Pantai Desaru – Lokasi Pilihan Family Gathering Kami
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Hari tu kan masa kak Ti share cerita raya kat JB beberapa bulan yang lepas, kak Ti ada bagitau pasal tradisi family gathering every raya dalam keluarga kak Ti. Biasanya kami akan pilih pantai sebagai lokasi gathering. Sambil bergathering sambil bercanda dengan pasir dan ombak-ombak kecil yang menghempas pantai terkadang kasar terkadang lembut. (Kak Ti dah kenapa pulak nak bermadah-madah bagai ni.. hahaha)..
Hmm.. abaikan jelah jiwa sastera kak Ti yang tak kesampaian tu. Untuk gathering kali ni, kami pilih pantai Desaru sebagai lokasi. Tahun-tahun sebelum ni kami bergathering kat pantai Batu Layar, tapi untuk tahun ni Desaru jadi pilihan atas beberapa faktor. Selain faktor jarak yang lebih dekat berbanding Batu Layar, keadaan pantai Desaru yang dah banyak improvement jugak menjadi faktor kenapa kami pilih Desaru.
Perbincangan tentang family gathering ni biasanya kami buat kat dalam grup whatsapp familly “pada idik” (baca sesama kita) yang ahlinya adalah dari yang berpangkat mak cik, sepupu sampailah ke anak sedare kak Ti semua ada dalam tu (hanya family members ladies je dalam grup ni). Mak kak Ti pun ada dalam grup ni tau.
Lebih kurang jam 10.00 pagi kami dah bergerak ke pantai Desaru dan sampai kat pantai dalam pukul 11.00 pagi. Memandangkan kami bergerak agak awal berbanding yang lain, kami sampai dulu dan pilih spot yang paling cun, siap boleh parking kereta terus kat situ. Mudah nak turunkan barang-barang yang dibawa serta mudah simpan barang-barang berharga.
Tak lama lepas tu, yang lain-lain pun sampai. Gathering kali tak ramai sangat yang boleh join. Iyalah bila dah ramai sepupu sepapat yang dah berkeluarga, masing-masing dah ada komitmen sendiri, jadi tahun ni terpaksalah skip untuk join gathering. Hmm.. parents dengan adik kak Ti pun tak dapat join tahun ni. Parents kak Ti tak boleh join sebab menghadiri majlis pertunangan salah seorang saudara dan kebetulan pulak bapak kak Ti dimintak jadi wakil bercakap bagi pihak saudara tu. Adik pulak balik Kokdiang, kampung suami dia..
Macam biasa, perkara pertama yang akan kami buat bila sampai adalah turunkan segala bekalan yang masing-masing bawak pastu sediakan tempat untuk bersantai. Bila dan ready semua.. apa lagi.. Kita isi perut dululah. Ini aktiviti wajib sebelum mulakan aktiviti lain. Mana tahan tengok makanan yang ada. Bila makan ramai-ramai macam tu, kena pulak dengan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.. aduhaii!! nikmat sungguh rasanya. Memang berselera sungguh…
Bila perut masing-masing dah kenyang.. apa lagi.. main air dengan pasir la pulak. Untuk yang nak merasa naik banana boat dengan jetski pun ada disediakan kat pantai Desaru ni dengan bayaran yang amat berpatutan. Yang paling seronok bila berpiknik macam ni tentulah anak-anak. Memang puas sungguhlah mereka mandi pantai dan bermain pasir. Untuk yang tak bermandi-manda pulak.. kesempatan berkumpul macam ni digunakan untuk bersembang dan saling bertanya khabar. Iyalah, kalau hari-hari biasa, masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing kan.. Bila ada kesempatan bergathering macam ni.. Inilah masanya nak bertanya kahabar dan saling bertukar-tukar cerita.
Bila dah agak petang dan masing-masing pun dan penat especially yang sakan bermandi manda tu, kami pun buatlah persediaan untuk balik pulak. Yang best kat Desaru ni, tempat untuk mandi bersihkan badan lepas mandi laut disediakan dengan percuma. Tapi kak Ti tak pasti samaada percuma tu hanya masa musim perayaan atau memang percuma sampai bila bila sebab seingat kak Ti sebelum- sebelum tu untuk masuk ke tandas dan tempat mandi tu dikenakan bayaran. RM0.50 untuk tandas sahaja dan RM1.00 untuk mandi.
Tapi bagi kak Ti lah kan.. biarlah berbayar daripada terpaksa gunakan tempat tu dengan kondisi yang sangat teruk. Masa berbayar tu, at least ada penjaga yang akan sentiasa bersihkan tandas tu, tapi bila dah tak berbayar, memang tak terurus langsung. Tempat tu jadi sangat kotor dan berbau. Nak masuk pun macam tak sanggup rasanya.
Ada satu insiden yang agak tragik jugaklah berlaku masa tengah sibuk-sibuk prepare nak balik tu. Kunci kereta salah seorang sepupu kak Ti tertinggal dalam kereta dengan keadaan kereta yang berkunci. Kalau nak dikenangkan, kelakar pun ia jugak. Lama jugaklah mengerjakan kereta tu baru berjaya. Yang bestnya nampak semangat kerjasama dan kekeluargaan. Tak ada seorang pun yang bergerak balik dulu, semua pakat tunggu sampailah selesai masalah tu.
Akhirnya, petang tu kami semua bergerak balik dan ada yang singgah beraya ke rumah parents kak Ti sebab belum sempat lagi beraya hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan kami berfamily gathering dan semuanya have fun masa gathering tu. Semoga Allah panjangkan umur kita semua hingga ke tahun depan pulak.
Dalam group macam ada perbincangan nak buat gather-gather je sempena cuti Krismas ni… Jadi ke?
Facebook Comments Box
Seronoknya cuti ramai2..
bila semua ada, riuh! seronok tengok kumpul ramai2 ni
Seronoknya.. Lama tak pergi laut. Dan teringin sebenarnya nak pergi Desaru..