Cara Terbaik Mendidik Anak Sepanjang Zaman

MENDIDIK ANAK UNTUK KENAL AKHIRAT SEBELUM KEJAR DUNIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Salam Syawal semua.. Hari ni kak Ti nak share berkenaan topik keibu bapaan ataupun bahasa glamournya, parenting. Dah lama sebenarnya nak buat sesi sharing berkenaan ilmu parenting dalam blog kesayangan kak Ti ni terutamanya berkenaan dengan cara mendidik anak -anak, tapi kak Ti selalu rasa tak yakin nak menulis berkenaan topik ni.

“Alaa.. macam poyo poyo je nak share pasal parenting bagai, macamlah kau tu dah berjaya mendidik anak anak kau sendiri”

“Anak sendiri pun belum tentu lagi berjaya, ada hati nak share pasal parenting”

Haaaa.. Itulah antara suara suara nakal yang selalu jadi momok dalam minda kak Ti tiap kali kak Ti nak buat penulisan berkenaan parenting. Hakikatnya, bila kita berkongsi sesuatu tak kiralah berkenaan apa pun termasuklah berkenaan cara mendidik anak, bukanlah bermakna kita ni dah bagus sangat atau kita mak bapak yang dah berjaya dalam mendidik anak.

Ia sebenarnya lebih kepada perkongsian ilmu dan juga pengalaman sendiri dalam mendidik anak yang mungkin boleh kita amalkan bersama. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa yang mampu mengaplikasikan ilmu tentang bagaimana cara untuk mendidik anak anak supaya ianya bersesuaian dengan konteks dan situasi semasa. Heii! Bukan anak anak kita je yang perlu belajar tau. Kita juga sebagai ibu bapa perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita.

Tak ada istilah dah cukup bagus tau tak cukup bagus. Definis bagus itu sendiri pun dah berbeza pengertiannya bergantung kepada siapa yang mengentrepretasikannya. Kak Ti juga adalah seorang ibu yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak soleh kak Ti dan bagi kak Ti peribadi, pembelajaran untuk mendidik anak-anak adalah satu pembelajaran yang berterusan dan sentiasa berevolusi.

Kita sebagai ibu bapa sentiasa perlu belajar untuk beradaptasi dengan situasi semasa dalam perjuangan untuk menjadikan anak anak kita insan soleh yang dapat melaksanakan tanggungjawab utamanya sebagai Khalifah Allah di dunia ini. Anak-anak adalah anugerah sekaligus amanah dariNya dan menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan cara yang terbaik sesuai dengan kemampuan kita masing masing. Ialah kan, baik bagi kita belum tentu baik bagi orang lain. Terpulanglah pada cara masing masing selagi ianya tak bertentangan dengan Syarak dan undang undang.

Kenangan raya PKP 3.0. Mampu photoshoot tepi rumah je

Apatah lagi dalam dunia yang semakin moden ni. Semakin moden dunia maka semakin mencabar pulalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa terutamanya dalam hal pendidikan dan juga cara mendidik anak-anak kita. Namun satu perkara yang perlu sama sama kita ingat adalah kita adalah ‘role model’ pertama bagi anak anak kita. Kitalah guru pertama mereka dan bagaimana kita mendidik mereka dari peringkat awal akan menjadi penanda aras bagaimana mereka akan menghadapi dunia luar kelak.

Pernah baca kisah ibu bapa yang dibiarkan macam tu je atau ditinggalkan macam tu je tanpa sebarang perhatian? Mestilah pernah kan. Sedih sangat kan bila kita baca atau tengok laporan berkenaan ibu bapa yang ditinggalkan anak anak kat pusat pusat jagaan orang tua atau lebih malang ditinggalkan terkontang kanting tanpa tujuan kat tepi tepi jalan atau tepi tepi bangunan. Malang sungguh nasib mereka diperlakukan umpama barang yang tak berguna lagi dalam kehidupan anak anak mereka.

Gambar dari http://strawbericoklat.com/

Nauzubillah Min Zalik. Semoga kak Ti dan suami serta semua pembaca pembaca blog kak Ti yang bergelar ibu bapa dijauhkan dari mengalami nasib macam tu. Dibuang dan diketepikan dari kehidupan anak anak. Seakan ingin dilupakan kewujudan insan itu sebagai ibu ataupun bapa. Salah siapa agaknya sampai berlaku kes-kes macam tu? Tepuk dada tanya Iman. Apa khabar agaknya Iman kita.

“ala kak Ti kita tak tau kenapa anak anak layan mereka macam tu. mesti ada sebab kenapa sampai jadi macam tu sekali”.

Betul kita tak tau apa yang dah mereka lakukan hingga anak-anak hilang rasa kasih sayang terhadap mereka. Tapi sebagai anak, macam mana pun juga menjadi tanggungjawab kita untuk tetap menyantuni mereka. Kalaupun tak mampu menyantuni mereka sebagai anak kerana hilang sudah kasih sayang dari hati, santunilah mereka sekurang kurangnya sebagai insan yang memerlukan bantuan dan perhatian. Tak takutkah pada murka dan balasan Allah?

Pernah dengar pepatah Inggeris “Monkey see, monkey do?” Apa pulak tu kak Ti? Anak anak kita macam monyet ke? 😂😂😂.. Astaghfirullah hal azim.. Bukan tu maksudnya. Dalam konteks mendidik anak anak, pepatah ni bermaksud, dalam perkembangan anak anak dari mereka bayi sampai remaja, anak anak lebih banyak belajar melalui pemerhatian dan meniru perbuatan berbanding dari pembacaan dan pembelajaran.

Macam yang kak Ti sebut sebelum ni, kita adalah role model pertama anak anak kita. Anak anak yang lahir ke dunia umpama kain putih yang suci dan bersih. Kitalah yang bertanggungjawabkan dalam mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka. Pendidikan dan pelajaran pertama anak anak adalah melalui pemerhatian mereka ke atas kita sebagai ibu bapanya dan jugaapa yang mereka perhatikan dari lingkungan mereka.

Hadis mengatakan “Setiap anak yang lahir adalah didalam fitrah. Ibubapa lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani” (Bukhari, Muslim, Baihaqi, Thabarani). (https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2800-al-kafi-917-hukum-berimamkan-anak-luar-nikah )

Disinilah pentingnya pembinaan asas yang kukuh dalam diri anak anak. Dan asas yang kukuh tersebut hanya dapat dibina dengan cara mendidik anak anak dengan didikan agama. Semoga dengan didikan agama yang kita terapkan kepada anak anak kita sejak dari kecil akan menjadikan mereka insan yang soleh dan solehah dan sekaligus dapat membina asas yang teguh daam diri dan jiwa mereka. Didiklah anak anak untuk mengejar akhirat sebelum kita didik mereka untuk mengejar dunia.

“Dari Zain bin Tsabit (Seorang Sahabat Nabi S.A.W), beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya. Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Tapi.. Macam mana nak kukuhkan asas atau foundation anak anak didikan agama? Well, mengikut pembacaan kak Ti, ada beberapa cara yang boleh kak Ti kongsikan dan boleh kita sama sama amalkan dalam usaha untuk mendidik anak anak kita. Tapi kalau kak Ti nak sharekan kat sini nanti jadi panjang sangatlah pulak entry kak Ti ni. Jadi, untuk kesimabungannya InsyaAllah kak Ti akan kongsikan di entry yang seterusnya ya. Moga Allah izinkan.. Aamiinn..

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.