Belajar Teknik Videofon Bersama Founder The Photolicious Kamalia Kamal
TEKNIK VIDEOFON MEMBANTU NAIKKAN PERSONAL BRANDING DI MEDIA SOSIAL
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Semua orang boleh shoot video guna smartphone betul? Alaaa.. Apa susahnya.. Tekan video, halakan smartphone pastu rekod je la.. Kann.. Kann..Kann.. Kalau nak diikutkan secara logiknya memang macam tu lah kan. Tapi, korang tau tak yang sebenarnya nak rekod video kat smartphone ni pun kena tau teknik videofon yang betul badgi menghasilkan video yang menarik terutamanya kalau video yang korang shoot tu bertujuan untuk dikongsikan kat laman media sosial korang.
Alhamdulillah.. Kalau sebelum ni Kak Ti belajar tentang fotofon melalui bengkel Fotofon yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari, kali ni kak Ti berpeluang belajar tentang teknik Videofon pula yang juga dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dengan kerjasama MaTic dan juga Founder The Photolicious iaitu Puan Kamalia Kamal atau lebih dikenali dengan nama Kak Kay.
SIAPA KAMALIA KAMAL?
Kalau sebut Kamalia Kamal, kak Ti rasa mesti ramai yang belum kenal kan. Tapi kalau sebut Kak Kay atau The Photolicious mesti ramai antara korang yang dah tau. Paling tidak pun mesti korang pernah tengok hasil kreativiti beliau terutamanya melalui gambar-gambar perkahwinan dan bayi selebriti terkenal negara kita. Antara yang pernah mendapatkan sentuhan lensa kamera beliau seperti Khairul Fahmi Che Mat, Ashraf Muslim, Black Mentor, Bienda, Diana Amir, Eina Azman, Datuk Seri Aliff Syukri, Rita Susilawati, Datuk Seri Vida, Rebecca Nur Islam, Norman Hakim, Stacy, Akim dan ramai lagi.
Kak Kay bukan ‘orang baru’ dalam dunia fotografi ni. Penglibatan beliau dah pun menjangkau 10 tahun lebih dalam bidang yang sinonim sebagai kerjaya yang dimonopoli pleh kaum Adam. Penglibatan beliau dalam bidang fotografi ni telah bermula sejak beliau belajar di University of Arizona, Amerika Syarikat dan bermula dari tahun 2009, syarikat yang beliau asaskan iaitu The Photolicious telah didaftarkan secara rasminya.
Pada awalnya beliau hanya menjual photo-photo beliau di Internet namun apabila beliau pulang ke Malaysia, beliau bergerak ke majlis perkahwinan dan membina 15 kumpulan jurugambar sehinggalah sekarang. Bermula tahun 2010, beiau mula berkongsi ilmu fotografi dan seterusnya videografi kepada ramai usahawan terutamanya yang terlibat dalam ‘online business’.
BELAJAR TEKNIK VIDEOFON BERSAMA KAK KAY
Sama juga seperti bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh KBBA9 dengan kerjasama MaTic sebelum ini, bengkel belajar teknik vdeofon kali ini juga dianjurkan dalam konsep santai. Walaupun santai tapi yang pasti sarat dan padat dengan ilmu yang dikongsikan oleh Kak Kay.
Walaupun bengkel ini adalah bengkel videofon, namum sebagai seorang photographer profesional yang banyak terlibat dalam bengkel-bengkel fotofon dan juga videofon bersama usahawan sebelum ini, ilmu yang beliau kongsikan kepada kami memang tepat dengan keperluan kami sebagai seorang blogger dan juga sebagai orang yang banyak terlibat dengan media sosial.
Antara yang beliau kongsikan adalah kepentingan membina personal branding di media sosial-media sosial personal yang kita miliki seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan juga blog. Personal branding merupakan langkah penting yang perlu bagi membina ‘social trust’ yang pastinya akan dapat membantu melonjakkan nama kita.
Untuk membina personal branding ini bukanlah boleh dilakukan dalam masa sehari dua. Tapi perlu ada tindakan yang berterusan iaitu melalui update yang konsisten sekurang-kurangnya sekali sehari di media sosial terutamanya melalui update IG dan FB story. Update pula kenalah yang bersesuaian dengan apa yang kita ingin orang tau mengenai kita atau kepakaran kita yang ingin kita tonjolkan. Dengan update yang kosnsiten, jumlah follower kita pasti akan meningkat dari sehari ke sehari.
TEKNIK VIDEOFON UNTUK IG & FB STORY
Sebelum ni, kalau korang shoot video, pernah tak korang ambil kisah samaada video korang tu shoot secara landskap atau portrait. Mesti korang tak pernah ambil kisah sebab tak tau kenapa kena ambil kisah kan.. Alaaa ngaku jelah..Hahaha.. Korang jangan risau kak Ti pun tak tau sebab sebelum ni kalau shoot video kak Ti suka guna satu je iaitu landskap. Bagi kak Ti kalau guna portrait nanti video tak cantik.. Aiyakkk.. Gitulah jadinya bila tak ada ilmu kan.
Untuk pengetahuan korang, teknik videofon ni ada sebab dan musababnya kenapa perlu shoot secara portrait dan kenapa perlu shoot secara landskap. Ok Meh kak Ti sharekan antara teknik-teknik videofon yang dikongsikan oleh Kak Kay:
- Untuk IG dan FB story video perlulah di ‘shoot’ secara menegak atau portrait
- Shoot secara portrait supaya dapat ‘full view’ bila diupload di IG dan FB
- Video mesti di ‘shoot’ sebanyak 15 frame supaya video jadi menarik
- Durasi setiap frame mestilah lebih kurang 1 saat sahaja supaya jumlah keseluruhan durasi video adalah 15 saat sahaja (korang tau tak yang IG dan FB story hanya boleh mainkan video 15 saat… Haa.. Tak tau lah tu)
- Edit video dan ‘fit frame’ menggunakan ‘setting’ 9:16
- masukkan sticker, text dan musik supaya video lebih menarik
- Warna ‘text’ yang digunakan perlu mengikut warna yang ada dalam video, paling selamat guna warna hitam atau putih – Lagi kurang text lagi bagus
Haaaaa.. Amacam.. Tu baru belajar setengah hari tau.. Itupun dah mampu ubah cara kak Ti dan rakan-rakan lain yang hadir dalam menghasilkan video. Bila dah tau teknik videofon dan apps yang betul memang seronok nak ‘shoot’ video dan update IG dan FB story hari-hari. Untuk korang terutamanya yang banyak terlibat dalam dunia sosial media seperti usahawan online, blogger dan lain-lain.. Kak Ti memang sarankan sangat untuk korang masuk bengkel belajar teknik videofon dan juga fotofon dengan kak Kay ni. Untuk korang yang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan kak Kay atau bengkel-bengkel yang beliau anjurkan, korang tengok info bawah ni ek:
Facebook Kamalia Kamal :facebook.com/kamaliakamal
Facebook page1: Kamalia Kamal Official
Facebook page 2: The Photolicious
Instagram personal: instagram.com/kamaliakamal
Instagram The Photolicious:instagram.com/thephotolicious
Yang bestnya bengkel teknik videofon ni, kita buka belajar teori je tau. Kita akan terus praktikkan apa yang diajar dan bagi menggalakkan peserta untuk berkreativiti, setiap video yang dihasilkan akan dinilai dan 2 orang pemenang akan dipilih. Pada hari bengkel tersebut, rakan blogger kak Nina dan Nizam berjaya menghasilkan video terbaik dan telah dipilih sebagai pemenang pertama dan kedua. Hadiah merupakan sumbangan dari Cosmoderm.
TERIMA KASIH DAUN KELADI
Ribuan terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari, MaTic, Kak Kay The photolicious, dan juga para penaja yang sudi menaja sarapan kami yang sangat sedap iaitu The Blue Ginger & Khaisya Delite yang turut menaja biskut ala famous amous, tajaan makan tengah hari mee udang marvelous dari Dlaila Sup Power, banner design oleh BG Design Resources dan juga tajaan Hadiah dari Cosmoderm. Terima kasih daun keladi moga lain kali sudi menaja kami lagi. Last but not least sekalung tahniah kepada ketua projek dan juga para AJK yang terlibat.
best bengkel videofon ni dan kena selalu gak buat…kalau tak lupa..hehehe
Lepas ni..penuhlah media sosial kak tati..video jer…hehehe
memang pun ema.. Bila dah tau teknik dia.. Seronok tau buat video ni..
haaa byk benda yang tak sangka kita beljar kan