MENCABAR KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL – BUKIT TABUR (WEST PEAK) PUNCAKMU TELAH KAMI TAWAN

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…

Alhamdulillah.. hasrat yang terpendam setelah sekian lama akhirnya tertunai sudah. Cheeewahh.. dia punya intro bukan main lagi kann… Padahal orang lain entah dah berapa puluh kali dah berjaya naik setiap puncak kat bukit Tabur tu. Tapi apa ada kesah kan.. Kita punya experience.. kitalah yang merasainya.. betul kan…

Ok, macam biasa.. walaupun dah berlambak orang memblog pasal Bukit Tabur ni.. Ai tetap jugak nak introduce kat uolls pasal Bukit Tabur ni. Bukit Tabur atau dikenali jugak dengan nama Bukit Tabuh, Bukit Hangus serta mempunyai nama mat dan minah saleh Crystal Hills dan Golden Grains adalah sekumpulan bukit yang terletak di Taman Melawati, Ulu Kelang. Tak tau kat mana Taman Melawati? Ish ish ish… Zoo Negara tau? Finas tau? hah.. dekat dekat situ lah tu. Ok. sambung balik pasal Bukit Tabur. Bukit Tabur setinggi 396 meter (1,300 kaki) merupakan bukit genting quartz dan mempunyai hutan Dipterokarp Bukit (nak tau amende tu.. korang google la ya..hakak pun nak kena google dik non).. Kesimpulannya.. Bukit Tabur adalah bukit berbatu yang mempunyai banyak flora dengan nilai perubatan.

Al kesahnya.. Plan asalnya adalah untuk mendaki/menjelajahi satu destinasi lain.. tapi tak tau macam mana.. plan beralih kepada penaklukan Bukit Tabur. Oh ya.. Rasanya salah satu faktor utama yang bagi kuat semangat and yakin  nak daki Bukit Tabur adalah kerana kami akan di’guide’ oleh dua orang professional yang memang biasa handle aktiviti outdoor (You name it.. they can do it).. Rezeki kami dapat guide yang sangat berpengalaman and sangat2 sporting melayan kerenah gegadis dan mak mak dara ratu selfie (lupa pulak ada sorang kumbang yang tak kalah hebatnya berselfie).. Oh.. the best part is.. they are husband and wife uollss.. ko mampu…

Hari sabtu, seawal pukul 6.45 pagi kami berkumpul di tempat yang telah dipersetujui sebelum bergerak bersama sama ke Taman Melawati untuk berjumpa dengan kak Long dan suaminya abang R. Kalau ikut kak Long and abang R.. Kami sepatutnya mula mendaki seawal pukul 7 pagi atau paling lewat pun pukul 7.30 pagi.. Sebabnya bila mendaki lewat.. kat atas tu panas lit lit.. Tapi biasalah kan.. bila berurusan dengan gegadis dan mak mak dara ni.. mesti masa tu akan terlari lari berkejaran…(hashtag sila jangan tiru hashtag Not a good habit hahaha).

Dah sampai melawati, kami terus menuju ke lokasi pertemuan iaitu kedai mamak depan foodcourt melawati.. dah sampai kedai mamak.. ko pikir sah ke kalau tak mengisi perut dulu.. Sementelah ada ahli yang tak sempat breakfast tadi. Dah settle mengisi dan membuang apa yang patut.. kami pun mulakan perjalanan ke  pintu masuk yang terletak kat Empangan Klang Gate. Dengan lafaz Bismillah dan penuh semangat kami pun mulakan pendakian. Pendakian bermula dengan trek yang agak mencanak dan sempit serta dikelilingi dengan pokok pokok. Bagi pendaki tegar, trek tu memang tak ada apa sangat.. tapi bagi kami para pendaki amatur.. penat wehhh!!.. Somput la jugak.. Tapi tak adalah sampai pewai.. (Honestly, I’m quite surprise with my stamina that day.. I guess those weekly activity hiking Bukit Gasing does help).

As we go higher, kami mula dihidangkan dengan pemandangan alam yang membuat mulut ini tak henti menzahirkan kekaguman pada ciptaanNya. Apa lagi.. cargas masing-masing keluarkan HP untuk merakamkan pemandangan tu..Maka bermulalah acara snap here snap there..  Sabar je lah kak Long and abang R tengok gelagat kitorang.. Yang paling best.. Abang R siap bagitau lagi kat mana spot2 untuk ambek gambar yang akan hasilkan gambar yang cantik.. Hmmm.. makin galaklah gegadis and mak mak dara ni.. sampaikan satu satunya kumbang dalam rombongan tu pun jadi mangsa.. tak pasal pasal dapat profession baru as photographer bidang terjun kat Bukit tabur.

As we go further up.. laluan jadi semakin sukar.. Laluan yang berbatu, sempit dan curam menambahkan lagi kesukaran pendakian. To those yag ada plan anak bawak anak kecik.. My personal opinion.. please don’t.. You might have read it somewhere that it is ok to bring kids along.. or heard someone say that the hiking was not that hard.. Trust me..It was very hard and boleh buat ketaq lutut woo.. Imagine you have to cross to other side by hoping from one rock to another with nothing but ravine on your left and right .. One missed step and you’ll be flying down..

Tapi dengan bertambahnya kesukaran, bertambah pulak lah keindahan pemadangan yang dapat dinikmati.. Sungguh.. tak tergambar dek kata kata betapa indahnya pemandangan yang dapat kita tengok dari atas Bukit tabur tu. Dalam pada ketaq lutut berdiri atas batu tu.. masing masing tak lepaskan peluang abadikan kenangan kat situ..

Untuk ratu-ratu bergambar macam kami ni.. 3 check point boleh jadi sampai 30 checkpoint jadinya.. Mana taknya.. tak kiralah susah macam mana pun.. pantang ada peluang, port atau pemandangan yang cantik mesti berenti ambek gambar.. Maunya tak timing lari sampai dua jam kan.. Tapi.. walau macam mana pun aspek keselamatan tetap kami tekankan tau.. Takdelah sebab nak dapat gambar selfie yang rare sampai sanggup gadaikan nyawa.. kami ratu selfie berhemah namanya.. hahahaha..

Dah puas menikmati pemandanagan kat atas tu atau lebih tepatnya dah puas bergambar. hehehe.. maka bermulalah perjalanan turun.. Alhamdulillah kami sampai ke bawah tak lama lepas azan Zohor berkumandangan.. All in all.. even thought this is not my first hiking experience at Bukit Tabur, Tapi kepuasan mendaki kali ni memang tak terkata. Sangat memenatkan, sangat menyakitkan seluruh sendi sendi.. tapi dalam masa yang sama.. sangat-sangat memberikan kepuasan kepada kami. Hinggakan sampai ke hari ini pun kami tak leh move on lagi dari pengalaman menakluk Tabur.. (lebih la tuuu.. hahaha)..

Congratulations to each and every team members who  managed to conquer Tabur West Peak that day and a big appreciation to our guide kak Long and abang R. I believe one of the biggest factor for our enjoyable and memorable hiking was because of their patience and guidance. Terima kasih daun kekwa.. Jangan serik guide kami lagi ya.. Dah penat baca my bebelan.. jom layan gambar pulak.. (Kalau nak ikutkan banyak gila gambar yang cantik-cantik yang berjaya di abadikan..Tapi yang dishare ni antara yang terbaik dari yang terbaik.. paham ke.. tak paham tak pe..)

Ps: Blog @Si_Rhys ni banyak bagi info and panduan pasal Bukit Tabur… Check it out ya..

Alhamdulillah.. sekian lama terperap.. akhirnya berjaya disiapkan.. Dedicated to all members of the team… Can hardly wait for our next adventure..

Facebook Comments Box

7 thoughts on “MENCABAR KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL – BUKIT TABUR (WEST PEAK) PUNCAKMU TELAH KAMI TAWAN

  1. bukit tabur ni dekat dengan rumah IQ sekarang tapi tak plan nak pergi sebab banyak dengar cerita sangat. IQ pernah join naik gunung jugak sebelum ni, last naik gunung stong 2012, lepas tu retired. haha!

    IQ folo balik kak tati. =)

  2. bukit tabur ni sy pernah naik dulu time bujang, ms saya panjat tali2 tu takde lagi, after ada yg terkorban baru letak tali, takut pulak bila ingat balik time panjat tu..
    tapi view..subhanallah cantik sungguh dari atas sana, menarik nafas lega dapt jugak sampi ke atas..

Leave a Reply

Your email address will not be published.