-aktiviti yang dapat kami lakukan sepanjang kami kat NRRG memang mengujakan dan menyeronokkan. Kalau nak tau apa lagi yang membuatkan NRRG ni menarik dan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan bila korang pilih untuk stay kat resort ni, korang baca entry khas dari kak Ti berkenan ni ya.
Kalau korang nak tau, kat sini bukan takat durian je yang ada tau.. Macam-macam buah-buahan lain pun ada jugak kat sini. Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang boleh follow facebook NRRG untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej menarik yang mereka sediakan untuk korang menikmati buah buahan yang ada kat resort ni mengikut musim.
Alahaiii duriann…
Menggoda sungguh durian tu kan sofie..
Menggoda sungguh. Ini bawa family pergi okay sangat ini, bagi experience kpd anak-anak.
Betul tu UN.. Anak2 mesti seronok dapat experience macam2 kat NRRG ni..
Menggoda betul durian tu. Dah laa eyqa nie hantu durian tegar
Sedappp eyqa.. Rugi kalau tak pegi ke Natasya Resort Gopeng sementara durian masih musim lagi ni..
comel sangat duri dia..Orang kata nak tau durian lama atau masih baru,kena tengok duri durian.
Ooo ya ka.. Ilmu baru untuk kak Ti ni.. Tq Ina..
adehhh, menggoda betul tengok buah durian atas pokok tu, serius teringin nak ke sana!!!!!
Apa lagi.. Cargas IQ.. seronok n teruja tengok durian bergayutan kat pokok.. tapi lagi seronok tengok yg dah bukak atas meja.. hahahahaha
sedapnya lahai tengok..
Memang sodapp Nad..
best yer…jeles sgt tengok geng kbba yong syok makan durian tu.
Sempat lagi kalau nak merasa durian fresh kat Natasya Resort Gopeng Huda..
Seronok .. cantik gambor kak Tati
Tq tq tq.. Ada antara gambar2 tu ihsan geng2 lain..
huh!…. jeles + dengki dah ni tgk doyan bergolek golek
Mmg untung makan durian sepuas hati