Pakej Berbuka Puasa 2018 Di Bangi- Hotel Puri Pujangga UKM
BERBUKA PUASA DI HOTEL PURI PUJANGGA SAMBIL MENGIMBAU MEMORI STUDIO JALAN AMPAS
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Bila masuk je bulan puasa, mesti ramai yang akan tercari-cari kat mana lokasi yang best untuk berbuka puasa kan. Dah jadi lumrah bila masuk bulan puasa, hotel-hotel, restoran-restoran akan menawarkan pakej-pakej berbuka puasa. Ikut koranglah nak pilih yang mana satu berkenan di hati.. Alhamdulillah, awal bulan April hari tu kak Ti berpeluang menikmati Buffet Ramadhan di Geno Hotel Shah Alam, dan kali ni kak Ti nak ajak korang ke Bangi pulak.
Antara yang tak ketinggalan yang tawarkan pakej berbuka puasa pada bulan Ramadhan 2018 ni, Hotel Puri Pujangga yang terletak dalam UKM, Bangi. ‘First time‘ tau kak Ti dengar nama hotel ni. Pastu nama bukan main klasik lagi. kena sangatlah dengan tema yang dipilih oleh pihak Hotel Puri Pujangga iaitu”Memori Studio Jalan Ampas”. Untuk peminat filem-filem Melayu lama, jangan tak datang sini tau.. Bolehla imbau balik era kegemilangan perfileman Melayu.
MENU TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
Pakej berbuka puasa 2018 kat Hotel Puri Pujangga menyajikan hidangan-hidangan yang terdiri dari makanan tempatan dan antarabangsa. Ada macam-macam makanan yang korang boleh pilih yang terdiri dari makanan pembuka selera seperti pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar dan juga sudut salad counter untuk korang yang yang gemarkan salad.
Untuk korang yang minat asam pedas, korang kena datang berbuka puasa kat Hotel Puri Pujangga ni. Sebabnya pada tahun ni Chef Zahir iaitu Sous Chef Hotel Puri Pujangga akan menghidangkan Asam Pedas Claypot panas-panas untuk korang. Turut dihidangkan untuk korang pada sesi berbuka puasa tahun 2018 ni adalah makanan eksekutif hotel iaitu Kue Teow Daging, Roti Canai yang korang boleh makan dengan Serawa Durian dan juga Ikan Bakar Palembang. Haaaa.. Mesti korang dah terliur kan..
MENU BERBUKA PUASA YANG BERBEZA SETIAP HARI
Hidangan berbuka puasa di Benia Coffee House, Hotel Puri Pujangga ni menghidangkan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu. Maknanya kalau korang datang berulang kali berbuka puasa kat sini, korang boleh nikmati menu yang berbeza tiap kali korang datang. Untuk menu nasi sahaja pun ada beberapa pilihan untuk korang selain dari nasi putih seperti Nasi Minyak, Nasi Jagung dan Nasi Arab. Untuk lauk pauknya pula, antara pilihan yang ada adalah Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng, Asam Pedas Tetel, Udang Butter, Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Pajeri Terung, Kambing Masak Briyani dan lain-lain.
Lebih menarik lagi, supaya korang terasa suasana bazar Ramadhan, ada beberapa jenis hidangan akan dihidangkan melalui konsep gerai. Antara gerai-gerai yang korang boleh terjah adalah gerai sup, bubur lambuk, nasi briyani, satay, ikan bakar, gerai roti yang ada pelbagai pilihan roti canai, murtabak, roti john dan gerai pelbagai goreng-gorengan seperti keropok lekor, goreng pisang serta cucur bilis. Bagi menghilangkan dahaga dan melegakan tekak pula, pihak hotel turut menyediakan gerai ais kacang.
Hmmmm.. Kak Ti, mana best berbuka puasa kat hotel kalau tak ada kambing panggang. Ehhh! Siapa kata tak ada.. Korang jangan risau.. Kambing Panggang pujaan ramai tu pun turut dihidangkan untuk korang yang berbuka puasa kat Hotel Puri pujangga ni. Nak lagi rare.. Aiskrim Goyang pun ada tau.
MANISAN PELENGKAP HIDANGAN BERBUKA PUASA
Untuk korang penggemar dessert macam kak Ti mesti seronok bila tengok senarai kuih muih tempatan yang disediakan. Ada kuih bingka ubi, pulut panggang, kuih lopes, lepat pisang, sagu gula Melaka, kuih koci, apam gua hangus, puteri ayu, kuih lompang, kuih lapis, kuih talam keladi, kuih ketayap, agar-agar cendol dan agar-agar sirap.
Selain kuih muih tempatan turut disediakan adalah cream caramel, strawberry jelly, puding kastard, fruit tartlet, tiramisu in a cup dan bread butter puding. Pelbagai minuman yang dihidangkan pula terdiri dari air kurma, air bandung, air tebu, iced lemon tea, nescafe tarik dan juga teh tarik. Amacam.. Banyak kan pilihan hidangan berbuka puasa kat Begonia Coffee House, Hotel Puri Pujangga.
MAKLUMAT PAKEJ BERBUKA PUASA 2018
Tarikh: 19 Mei 2018 – 13 Jun 2018
Masa: 7.00 pm – 10.00 pm
Dewasa: RM70.00 (seorang)
Kanak-kanak: RM35.00 (seorang)
*Kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah : Percuma
Pembelian Baucar: RM60.00 (seorang)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Hubungi: Khaila Khalid (Pengurus Operasi)
Lokasi: Hotel Puri Pujangga, Univesiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Tel: 603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile: 6017 699 2437
Fax: 603 8922 2890
Email: khaila@puripujangga.com.my
Website: www.puripujangga.com.my
Skuter merah tu memang fav display berbuka puasa lah.. hihihi
Aduhhh. Jelesnya! Nak gak serawa durian. Nak gakk Sambil hentak² kaki ni.. Nanti belanja ai berbuka pose kat sini ehh order a custom essay
Memanggil plak rasa tengok Asam Pedas Tetel tu…tak pernah rasa! Allah sedapnya…meriah menunya
apam balik! feveret ni
Alahaiii..menarik lak tengok menu-menu ni cik Ti oiii
terbaek.. sedap2 makanan
Jemput join segmen ejulz 🙂
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html