Nivea Care Run 2017 at Kompleks Sukan Air Putrajaya- Protect What You Care
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
HUJUNG MINGGU DAKU YANG PRODUKTIF DAN SEHAT
Hujung minggu kali ni betul-betul jadi hujung minggu yang sangat produktif untuk Kak Ti, Mana tidaknya.. Lepas berhempas pulas selama lebih 10 jam mendaki dan menuruni Gunung Nuang pada hari Sabtu (Nanti kak Ti citer dalam entry lain pasal pengalaman menawan Gunung Nuang yang penuh dengan jerih payah dan menyebabkan kak Ti sedikit koyak mental pada hari tu), hari Ahad kak Ti join pulak Nivea Care Run yang sangat happening.
Nivea Care Run ni sebenarnya adalah larian kedua yang kak Ti join selepas Diva Run beberapa bulan yang lepas. Bila dah join Diva Run tu, rasa macam seronok pulak join larian-larian macam ni. Jadi bila datang je peluang untuk join larian yang dianjurkan oleh Nivea ni, kak Ti memang tak tunggu lama, terus register nama. Oh ya! Larian ni kak Ti join bersama beberapa orang rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari atau KBBA9. Kak ti join larian ni bersama-sama dengan Ann YF Lynda Sue Izza.
OBJEKTIF NIVEA CARE RUN
Larian yang dianjurkan oleh Nivea ni bukan semata-mata untuk have fun je tau. Objektif utama penganjuran larian ni adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingya penjagaan bawah lengan dan juga kerosakan yang boleh diakibatkan oleh aktiviti mencukur dan mencabut bulu-bulu di bawah lengan tu. Sebelum ni kak Ti pernah share pasal product Nive Protect & Care Deodorant ni kat sini.
Yang lebih best lagi kan, sebahagian dari kutipan larian ini akan disumbangkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG). Kesedaran dapat, gaya hidup sehat dapat dan menderma sambil bergumbira pun dapat.. Kan bagus macam tu..
RACE KITA YANG BERBALOI-BALOI
Untuk pengetahuan korang kan, setiap peserta yang join run ni menerima satu “Run Kit” yang kat dalamnya terdapt product Nivea yang best-best, bib nombor dan juga sehelai T-Shirt (T-Shirt bukan cikai-cikai tau.. Brand Kappa uolls). Untuk Run Kit ni peserta perlu ‘collect’ awal iaitu pada 20 hingg 22hb Oktober, pukul 11am sampai 6pm kat Jaya 33 Petaling Jaya. Bila tengok je Race Kit tu.. Memang berbaloi sangat dan sepadan dengan yuran penyertaan yang dikenakan iaitu Rm65.00..
BERLARI ATAU BERJALAN, PILIHAN DI TANGAN ANDA
Pagi ni, walaupun tumit, betis, lutut dan peha masih kesakitan lagi, kak Ti dengan penuh semangat menuju ke Putrajaya dan sampai leih kurang 20 minit sebelum ‘flag off’. Sempatlah tengok peserta buat warming up dengan berzumba. Ramai tau peserta kali ni.. Ada lebih kurang 2500 peserta kesemuanya.. Wow! patutlah nampak meriah sangat…Tak lama lepas tu, peserta pun dilepaskan sebagai tanda bermulanya larian Nivea Care Run sejauh 5km. Serius.. Seronok tengok peserta memulakan larian sambil melepaskan belo-belon biru ke udara.
Memang seronok sangat tengok pelbagai aksi dan gaya para peserta. Ada yang berlari dengan penuh semangatnya dan ada juga yang berjalan santai termasuklah kak ti.. Hahaha.. Tn SOSAB awal-awal lagi dah pesan, “jangan nak berlari sakan pulak..”Dan sebagai insteri yang solehah dan mendengar kata.. Tu yang kak Ti berjalan santai je (walhal kalau suruh berlari pun memang kak Ti tak larat weii… sakit sendi-sendi ni hah penangan Gunung Nuang).
BERSELFIE-WEFIE ITU WAJIB
Partner yang dengan tabahnya melayan kak Ti pagi tadi, adikku sayang blogger Ann. Terima kasihlah sudi melayan Kak Ti. Personally kan, kak Ti rasa, venue yang dipilih oleh pihak Nive memang sesuai sangat. Lokasinya yang berhampiran dengan tasik memberikan peluang kepada peserta untuk berlari sambil menikmati suasana tasik yang cantik. Disebabkan banyak port-port menarik untuk ambil gambar, ramai peserta yang tak lepaskan peluang untuk berselfie & berwifie sambil berlari termasuklah kami.. Hahaha…
FINISHER MEDAL DAN CABUTAN BERTUAH
Sampai je kat garisan penamat, kami dianugerahkan dengan ‘finisher medal’ menandakan kami berjaya menamatkan larian kami dengan jayanya. Tapi event yang happening ni tak berakhir lagi tau. Ada acara cabutan nombor bertuah dengan hadiah-hadiah menarik dari pihak penganjur iaitu Nivea pulak. Artis Siti Saleha yang turut berada kat event ni untuk memberikan sokongan kepada para peserta turut meyampaikan hadiah kepada peserta yang betuah pada sesi cabutan bertuah tu.
Tahniah kepada pihak Nivea atas penganjuran Nivea Care Run, Protect What You Care ni. InsayAllah ada peluang dan kesempatan kak Ti pasti akan join lagi.
GAMBAR-GAMBAR DAN VIDEO HARI KEJADIAN
Ok.. Last but not least.. Jom layan video hari kejadian ni…
meriah sangat nampak! tak pernah lagi join aktiviti lari2..one day mungkin!
Memang meriah sungguh.. Kalau tak silap kak Ti ada lebih kurang 1500 peserta..
Bagusnya aktiviti larian Nivea Care ni. Sambil menjaga kesihatan dapat menyumbangkan bantuan kepada Yayasan PENYAYANG.
Alhamdulillah , program yg sht bagus .. sygnya i cannot join huhu
Wah.. Hebat tati. Dari nuang ke putrajaya pulak.
bestnya. meriah betul peserta.
Meriah oii Kak Ti.. Biru biru je nampak warna baju & belon tu. Hihihihii
wah..best nya aktiviti mcm ni.. teringin nak join..
Syoknya dapat join run camni, nanti lepas pantang nak aktif semula. Hehehee!
Seronok kan.. Jalan-jalan santai. Yang penting, dapat membantu mereka yang memerlukan. Dan best tengok lautan biru tu.hehe
cantik btul warna tshirtnya.. next time nak join lah run.. tapi nak walk