Main Badminton Di Puchong Sport Centre
MAIN BADMINTON DI PUCHONG SPORT CENTRE BERSAMA KELUARGA DAN RAKAN
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Tak terasa kan.. Dah nak masuk hujung minggu lagi. Rasa macam baru je berhujung minggu dah nak masuk hujung minggu lagi. Ialah dengan Bisnes baru yang kak Ti ceburi ni, memang setiap hari tu rasa macam sekejap je masa berlalu.
Hujung minggu lepas, hujung minggu yang panjang kan. Mesti ramai yang ambik peluang untuk balik kampung masa tu. Untuk kak Ti dan keluarga pulak, kalau nak diikutkan plan asal, memang lah nak balik kampung juga. Tapi perancangan Allah tu lebih hebat. Kami tak jadi balik kampung.
Memandangkan tak jadi balik kampung, jadi kak Ti ajaklah Abang Sayang bawak anak-anak untuk beraktiviti. Kebetulan ada pulak kawan-kawan KBBA ajak main badminton sekali kat Puchong Sports Centre. Memang ngam sangatlah tu kan.
Kak Ti dan anak-anak memang minat main badminton, tapi jarang ada kesempatan dapat buat aktiviti ni sama-sama. Raket-raket yang ada pun tersimpan rapi je kat rumah.. Hahaha.. Bila ada ajakan dari kawan-kawan ni, memang excited la nak pegi.
Puchong Sport Centre ni dekat je dari rumah kami. Lebih kurang 20 minit je perjalanan nak ke sini. Nak cari lokasi dia pun senang. Waze je Puchong Sport Centre Centre, mesti jumpa. Kawan kak Ti yang dari Rawang pun sampai dengan mudahnya ke Puchong Sport Centre ni. Yang penting parking space pun banyak dan mudah.
Memandangkan kita masih lagi dalam tempoh pkpp.. Maka kita perlulah patuh SOP untuk masuk ke dalam sesuatu premis kan. Sebelum masuk ke dalam , kita perlu check in dulu dengan scan barcode yang ada disediakan kat situ. Jalankan tanggungjawab.. Kita jaga kita kan..
Tak Bawak Shuttlecock
Masa kak Ti masuk dalam, kak Ti nampak Kak Nina dan keluarga dah pun ada dan tengah main pukul-pukul. Bila kak Ti sampai dekat court, kak Nina pun tanya.. “ada bawak shuttlecock tak? Kak Nina punya dah rebeh..”.. Allah.. Kak Ti memang langsung tak teringat pasal shuttlecock. Macam mana nak main kalau shuttlecock takde. Takkan nak main pukul-pukul angin ya dak…
Bila kak Ti toleh ke belakang, ehhh.. Ada kedai.. Haaa.. Eloklah tu.. Bolehla cuba tengok kot-kot ada jual shuttlecock.. Sekali bila masuk.. Bukan setakat shuttlecockk je ada.. Macam-macam peralatan lagi yang ada. Dari shuttlecock, raket, t shirt dengan kasut pun ada. Beli tali dan tukar tali raket pun murah je kat sini. Kecil tapi lengkap.. Gitulah kekdahnya.
Alaaa.. Bila fikir-fikir balik, nyesal pulak tak tinggal raket untuk tukar tali hari tu.. Lama sangat tak pakai gamaknya, salah satu raket kak Ti putus masa main hari tu. Nak kena hantar jugaklah jawabnya ni..
Mini Family Day
Tak lama lepas kak Ti sampai, Echah kawan kak Ti dengan anak-anak daranya pun sampai. Lepastu Sue Izza pulak sampai. Aben, Ben Ashaari dengan Dila yang dah datang minggu sebelum tu join lagi sekali. Apa lagi.. Meriahlah jadinya. Dengan kerenah anak-anak lagi. Dah macam mini family day dah..
Mujurlah Puchong Sports Centre ni luas tempatnya. Yang paling penting bersih je tempat ni tau. Toilet pun bersih. Lepas dah berpeluh-peluh main badminton, kalau nak terus bersihkan diri pun boleh tau. Pengudaraan pun bagus. Jadi takdelah rasa serabut dan sesak sangat bila datang main badminton kat sini.
Walaupun tempat ni luas, bila bawak anak-anak terutamanya yang masih kecik dan tengah galak berlari tu.. Pantau anak-anak ya. Bukan apa.. Taknaklah nanti berlaku insiden-insiden yang tak diingini. Terlibas raket ke, terlanggar tiang ke.. Aishh.. Tak nak lah jadi macam tu kan.. Mencegah tu kan lebih baik dari mengubati ya dak.
Puchong Sport Centre Ada 32 Court
Ada sebanyak 32 court disediakan untuk korang yang nak datang main kat sini. Buka setiap hari dari pukul 8 pagi sampai 12.00 tengah malam.. Haaa.. Korang mainlah puas-puas.. Kiranya kalau korang nak booking untuk tournament ofis ke persatuan ke, memang sesuai sangatlah buat kat sini. Alaa.. Kalau setakat datang nak main dengan kawan-kawan pun memang boleh sangat.
Ok. Walaupun kat sini ada 32 court, tapi seelok eloknya korang buat booking dulu sebelum datang ya. Bila dah buat booking, masa sampai tu, korang tinggal bagi nama kat staff yang bertugas dan korang akan terus diberikan nombor court. Kan senang tu.. Takdelah nak kena menunggu bagai kan.
Oh ya.. Ni kak Ti nak bagitau.. Sekarang ni tengah ada promosi tau. RM28 untuk 2 jam dari jam 8.00 pagi sampai 8.00 malam. Lepas 8.00 malam harga jadi RM24 sejam.
Oklah.. Untuk korang yang nak datang main badminton kat Puchong Sport Centre ni, korang boleh tengok info-info yang kak Ti share kan kat bawah ni:
Lokasi: Waze Puchong Sport Centre / https://her.is/3jHMQoK
Booking: Call / Whatsapp: http://www.wasap.my/60108296693/booking
Facebook: Puchong Sports Centre
1 thought on “Main Badminton Di Puchong Sport Centre”