Mereka Keramat Hidup Ku


Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Lama kak Ti pandang screen.. Lama mukaddimah kat atas tu terbiar. Kak Ti tiba tiba blur tak tau nak tulis apa. Sedangkan dalam minda ni penuh dengan kata-kata yang hanya menunggu untuk diluahkan. Aduh!! Macam mana nak mula ni..Nak mula dari mana? Hmmmm.. Bingung…

Ini sebenarnya sindrom biasa yang melanda kak Ti bila balik kampung.. Biasalah kan bila kat kampung ni dia punya lemak tu liat semacam.. Tepu sungguh.. Al maklumlah balik sebulan sekali jumpa mak dengan bapak memang masa ni lah nak bermanja manja dengan mereka. Masa nilah nak bercerita dan nak dengar cerita mereka. Kalau setakat ber wasap atau bertelefon.. Manalah sama denagan duduk bersembang face to face kan.

Ehh!! Kak Ti ni.. dah remaja purba macam ni pun masih nak bermanja-manja lagi ke? Ehh!! Kenapa pulak tak boleh. Tambah-tambah pulak macam kak Ti yang dua beradik je ni. Kalau nak tau kan.. Kak Ti masa zaman-zaman belajar dulu, bila balik kampung je mesti tidor dengan mak.. Sampaikan kadang adik kak Ti pun jeles.. Dia cakap mak selalu lebihkan kakak..  Hahahaha..

Alhamdulillah.. Kerana doa mereka kejayaan ini dapat dikecapi…

Kalau nak ikutkan.. masa kak Ti kecik-kecik dulu boleh di kata mak bapak kak Ti ni kategori garang lah jugak. Bukan tak pernah kak Ti kena perembat dengan rotan. Boleh di kata kak Ti dan rotan memang bersahabat baiklah jugak. .. Tapi ialah kak Ti memang akui.. Tahap kenakalan kak Ti ni memang boleh masuk kategori luar biasa lah jugak. Bukan setakat rotan mak je yang selalu singgah kat badan kak Ti ni, rotan pak cik mak cik kak Ti pun kadang singgah jugak.

Masa kena tu, memang hati ni memberontak. Rasa macam diri ini tak disayangi langsung. Selalu berangan betapa bestnya kalau dapat mak bapak lain yang tak garang kat anak. Adik buat salah pun kak Ti jugak kena marah. Pak cik mak cik rotan pun tak pernah mak bapak menangkan kak Ti.. (Padahal memang sesuailah kena macam tu.. Bila diingat ingat balik kenakalan kak Ti.. Kak Ti sendiri pun tepuk dahi.. hahahahaha)..

Dalam garang-garang mak bapak kak Ti, diorang sebenarnya sangat sayangkan kak Ti dua beradik. Ialah dah nama pun anak-anak kan. Mak bapak mana yang tak sayangkan anak-anaknya. Kadang demi kepentingan anak-anak mereka sanggup melupakan keinginan sendiri. Tapi masa tu kak Ti tak nampak semua tu.. Yang kak Ti nampak, mak bapak kak Ti ni garang. Semuanya tak boleh. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh.. Serba serbi tak boleh.

Keramat hidup kami

Masa kak Ti form 3, kak Ti terpaksa berpisah dengan parents kak Ti. Kak Ti terpaksa menumpang kat rumah mak cik kemudiannya ke rumah pak cik sorang lagi sebab mak dengan bapak kak Ti terpaksa ke KL sebab dapat peluang kerja dan meniaga kat KL masa tu. Masa tu lah kak Ti mula kenal rasa rindu pada mak bapak. Tapi masa tu rasa rindu semata-mata je lah. Masih tak nampak dan tak tau lagi menghargai pengorbanan dan kasih sayang mereka.

Tapi bila kak Ti dah berkeluarga sendiri especially bila dah merasa macam mana susahnya proses mengandung dan melahirkan, kak Ti jadi lebih memahami.. Kak Ti bukan kata mengandung dan melahirkan tu menyusahkan tau. Kak Ti enjoy every moment of my pregnancy and delivery process. Kalau tak, takdelah sampai 6 kali pregnant kan. Hahahaha.

Keluarga kecilku.. Tn SOSAB & 4 SAZSO

Apa yang kak Ti cuba sampaikan adalah.. Bila dah merasai sendiri pengalaman tu Kak Ti lebih memahami dan menghargai perasaan parents kak Ti. Rasa kerinduan mereka bila berjauhan dari kak Ti dan adik, rasa sayang mereka pada kami yang dulu tak terzahirkan melalui perbuatan sampai kak Ti masa kecik-kecik wish dapat parents lain (bengong kan.. hahahahaha).. Sungguh.. Kak Ti amat memahami segala rasa itu. Apatah lagi bila kak Ti pun terpaksa berjauhan dengan dua orang hero kak Ti.

Hero-hero mama.. Semoga Allah peliharakan kalian dunia dan akhirat..

Harapan kak Ti semoga Allah izinkan kak Ti untuk berbakti lebih  lama lagi pada mak, bapak dan mak mertua kak Ti. Sementara mereka masih ada, inilah ladang pahala kita sebagai anak.. Doa mereka tak terhijab InsyaAllab pasti Allah kabulkan.. Manfaatkan masa-masa yang ada ni bersama mereka. Hidup ini umpama roda… Selagi kita hidup selagi itu ia akan berputar. Semoga dengan bakti kita pada mak bapak kita akan Allah ganjarkan dengan anak-anak soleh dan solehah yang akan berbakti pada kita juga satu nanti. Aaamiinn Allahumma Aaamiinn..

 

Facebook Comments Box

3 thoughts on “Mereka Keramat Hidup Ku

Leave a Reply

Your email address will not be published.