Naan Lounge Shah Alam Ada Pelbagai Pilihan Naan Terbaik

NAAN LOUNGE  SHAH ALAM SEDIAKAN PELBAGAI MENU ASLI PAKISTAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Siapa suka makan roti naan? Haaa.. Korang yang suka makan roti naan tu.. Sep sikit.. Kita geng.. Kak Ti bab roti naan ni memang boleh dikata agak cerewetla jugak. Tak banyak restoran yang kak ti pernah cuba roti naanya menepati piawaian kak Ti.. (Cheewaahh.. piawaian katanya.. Hahaha)..

Cerewet Dengan Pilihan Roti Naan

‘Seriously”, untuk makan roti naan ni hanya beberapa restoran je yang kak Ti akan pegi. ‘Even’ roti naan kat satu restoran terkenal kat KL yang selalu jadi ‘port’ orang makan roti cheese naan pun tak sesuai dengan selera kak Ti.

Jadinya, bila Kak Nina bukak invitation untuk berbuka puasa kat Naan Lounge yang ‘signature dishnya’ adalah pelbagai roti naan dan juga hidangan asli Pakistan, kak Ti pun teruslah masuk nama.

Hidangan Asli Pakistan di Naan Lounge

Kalau korang nak tau, Naan Lounge yang lokasinya di Seksyen 7, berdekatan dengan Hospital Shah Alam tu baru beroperasi selama 6 bulan dan menu yang dihidangkan adalah makanan Pakistan yang dimasak oleh chef Pakisatan yang sememangnya pakar serta mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dalam penyediaan makanan Pakistan.

Sesuai dengan namamya, menu yang menjadi tarikan utama pelanggan Naan Lounge semestinya pelbagai roti naan yang disediakan kat sini. Antara banyak-banyak jenis roti naan yang Restoran Naan Lounge sediakan, Cheese Naan dan juga Nutella Naan merupakan yang paling popular dikalangan pelanggan.

Sedap Ke Cheese Naan & Nutella Naan Kat Naan Lounge?

Macam kak Ti cakap sebelum ni, kak Ti agak cerewet dengan roti naan sampaikan roti naan yang famous tu pun kak Ti tak gemar. Tapi bila kak Ti rasa Cheese Naan dan Nutella Naan kat Restoran Naan Lounge ni.. Kak Ti memang angkat topi. Sedap sangat korang.

Bayangkan rasa roti naan yang gebu dan lembut, dengan limpahan cheese yang bila ditarik memang boleh menghasilkan tarikan yang panjang, pastu makan pulak dengan ayam tandoori atau ayam masala yang turut disediakan kat Restoran Naan Lounge ni.. Aduh! tak terasa berkeping-keping masuk ke perut daku ni..

Cheese Nan – Nampak tak cheese yang melimpah tu

Satu lagi yang buat kak ti macam tak percaya adalah Nutella Naan. Memang ‘totally changed my idea of enjoying Naan’.. Sebelum ni, kalau kak Ti nak makan roti naan, pasangannya kenalah kuah yang berempah, macam dhal, kari, kuah gulai even dengan rendang pun ok.

Nutella Naan

Tapi bila kak Ti, cuba je Nutella Naan ni.. Ya ampun! sedapnya.. Sungguh kak Ti tak sangka Naan ‘can go so well’ dengan Nutella. Makan pulak tu masa panas-panas.. Kalau dibiarkan, mau sekeping besar tu kak Ti makan sorang-sorang je..

Buffet Ramadhan di Naan Lounge

Ok, selain dari famous dengan roti naan, Restoran Naan Lounge ni turut menyediakan pelbagai hidangan lain dan khusus untuk bulan Ramadhan ni, Naan Lounge turut menyediakan hidangan Buffet Ramadhan. Harganya pulak memang berbaloi-baloi.

Antara  menu-menu yang boleh di nikmati kat Buffet Ramadhan Naan Lounge ni adalah seperti:

Nasi Beryani, Nasi Kukus, Cheese Naan, Plain Naan, Roti Tandoori, Ayam Masala, Keema Kambing, Ayam Tandoori, Tarka Dhal, Alu Gobi, Pakora, Samosa, Popiah, Kuih Kaswi, Kuih Melaka, Kheer, Buah Tembikai, Nuggets, Fries, Salad, Mint Sauce san, kurma juga pelbagai pihan air seperti Sirap, Lemon Mint, Teh Tarik, Teh O.

Alu Gobi
Ayam Masala
Ayam Tandoori
Dhal

Untuk pengetahuan korang kan, menu-menu buffet ni bertukar hampir  setiap hari tau. Ehh! Lupa nak sebut, Kambing Bakar Mandy pun ada kat Restoran Naan Lounge ni tau. Kalau korang nak datang secara berkumpulan, jangan risau, Naan Lounge boleh memuatkan sehingga 160 pelanggan dalam satu-satu masa.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan parking pun banyak kat sini. Kalau korang datang lepas pukul 5.00 pm atau datang hujung minggu, parking free je, kalau hari-hari biasa tu, 60 sen je perjam. Untuk korang yang nak datang sini, land marknya adalah Hospital Shah Alam, tapi nak lagi senang korang Waze je Naan Lounge.. InsyaAllah mesti sampai.

Yang bestnya kat sini, ada satu ruangan tu fully aircond, memang selesa sangatlah kan kalau korang nak buat function kat sini. Lagi satu mereka juga menerima tempahan catering bukan sahaja untuk kawasan Shah Alam bahkan untuk mana-mana kawasan je kat Selangor. Seluruh Malaysia pun boleh tau. Tapi tempahan kenalah tak kurang dari 1,000 pax ya.

Dah kenyang makan, jangan pulak lupa nak tunaikan kewajipan. Jangan risau, korang tak perlu pergi jauh-jauh. Kat Sini pun ada disediakan surau. Tapi memandangkan ruang surau agak limited, korang kenalah pandai atur strategi. Macam kak Ti hari tu, masuk je Maghrib, kak Ti capai kurma dan terus menuju ke surau. Lepas tu barulah betul-betul makan. Hahaha..

Info Lanjut

Oklah.. Untuk info lanjut berkeanaan Restoran Naan Lounge ni, korang boleh tengok kat info-info yang kak Ti share kat bawah ni:

Waktu Operasi:

Setiap Hari 

Sabtu – Khamis: 11.00 am – 11.30 pm

Jumaat: 2.15 pm – 11.30 pm

Sepanjang Ramadhan: 4.00 pm – 3.00 am

Facebook: facebook.com/naanlounge.my

Instagram: instagram.com/naanlounge

Alamat (Berdekatan dengan Hospital Shah Alam: 

44, Jln, Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Seangor

Waze: Naan Lounge

No. Telefon: 03 58822910

Pelbagai kemudahan untuk pelanggan membuat bayaran dan tempahan

 

 

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Naan Lounge Shah Alam Ada Pelbagai Pilihan Naan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published.