MINDEPIC – Leadership Culture And Communication
MINDEPIC TRAINING 201- BUDAYA & KOMUNIKASI KEPIMPINAN
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kali ni mesti korang agak pelik kan. Ialah maunya tidak, tajuk English sekali content Bahasa Melayu pulak. Untuk pengetahuan korang, tajuk English tu adalah nama ‘training’ yang Kak Ti berpeluang ‘attend’ dan kak Ti memang rasa bersyukur sangat bila dapat peluang sebab ‘training’ ni memang betul-betul sangat membuka minda dan merubah cara berfikir dan cara kak Ti memandang sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kak Ti.
MINDEPIC – TRAINING & NETWORKING PLATFORM
Ok.. Sebelum tu meh kak Ti cerita sikit pasal MINDEPIC ni. MINDEPIC adalah sebuah platfom ‘training’ dan juga ‘networking’ yang direka khas bagi membantu individu-individu yang berhasrat untuk menjadi individu yang cemerlang di tempat kerja mahupun dalam bidang kerjaya masing-masing atau sebagai seorang leader.
MINDEPIC menyediakan kursus-kursus eksklusif yang memberikan fokus khusus kepada perkara yang menjadi faktor-faktor utama kejayaan dalam kerjaya seperti Leadership (Kepimpinan), Emotional Intelligence (Kebijakan Emosi), Negotiation (Negosiasi/Rundingan) dan Team Building (Pembangunan Kumpulan). Haaa.. Dah dapat tangkap tak MINDEPIC tu apa atau lebih tepatnya siapa? Kalau masih blur-blur jugak, takpa, jangan risau, nanti kak Ti akan ‘share’ link ke MINDEPIC so korang boleh baca lebih lanjut.
‘Training’ yang kak Ti telah diberi peluang untuk ‘join’ bertempat di Sheraton Kuala Lumpur pada 28 & 29 November yang lepas. Untuk siri MINDEPIC Training 201 kali ni, fokusnya adalah Budaya dan Komunikasi dalam Kepimpinan. Kak Ti memang rasa bertuah sangat sebab dalam ‘training’ ni kak ti dan peserta-peserta lain telah diberi peluang untuk belajar dari seorang pakar dalam ‘influential Leadership’ iaitu Mr Arthur Francisco Carmazzi atau Arthur F. Carmazzi.
ARTHUR F. CARMAZZI – THE TOP 10 LEADERSHIP GURU
Tau tak kenapa kak Ti kata kami sangat bertuah pada sesi ‘training’ kali ni. Haaa.. Meh kak Ti nak kabo.. Yang mengajar kami pada hari tersebut adalah salah seorang “GURU” dalam bidang ‘ Leadership’ dan bukan itu sahaja, beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang TOP 10 guru paling berpengaruh dalam bidang ‘leadership’. Beliau merupakan ‘founder’ kepada ‘Directive Communication’ dan berpengalaman selama 21 tahun terutamanya dalam bidang ‘psychological approaches to leadership and corporate culture transformation’.
Dengan pengalaman beliau tersebut, beliau telah menulis beberapa buah buku yang telah berjaya menjadi ‘bestseller’ seperti ‘The 6 Dimensions of Top Achievers’, The Colored Brain Communication Field Manual’, ‘Identity Intelligence’, Lessons From The Monkey King’ dan ‘The Psychology of selecting The RIGHT Employee’. Berdasarkan pengalaman kak Ti sendiri sepanjang kursus, tak hairan kalau Arthur terus menjadi pilihan untuk menjadi ‘speaker’ bagi program-progaram kepimpinan.
MINDEPIC : LEADERSHIP CULTURE & COMMUNICATION
Macam yang kak Ti bagitau awal-awal tadi, MINDEPIC 201 training ini telah dijalankan di Sheraton Kuala Lumput bermula seawal pukul 8.30 pagi sampailah ke pukul 5.00 petang (tapi biasanya mesti terlajak.. Hehehe). Menariknya program yang dijalankan oleh MIDEPIC ini adalah ia dijalankan dengan jumlah peserta yang kecil bagi memberikan peluang kepada peserta untuk menerima perkongsian ilmu yang disampaikan oleh ‘speaker’ dengan lebih berkesan.
Untuk sesi MINDEPIC 201 kali ini seramai lebih kurang 20 orang peserta yang terdiri dari pelbagai bidang dan jawatan telah menyertainya dan penyertaan pula adalah sangat eksklusif dimana hanya peserta yang menerima jemputan sahaja dapat menyertainya. Sesi yang dijalankan secara santai namun padat dengan perkongsian ilmu telah berjaya membuat kak Ti rasa sayang untuk berganjak meninggalkan tempat duduk walaupun untuk ‘toilet break’.. Hahaha..
Rasa macam sayang sangat kalau terlepas ‘something’ yang Arthur kongsikan. Oh ya! Lupa nak bagitau kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan semasa ‘training’ ni dan sepanjang ‘training’ berlangsung kami perlu banyak berkomunikasi dalam kumpulan namun ada masa-masanya kami perlu juga bergabung dengan kumpulan lain bagi melaksanakan sesuatu ‘task’ yang diberikan kepada kami.
Selain dari ‘speaker’ yang mantap, antara faktor lain yang berjaya membuat sesi ‘training’ ini tambah menarik dan tak membosankan adalah sikap ‘sporting’ para peserta. ‘Training’ yang dijalankan pula banyak melibatkan penyertaan dari para peserta.. Maknanya ada banyak sesi di mana kami perlu melakukan aktiviti dan perbincangan berkumpulan. Takdalah kami tercongok je dengar ‘speaker’ bercakap. Kami juga bebas untuk mengajukan soalan sekiranya ada yang kami kurang jelas atau kurang faham.
RAMAH, JACK & MARY – TAN TAN TAN
Untuk memulakan sesi pertama, Arthur telah meminta setiap peserta untuk memilih 5 kad bergambar untuk menerangkan tentang rakan-rakan baru yang duduk semeja dengan kita. Kiranya macam ‘first impression’ kita pasal seseorang yang kita baru jumpa. Selain untuk saling berkenalan, bagi kak Ti sesi ini juga adalah untuk memberikan kita pemahaman bahawa apa yang seseorang tu tunjukkan secara zahirnya belum tentu menunjukkan diri sebenar mereka.
Selesai sesi warming up, bermula pula sesi seterusnya. Yang ‘best’ sesi ‘training’ bersama Arthur adalah, Arthur menggunakan gaya penceritaan dalam penyampaian beliau. Ramah, Jack & Mary merupakan karakter yang digunakan dalam ‘talk’ beliau dan tan tan tan pulak adalah eksperisi bagi menunjukkan keterujaan.. Alaaa macam kita sebut jeng jeng jeng! Meriah bilik ‘training’ bila semua peserta kena ikut Arthur sebut perkataan Tan Tan Tan tu..
No Blame Zone
Dalam sesi pertama bersama Arthur di MINDEPIC Training 201 ini juga kami belajar bahawa selama ini kita selalu menuding jari dan menyalahkan (‘blame’) orang lain bahkan keadaaan persekitaran bila sesuatu perkara tidak mengikut apa yang kita rancangkan. Sedangkan kita perlu sedar bahawa adalah sukar untuk mengubah orang lain dan persekitaran tapi kita mampu untuk mengubah diri kita sendiri.
Disitulah pentingnya untuk mengembangkan ‘circle of tolerance’ kita supaya kita akan dapat bertoleransai dengan apa juga situasi dan mampu bertindak balas secara strategik. Kita juga perlu berusaha untuk membudayakan ‘No blame Zone’ kerana sikap meyalahkan tidak akan mampu membantu kita mencari penyelesaian bahkan hanya akan menjadi punca kepada masalah lain yang akhirnya akan menyebabkan situasi menjadi di luar kawalan dan seterusnya menyebabkab matlamat dan objektif gagal dicapai. Sebelum bertindak, sentiasa ingat bahawa semuanya bermula dengan “KITA’.
Color Brain – Apa Warna Otak Korang?
Satu lagi sesi yang cukup memberi impak kepada kak Ti adalah sesi kedua iaitu sesi ‘Brain Color’. Bunyinya macam merepek kan.. Ialah.. selama ni kita mana pernah belajar yang otak kita tu berwarna warni. Betul lah tu.. Otak kita memang tak berwarna warni.. tapi Arthur melalaui hasil kejian beliau telah mengkelaskan cara seseorang manusia berfikir dan memproses sesuatu kepada 4 warna dan itulah yang dimaksudkan dengan ‘brain color’ atauu warna otak..
Menurut Arthur, Otak manusia boleh dikelaskan kepada 4 warna iaitu HIJAU, MERAH, UNGU dan BIRU.
- Hijau ‘Chaotic Processing’ – Pemprosesan huru-hara. Bagi mereka yang memiliki otak hijau ini mereka adalah insan-insan yang ‘action based’. Si otak hijau memproses persekitaran mereka dengan terus memberikan kesimpulan kepada keseluruhan situasi. Sedikit informasi sudah cukup untuk membuatkan mereka bertindak dan biasanya mereka akan ‘adjust’ dan ‘readjust’ sepanjang sesuatu perkara itu dijalankan.
- Yang penting bagi mereka adalah mereka adalah matlamat dan objektif yang nak dicapai. Berbanding dengan yang lain, mereka yang memiliki otak hijau ini lebih mudah melakukan kesilapan namun mereka juga cepat bertindak dalam memperbetulkan kesilapan mereka hingga kadang orang lain tak perasan pun telah berlaku kesilapan.
- Masalah dengan mereka ini ialah mereka mungkin akan buat tindakan melulu dan menyebabkan prosesnya akan rugi beberapa kali sehingga mereka jumpa jalan yang betul. Tapi mereka tidak kisah kerana bagi mereka, tidak ada istilah kegagalan, semuanya adalah proses pembelajaran untuk mencapai kejayaan
- Merah ‘Linear ‘Processing’ – Bagi pemilik otak merah, mereka memerlukan struktur dalam mendapatkan kejelasan tentang matlamat dan objektif yang nak dicapai. Mereka hanya akan bertindak apabila telah ada struktur dan telah betul betul jelas. Mereka akan mahukan maklumat, demi maklumat demi maklumat dan maklumat lagi sehinggalah semuanya betul-betul jelas barulah mereka akan mengambil tindakan.
- Mereka juga seringkali merujuk ulang (‘cross reference’) untuk memahami dengan lebih lagi tentang apa yang sedang dilaksanakan. Mereka sangat objektif apabila berkomunikasi sehinggakan mereka seringkali disalahertikan sebagai tak perduli ataupun ‘hati kering’.
- Mereka paling kurang melakukan kesilapan tapi sekiranya berlaku kesilapan dalam mana-mana peringkat, mereka biasanya terpaksa memulakan semua dari awal.
- Ungu ‘Relational Processing’ – Bagi pemilik otak ungu, mereka adalah orang-orang yang berfikir secara sistematik, tersusun dan mempunyai sistem. Mereka akan mendapatkan maklumat yang detail dan terperinci tentang segala yang berkaitan dengan matlamat dan objektif yang ingin dicapai sebelum mengambil tindakan.
- Detail adalah sangat penting kepada mereka yang mempunyai otak ungu. Mereka akan merancang dahulu dengan bersistem dengan pelbagai data dan maklumat yang dikumpulkan dari pelbagai sumber yang ada, mereka perlukan bukti-bukti sebagai penguat maklumat-maklumat yang ada untuk mereka rancang dan selepas semua itulah baru mereka buat keputusan.
- Biru ‘Intuitive Processing’ – Mereka adalah orang-orang yang banyak melakukan tindakan berdasarkan perasaan. keutamaan mereka dalam memproses sesuatu maklumat atau dalam mengambil tindakan adalah hati dan perasaan.
- Mereka akan mengambil langkah-langkah yang kecil dalam proses pengumpulan maklumat dan akan berusaha untuk mendapatkan ‘sensitivity feedback’ kesan dari tindakan yang mereka ambil.
- Perhubungan dengan orang lain dan kasih sayang merupakan sesuatu yang amat penting untuk mereka dan mereka seringkali ambil hati (‘take things personally’) atas sesuatu perkara.
- Kelebihan mereka pula adalah, proses berfikir mereka adalah lebih multi tasking.
Setiap manusia hanya akan tergolong dalam satu kategori sahaja. Apa pun kategori otak kita, ianya tak akan pernah berubah kecuali dengan dua perkara iaitu melalui pengambilan ubat-ubatan dan juga kemalangan yang menyebabkan kecederaan otak. Walau macam mana pun juga, warna otak bukanlah penentu kepada personaliti ataupun sikap seseorang. Ia hanyalah bagaimana seseorang itu memproses apa yang berlaku di sekeliling mereka, cara memproses sesuatu maklumat, cara belajar, cara menyelesaikan masalah, komunikasi dan perhubungan dengan orang lain.
Oklah dah panjang dan banyak sangat yang kak Ti kongsikan ni.. Kang tepu pulak otak bila terpaksa proses banyak sangat maklumat dalam satu satu masa ya dak. Untuk maklumat lanjut berkenaan MINDEPIC dan juga ‘training-training’ yang mereka tawarkan, korang tengok info kat bawah ni ya:
Website: http://www.mindepic.net/