LZS Kelang Central – Perlu Ke Nak Siasat Sampai Macam Tu Sekali?

LZS KELANG CENTRAL – PENGALAMAN BERSAMA PEGAWAI AGIHAN ZAKAT DALAM SESI SIASATAN

Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Kerana Mengejar Cinta Baru Keluarga Ditinggalkan

Hati mana yang tak pedih.. Hati mana yang tak sakit.. Mahligai yang dibina selama bertahun akhirnya musnah begitu sahaja angkara orang ketiga. Lebih pedih lagi bila mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil-kecil lagi.. Apalah daya si ibu nantinya… Macam manalah nasib si anak-anak nanti..

Anak-anak berjumlah 6 orang dan yang sulung pun baru berusia 14 tahun sedangkan si bongsu baru menjangkau usia 2 tahun.. Masih boleh diharap lagi ke bantuan dari si ayah.. Ahh!! Orang sedang asyik masyuk bercinta dengan kekasih barunya.. Susah nak dijangka.. Maka bertambah gusarlah hati si ibu..

Mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang kak Ti cuba sampaikan.. Sebenarnya kisah kat atas tu adalah kisah yang kak Ti dengar sendiri dari seorang wanita yang baru sahaja bergelar ibu tunggal akibat diceraikan kerana enggan berbagi kasih dengan si janda anak tiga.

Inilah antara kisah yang kak Ti dengar masa kak Ti follow sesi siasatan rutin bersama Ketua Operasi Agihan Klang Sentral, seorang pegawai agihan dan juga bersama seorang lagi pegawai dari LZS Selangor. Sesi ini biasanya akan dijalankan apabila terdapat laporan dari pembantu-pembantu amil yang dilantik di kawasan tersebut.

Kemana Hala Tuju Kami Nanti

Aduh.. sebak sungguh hati bila terpandang anak-anak beliau yang masih kecil-kecil lagi. Enam orang kesemuanya yang berumur 14 tahun, 11 tahun, 9 tahun, 7 tahun, 3 tahun dan yang bongsu 2 tahun. Dengan anak seramai itu, ditambah pulak dengan keadaan beliau yang selama ini hanya sebagai suri rumah.. Dapat kak Ti bayangkan kerisauan dan kegundahan yang beliau rasakan saat ini. Hati pasti bercelaru memikirkan hala tuju mereka selepas ini.

Alhamdulillah.. Mujurlah ada pembantu amil yang perihatin dengan nasib ibu tunggal ini. Dengan pantas pembantu amil tersebut melaporkan kes beliau kepada pegawai agihan zakat dan dengan pantas juga pegawai-pegawai bahagian agihan meyantuni beliau bagi menentukan apakah jenis bantuan yang dapat dihulurkan bagi meringan bebanan beliau.

Yang Ada Tak Tertanggung Ada Hati Berbini Baru

Mendengar kisah puan yang baru bergelar ibu tunggal ni nak tak nak hati turut merasa geram dengan perbuatan si bekas suami. Sedangkan selama ini keperluan mereka sekeluarga pun hanya cukup-cukup makan sahaja.. Ehhh! Ada hati pulak nak tambah cawangan.

Menurut puan ini, itulah salah satu sebab kenapa beliau enggan membenarkan si suami / bekas suami untuk menikah seorang lagi.. Tambahan pula, kekasih hati si suami tersebut pun ada anak-anaknya sendiri juga. Mengalir air mata puan ini menceritakan kisah rumah tangga beliau.. Kami yang mendengar pun turut merasakan kepedihan yang beliau rasakan.

Lebih menyedihkan lagi bila kami ke dapur untuk melihat sendiri bekalan yang beliau ada untuk dimasak dan dimakan bersama anak-anak. Ya Allah.. Sedihnya melihat apa yang beliau atau lebih tepatnya beliau hampir tiada apa-apa. Dengan gas yang habis.. Dalam peti sejuk hampir kosong.. Hanya ada sebungkus ikan bilis bergantung di dinding.. Allahu.. Kak Ti speechless..

Hati kosong Sekosong Dapur Mereka

Bila ditanyakan berapa duit yang beliau ada.. Tau tak beliau jawab apa.. “Adalah sikit ustaz.. InsyaAllah cukup” Bila ditanyakan berapa sebenarnya yang beliau ada… Tau tak berapa yang beliau ada dalam tangan waktu itu? Kurang dari RM50.. Ya Rabbi.. Seakan tak percaya.. Tapi itulah hakikatnya..

Beliau dengan yakin.. memberitahu bahawa bekas suami beliau berjanji untuk memberikan duit minggu hadapan. Namun bila ditanyakan adakah beliau yakin dengan kata-kata bekas suami.. Beliau sendiri sukar untuk menjawab.

Hulur Bantuan Ringankan Beban – Terima kasih LZS

Alhamdulillah.. Sebelum kami meninggalkan rumah beliau.. Sedikit sumbangan berbentuk tunai dari LZS bagi menampung keperluan beliau dan anak-anak telah diserahkan sebelum kami meninggalkan rumah tersebut. Terpancar kelegaan dan kegembiraan diwajah beliau bila menerima sumbangan tersebut..

Semoga dengan adanya sumabangan tersebut akan dapat membantu meringankan bebanan beliau buat sementara waktu. InsyaAllah beliau dan anak-anak layak untuk menerima bantuan tertentu dari LZS. Rumah beliau kami tinggalkan dengan doa moga Allah akan permudahkan segala urusan beliau.

Yang Tampak Belum Tentu Benar

Bergerak meninggalkan rumah pertama kami menuju ke ruamah calon kedua yang juga dilaporkan oleh pembantu amil setempat. Sungguh, lawatan ke rumah kedua ini telah meruntun hati kak Ti dan kak Ti yakin, bukan kak Ti je yang merasakannya.

Masa kami sampai kat rumah kedua tu, kak Ti macam tertanya-tanya juga.. Layak ke penghuni rumah ni menerima sebarang bantuan zakat. Kalau tengok keadaan dan rumah, tak macam orang yang perlukan bantuan zakat je. Walau tak mewah, tapi nampak serba cukup siap dengan sebijik kereta terparkir depan rumah.

Kisah Si Ibu Tunggal

Menurut apa yang dilaporkan, penghuni rumah tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan merupakan seorang pesakit kencing manis. Dalam hati kak Ti masa tu, mungkin inilah kot sebabnya kenapa pembantu amil tersebut melaporkan kes beliau..

Mulanya, pembantu amil yang turut bertindak sebagai penunjuk jalan memberi salam namun malangnya tiada jawapan. Memandangkan ini bukanlah kali pertama beliau ke rumah tersebut dan telahpun memaklumkan kepada tuan rumah untuk meletakkan kunci di tempat yang senang dicapai, maka dapatlah beliau masuk.

Beliau meminta untuk masuk bersendirian terlebih dahulu untuk memaklumkan kepada tuan rumah tentang kedatangan kami dan juga untuk memastikan bahawa si ibu ini dalam keadaan yang terjaga auratnya. Sebaik beliau masuk dan menjengah ke bilik si ibu ini, beliau terus keluar dengan keadaan yang nampak agak cemas.

Dua Hari Kelaparan dan Kesakitan

Kami dimaklumkan bahawa rupanaya si ibu ini terbaring di lantai bilik beliau kerana terjatuh. Tanpa berlengah kami para wanita meluru masuk untuk menghulurkan bantuan namun… Langkah kak Ti terhenti di pintu bilik tersebut.

Apa yang kak Ti nampak depan mata kak Ti membuat kak Ti sangat terkejut. Keadaan ibu tua yang terbaring di lantai tersebut sangat menyayat hati. Kami dimaklumkan rupa-rupanya beliau telah terjatuh sejak dua hari yang lalu dan sepanjang dua hari ini beliau tak dapat bergerak dan tak makan mahupun minum apa-apa..

Ya Allah bermakna si ibu ini telah berpuasa selama dua hari.. Lebih menyayat hati lagi bila melihat keadaan beliau ketika itu. Sangat tak bermaya dan najis yang telah kering melekat di badan beliau. Patutlah semasa menjenguk ke bilik tersebut kak Ti terbau bau yang amat tak menyenangkan.

Terpaksa Panggil Ambulans

Melihat kondisi dan keadaan beliau.. Kami memutuskan untuk tidak menggerakkan beliau dari kedudukan asal sebab kami risau mungkin beliau mengalami sebarang kecederaan kesan dari jatuh tersebut. Dengan pantas salah seorang pegawai zakat terus menghubungi ambulans dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melaporkan kes si ibu tunggal ini.

Sementara menunggu ambulans datang, sempatlah kami bersembang dengan jiran-jiran yang rata-rata mengakui bahawa mereka tak tau kondisi si ibu ini. Rupanya ada kisah yang boleh dijadikan pelajaran dan pengajaran kenapa sampai tak seorangpun jiran yang peka dengan keadaan si ibu ini.

Hablum Minallah Wa Hablum Minannas

Kalau nak diikutkan, ibu ini bukanlah dari golongan susah kerana beliau merupakan penerima pencen sendiri dan juga menerima pencen arwah suami beliau. Namun malangnya, dari dulu lagi si ibu ini dan keluarganya tak menjaga hubungan dengan jiran-jiran..

Mengikut jiran-jiran, dari semasa suami beliau masih ada, lagi mereka berdua kurang bergaul dengan jiran-jiran. Bukan setakat tak bergaul, adakalanya timbul pulak masalah dengan jirang-jiran sampai jiran-jiran mengambil keputusan untuk tak ambil tahu.. Allah.. Patutlah bila kami datang dan kami maklumkan keadaan si ibu ini mereka semua nampak terkejut.

Apa yang akan kak Ti sampaikan ni bukanlah bertujuan untuk memburukkan sesiapa. Kak Ti berharap semoga kisah ini dapat kita ambil pelajaran dan pengajarannya. Allah telah mengingatkan dalam Al Quran tentang pentingnya menjaga bukan sekadar hubungan dengan Allah tetapi juga hubungan dengan sesama manusia

HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS

Menjaga hubungan dengan Allah hendaklah sejalan dengan menjaga hubungan dengan sesama manusia, bersungguh-sunguh menegakkan ibadah kepada Allah hendaklah seiring dengan kesungguhan menanam benih-benih kebaikan terhadap sesama manusia.

Mengikut kisahnya, ibu ini tak mempunyai anak kandung dan hanya mempunyai seorang anak angkat. Bila kami tanyakan kepada pembantu amil kemana anak angkat ibu ini.. Mengikut beliau, anak angkat si ibu ini tinggal berjauhan setelah berkahwin dan akan datang seminggu 2 kali untuk melawat si ibu (Tapi bila tengok keadaan ibu ini, kak Ti tak rasa si anak ni datang 2 kali seminggu.. Wallahuaklam..). Sekali sekala kakak si ibu ini akan datang untuk membantu membersihkan rumah..

Alhamdulillah, mujurlah Allah gerakkan kami untuk melawat si ibu ini sedangkan kalau nak diikutkan kami sepatutnya melawat calon lain. Bayangkan apa yang akan jadi kepada beliau sekiranya kami tak datang pada hari tersebut. Sedangkan masa kami sampai pun keadaan beliau sangat lemah dan menyedihkan.

Lega hati kami semua sebaik melihat ambulans dan pegawai perubatan sampai.. Sebelum ibu ini diangkatkan masuk ke ambulans untuk di bawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya, pegawai perubatan meminta bantuan kaum wanita untuk membersihkan ibu ini terlebih dahulu.

Akhirnya Jiran Juga Yang Bantu

Alhamdulillah, walau semasa sehatnya ibu ini kurang bergaul dengan jiran-jiran, namun pada akhirnya yang bantu untuk membersihkan beliau adalah jiran-jiran beliau juga. Mujurlah Allah masih sayangkan beliau.. Allah gerakkan hati jiran-jiran untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

Bila dah bersedia, akhirnya ibu ini pun diangkat masuk ke dalam ambulans. Ada satu cerita sadis campur kelakar masa proses angkat ibu ini ke dalam ambulans.. Ceritanya macam ni.. Memandangkan laluan keluar masuk rumah ibu ini agak sempit, katol beroda yang digunakan dalam ambulans tak dapat dibawa masuk ke dalam rumah.

Pegawai LZS Yang Serba Boleh

Maka para lelaki gagah yang ada di situ termasuklah pegawai-pegawai LZS bekerjasama mengangkat ibu ini menggunakan alatan khas. Kisahnya masa nak letakkan ibu ini ke katil, seluar salah seorang pegawai zakat tersebut tersangkut dan koyak.. Mujurlah bahagia yang koyak tu tak obvious sangat.. Kalau tak.. Tak pasal-pasal ustaz buat free show..

Alhamdulillah.. Akhirnya ibu ini pun dibawa ke hospital dan kes beliau InsyAllah akan ditangani juga oleh Jabatan Kebajikan. Sayu je tengok ibu ni masa nak dibawa naik ke ambulans. Kak Ti perasan, dengan suara yang amat perlahan, beliau mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang datang membantu beliau.. syafakillah untuk ibu ini.. Semoga Allah permudahkan urusan beliau..

Pembantu Amil – Mata-Mata LZS

Selepas kes kedua tersebut, pegawai LZS memutuskan untuk menyambung lawatan ke calon-calon lain pada hari yang lain pula. Ada yang dah terkoyak seluar, ada yang bajunya pun dah berbau.. Makanya berakhirlah sesi ziarah dan siasat pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan korang, di setiap kawasan akan ada pembantu-pembantu amil yang dilantik oleh LZS untuk memabantu pihak LZS dengan memantau dan melaporkan mana-mana calon yang difikirkan layak menerima bantuan zakat mengikut kategori yang bersesuaian.

Sebaik menerima laporan dari pembantu amil, pihak zakat kemudiannya akan menghantar pegawai untuk melakukan siasatan dan menyalurkan bantuan yang sewajarnya jika layak. Akan ada beberapa team agihan LZS yang bergerak mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Dengan pengalaman kak Ti yang dah beberapa kali mengikuti program Lembaga Zakat Selangor (boleh baca di entry-entry kak Ti sebelum ni antaranya: Pegawai Zakat Tak Perdulikan Nasib Asnaf, ZIKRA 2018 – LZS Makan Gaji Buta Je! dan beberapa lagi entry lain), kak Ti tak taulah kenapa masih ramai yang memandang serong pada institusi zakat ni.

Aduan Atau Pertanyaan Kepada LZS

Kalau korang ada sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan kutipan ataupun agihan zakat, korang boleh hubungi LZS melalui Borang Online ini.

Masukkan jenis pertanyaan korang dengan betul supaya mereka dapat salurkan kepada bahagian berkenaan dengan segera. Atau korang juga boleh mengikut perkembangan, info zakat dan aktivit-aktiviti LZS melalui Facebook mereka.

Website LZS: http://www.zakatselangor.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/

Facebook Comments Box

1 thought on “LZS Kelang Central – Perlu Ke Nak Siasat Sampai Macam Tu Sekali?

Leave a Reply

Your email address will not be published.