Hiking Malam atau Awal Pagi – Satu Kelebihan Atau Menempa Masalah
HIKINGĀ MALAM ATAU AWAL PAGI APA KELEBIHANNYA
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Korang ada yang minat hiking macam kak Ti? Macam yang selalu kak Ti mention sebelum-sebelum ni, kak Ti memang peminat dan pencinta aktiviti outdoor terutamanya hiking. Tak kiralah bukit atau gunung asal dapat hiking jadilah. Antara tempat yang selalu kak Ti hiking, kat Bukit Gasing, Petaling Jaya. Kalau takde aktiviti lain masa hujung minggu, kak situlah kak Ti, Kadang dengan kawan-kawan atau anak-anak kalau kebetulan diorang balik bercuti. Kadang tu berdua je dengan Tn SOSAB.
Untuk aktiviti hiking gunung biasanya dalam sebulan tu mesti ada satu dan antara hiking yang sukar kak Ti lupakan adalah pengalaman hiking Gunung Nuang. Pengalaman mendaki Gunung Nuang ni ada kak Ti sharekan dalam entry Menawan Puncak Gunung Nuang-Satu Pendakian Penuh Pengajaran. Walaupun masa ni kami tak hiking malam tapiĀ bagi kak Ti memang satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Selama hiking dengan geng-geng hiking, biasanya kami akan hiking awal pagi atau hiking malam. Tapi most of the time kami biasanya mula hiking dalam pukul 7.30 atau 8.00 pagi. Tapi pernah jugak kami mulakan hiking kat Bukit Kutu Kuala Kubu Baru pukul 2.30 pagi. Konon-kononnya nak tengok sun rise dari puncak. Berjaya ke tengok sunrise tu? Biarlah rahsia bak lirik lagu Datok Siti. Hahahaha..
Hari ni kak Ti sebenarnya tengah on the way nak ke Kuala Pilah untuk hiking kat Bukit Senaling dan hari ni kak Ti sekali lagi akan memulakan hiking agak awal jugak tapi takdelah seawal masa hiking Bukit Kutu. Kali ni kami akan mula hiking dalam pukul 6.00 pagi. Tapi walaupun tak hiking pagi-pagi buta, kami still kena keluar rumah awal pagi jugak sebab kami kena berkumpul kat meeting point pukul 2.30 pagi.. Ngantuknya.. Tapi demi minat kuturutkan jua..
Panjang sungguh dah kak Ti membebel… Kak Ti sebenarnya nka cita apa ni.. Kak Ti sebenarnya nak share ngan korang perbezaan hiking awal pagi/malam dan jugak pagi. Bagi kak Ti kedua duanya ada pro dan kontra nya. Walaupun kedua duabmasa pendakian ninada pro dan kontranya, hari ni kak Ti nak share dengan korang pro atau kelebihan bila hiking awal pagi/malam..
KURANG BERPELUH
Salah satu kelebihan bila kita hiking awal pagi ni adalah kita akan memdaki dalam keadaan cuaca sejuk. Secara tak langsung bila kita mendaki dalam cuaca yang sejuk kita akan kurang memgeluarkan peluh dan secara tak langsung juga kita akan kurang minum air. Kesannya potensi untuk menghadapi dehidrasi akan dapat dikurangkan.
BULAN BINTANG TERANGI JALANKU
Bila mendaki awal pagi ni of coslah kita terpaksa mengorbankan waktu tidur kita. orang lain masih kesedapan baring atas tilam berselimut sakan kita dah meredah hutan. Tapi coba korang dongak pandangvke langit, Subhanallah indahnya pemandangan kat atas. Bintang-bintang bertaburan nun jauh di sana yang mengerdipkan cahanya tanda kebesaran Allah s.w.t… Lebih indah lagi bila kebetulan masa hiking tu bulan pulak tengah bersinar terang.. Allahuakbar.. Indahnya suasana membuat perjalanan terasa begitu tenang dan memdamaikan.
SUNRISE SEBAGAI IMBUHAN
Salah satu faktor yang membuatkan hikers ni hiking awal pagi adalah untuk menikmati sunrise kat puncak. Bayangkan betapa indahnya pemandangan yang dapat kita nikmati. Seakan satu reward yang tak mungkin kita dapatkan kat tempat lain..
DAPAT BERSWAFOTO PUAS-PUAS
Bila kita mendaki awal, kita akan sampai ke puncak awal jugaklah.. InsyaAllah.. Kecuali ada incident atau keadaan yang menyebabkan pendakian jadi lari dari timing, itu lainlah kan. Kebiasaannya kita tak lama kat puncak sebab ada sesetengah puncak tu memang tak boleh berlama-lama sangat. Dengan panasnya, dengan ramainya. Kadang kita nak berselfie wefie pun tak selesa. Bila sampai awal ni, dapatlah kita berfoto foto puas-puas dengan tenangnya pastu boleh terus turun. Alaa.. kan ke salah satu tujuan utama hiking ni sebab nak beegambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang boleh buat kita speechless.. Ngaku je lah.. Sebab kak Ti pun gitu jugak.. hahahahaha..
Ok lah korang.. Cukuplah tu ek.. InsyaAllah next time kak Ti share lagi pasal hiking ni ek.. Enjoy gambar-gambar kami menjejak awan karpet kat Bukit Senaling hari ni..
Bagusnya tati..rajin tau