Kolaborasi AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT Perkenal 5 Produk Baru
KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT – NIKMATI KITKAT CARA BARU
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Korang suka makan coklat tak? Kak Ti memang suka sangat makan coklat. Dari zaman muda sampailah ke zaman tak berapa muda ni, kak Ti masih lagi suka makan coklat. Siapa je yang tak suka makan coklat kan. Boleh dikata hampir semua lapisan masyarakat sukakan coklat. Baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Sejarah KITKAT
“Have a break, have a KITKAT”. Bila tengok tag line ni je mesti terus terbayang iklan KITKAT. Korang tau tak bila KITKAT dicipta? Haaa.. Tak tau kan.. Ok, meh kak Ti share sikit pasal KITKAT ni. KITKAT ni asal usul namanya adalah Rowntree Chocolate Crisp dan dicipta pada tahun 1935. Dua tahun kemudian, namanya ditukar kepada KITKAT dan nama tu lah yang kekal hingga ke hari ni.
Pada tahun 1988, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk Nestlé. KITKAT seterusnya berkembang menjadi jenama coklat No.1 di Malaysia, yang dinikmati oleh setiap golongan sebagai snek ringan. Pada hari ini, KITKAT berjaya dieksport ke lebih daripada 11 negara di Asia.
Kolaborasi AEON LA Boheme bersama Nestle KITKAT
Coklat KITKAT digabungkan dengan kek. Itu kita dah biasa nampak kan. Macam mana pulak dengan KITKAT yang digabungkan dengan roti dan pastri? Cuba korang bayangkan makan donut, roti, croissant dan lain lain yang ada coklat KITKAT. Percayalah. Memang sedap korang. Kak Ti dah rasa sendiri masa majlis pelancaran KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT dengan tagline “Nikmati KITKAT cara baru”
“Your wish has been granted”. Gitulah kekdahnya. Menyedari permintaan pelangganya yang sentiasa dinamik, AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengambil inisiatif untuk berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk menghasilkan produk pastri yang enak dan berkualiti serta memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme.
Pelancaran KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT tersebut telah berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya dan majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.
“Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami. AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.”
Sunny Setiawan
La Boheme Diperakui Halal – 5 Produk Kolaborasi Diperkenalkan
Kalau korang pergi ke AEON, korang mesti pernah nampak La Boheme kan. Kak Ti kalau kebetulan pergi ke AEON, memang tak akan lepaskan peluang untuk beli roti atau pastri kat La boheme ni. Yang bestnya La Boheme AEON ni, ia diperakui Halal dan menawarkan pelbagai pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding yang semestinya lazat dan berkualiti serta disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa.
Bagi kolaborasi AEON La Boheme bersama Nestle KITKAT ini, ada lima produk pilihan diperkenalkan iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG.
Menurut Yit Woon Lai, Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza dan beliau juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.
Gabungan Unik Menepati Citarasa Kecuali Satu
Secara peribadi, kak Ti memang teruja dengan kolaborasi La Boheme bersama Nestle KITKAT ni. Hampir semua produk produk yang ditawarkan dalam kolaborasi ni menepati citarasa kak Ti sebagai penggemar KITKAT, pastri dan roti. Cuma kalau boleh kak Ti bagi cadangan, kak Ti nak cadangkan supaya perisa croissant dipelbagaikan. Bagi penggemar croissant tapi tak menggemari matcha macam kak Ti, gandingan yang ditawarkan kali ini buat kami rasa agak kecewa. Semoga di masa akan datang akan ada gandingan croissant dan KITKAT tanpa matcha. Hehehehehe.
Ok lah korang, untuk merasai dan menikmati sendiri keenakan kelima lima produk yang ditawarkan ni, apa kata korang cepat cepat ke AEON atau AEON Big berhampiran korang. Kak Ti dah cuba. Korang bila lagi. Apa apa pun jom “Nikmati KITKAT cara Baru”.
Untuk info lanjut, korang boleh klik je link kat bawah ni.
- Facebook: AEON Retail Malaysia
- Instagram: AEON Retail Malaysia
- Twitter: AEON Retail Malaysia
- Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
Baca juga: Berkat Korban AEON 2022
1 thought on “Kolaborasi AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT Perkenal 5 Produk Baru”