LOVE OUR SKIN – DON’T LEAVE HOME WITHOUT COSMODERM
Bila sebut pasal bercuti semua mesti akan rasa seronok dan teruja kan.. Samalah dengan kak Ti pun. Percutian singkat, percutian panjang dan mengembara memang aktiviti kegemaran kak Ti sekeluarga. Kalau ada bajet lebih, jauh lah perjalanan kami dan panjanglah tempohnya. Kalau bajet tak berapa nak ada, maka dekat lah jaraknya dan singkatlah tempohnya.. Ellehhh kak Ti ni.. Dia punya jauh tu macam jauh sangat. Walhal negara jiran je. Hahahaha.
Alhamdulillah, minggu lepas kak Ti baru je balik dari bercuti bersama keluarga kak Ti dan juga keluarga besar KBBA9 yang sangat awesome semuanya. Lokasi pilihan kali ni adalah Legend Cherating Beach Resort dan selama 3 hari 2 malam kami bersama-sama melakukan pelbagai aktiviti yang penuh dengan keseronokan dan ada juga yang mencabar.
Bila bercuti ni, tambah pulak ada macam-macam aktiviti, kita seringkali mengabaikan penjagaan kulit kita. Tapi bagi kak Ti, bercuti tak bermakna kita lalai dalam menjaga kulit. Mencegah tu lebih baik dari mengubati kan. Macam percutian dengn rakan-rakan KBAA9 ni, majoriti aktiviti yang kami lakukan adalah aktiviti luar. Kena pulak suaca kat Cherating sepanjang 3 hari 2 malam kami kat situ memang sangat cantik, panas sepanjang hari.. Boleh bayang tak macam mana jadinya dengan kulit kita kalau tak dilindungi dari panas matahari tu.
Untuk percutian kali ni.. kak Ti setia ditemani oleh Cosmoderm Travel Set. Serius kak Ti cakap.. Korang yang suka berjalan-jalan, bercuti-cuti memang wajib ada travel set ni. Kalau destinasi percutian korang tu perlu naik flight dan korang tak ambek luggage pun takde masalah. Semua produk yang ada dalam travel set ni memang disediakan “travel friendly”. Kandungan kesemua produk di bawah 100ml so memang takde masalah nak bawak naik flight. Hah! sangat prihatinkan Cosmoderm ni.
TravelSset Cosmoderm ni bukan hanya untuk penjagaan muka tau.. Tapi lengkap dengan penjagaan badan sekali. Dalam travel set ni ada 3 produk tapi kak Ti tambahkan lagi dengan 2 produk tambahan. Nak bagi korang lebih clear tentang apa yang kat Ti ceritakan ni.. Meh kak Ti sharekan satu persatu produk yang ada dalam travel set Cosmoderm ni;
Advance Moisture Therapy Cream (50ml)
Advance Moisture Therapy Cream ni kegunaannaya adalah untuk melembapkan dan melembutkan kulit kasar dan keras. Jadi, krim ni memang sesuai sangat untuk membantu menangani masalah tumit merekah dan juga tangan kering. Bila ada masalah macam ni, sikit sebanyak pasti percutian kita akan terganggu kan. Macam mana nak menikmati percutian kalau dalam masa yang sama kita terpaksa menanggung rasa tak selesa dan sakit bila tumit merekah dan tangan kering. Yang paling best kan, krim ni pekat dan kaya dengan khasiat tapi dalam masa yang sama takdepun rasa berminyak bila kita sapu kat tempat yang merekah dan kering tu. Dengan adanya Advance Moisture Therapy Cream ni InsyaAllah kita dapat menikmati percutian kita tanpa perlu memikirkan tentang masalah tumit dan tangan kita….
Tea Tree Oil Magic Body Lotion (60ml)
Masa kita bercuti, ofkoslah kita akan aktif berjalan dan melakukan banyak aktiviti kan. Macam masa kami ber ‘family day” kat Legend Cherating Beach Resort minggu lepas, aktiviti memang padat. Dari pagi sampailah ke malam. Cer bayangkan, agak-agak macam mana lah bau badan kita kan. Eeeeee… Mesti masham… Bau mashamm tu satu hal.. Satu hal lagi, kulit mesti kena “sunburn”. Aduhh!! Kalau setakat kulit jadi Dayang Senandung ok lagi.. Tapi yang tak seronoknya tu, kulit yang “sunburn” mesti akan rasa tak selesa. Tapi dengan TTOMBL Cosmoderm ni, Alhamdulillah semua masalah tu akan dapat diatasi. Sebabnya, TTOMBL dapat menyamankan kulit kita yang “sunburn” dan rasa tak selesa serta dapat meredakan “sunburn” tadi tanpa kita mengalami pengelupasan. Selain dari tu, TTOMBL ni juga dapat membantu kurangkan ruam, jangkitan ulat dan kuman. Ia juga mampu bertindak sebagai penghalau nyamuk, serangga, pepijat katil dan redakan gigitan serangga. Beraktivit lasak dan berpeluh pun tak jadi masalah sebab TTOMBL ni ada bahan yang dapat bertindak sebagai deodoran asli dan mengcegah bau badan. Tapi kan.. itu tak bermakna korang tak perlu pakai ubat keti tau… Pakai.. jangan tak pakai… Hahahaha.. Kak Ti gurau je.. Alaaa, takkan gurau pun tak boleh..
Vitamin E Cream 3,000 I.U (50ml)
Vitamin E oil dan Rosehip Oil, dua bahan utama yang terdapat dalam Vitamin E cream ni. Bila dah balik ke bilik selepas sehari suntuk kat luar dengan macam-macam aktivit, benda pertama yang akan kat Ti belek mestilah muka. Alaaa biasalah tu. Lasak macam mana pun, penjagaan kulit muka memang menjadi keutamaan setiap wanita. Vitamin E cream ni digunakan selepas muka kita dibersihkan dengan sebersih-bersihnya dan selepas toner disapukan. Hanya sapukan dengan sekata kat muka pastu urut-urut sikit kulit muka kita dengan lembut. Vit E cream ni berfungsi sebagai pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti oksidan untuk memperbaharui, melindungi dan menyihatkan kulit muka. Ia juga berfungsi sebagai anti penuaan dan dapat bantu pudarkan parut-parut kat muka kita. Tak kiralah parut jerawat ke, parut kemalangan ke, atau parut pembedahan InsyaAllah pasti akan pudar. Bila usia makin bertambah. mulalah muka kita nampak garis-garis halus, kedutan dan kulit pun jd kusam. Tapi takpe, InsyaAllah bila pakai Vit E cream ni.. semua tu dapat diatasi…
Selain dari 3 produk yang ada dalam travel set ni, Kak Ti juga ada tambahan dua lagi produk iaitu BB Cream SPF 35 PA +++ With Tea Tree Oil dan juga Tea Tree Oil Shower Gel.
BB Cream SPF 35 PA+++ With Tea Tree Oil
BB cream ni walaupun kecik tapi dia power. Dia 5 dalam 1 iaitu sebagai pelembap, bedak asas, “sun block”, kawal minyak dan juga anti jerawat. Wanita dan make up memang berpisah tiada kan. Jadi dengan adanya BB cream ni mudah jadinya. Sapu je BB cream, 5 fungsi terus dia bagi. Dah tak payah nak tenyeh-tenyeh yang lain. Picitkan kat hujung jari kemudian ratakan keseluruh wajah. Lepas tu bolehlah teruskan dengan rutin make up yang lain atau boleh juga keluar tanpa make up
Tea Tree Oil Shower Gel
TTOSG dari Cosmoderm ni memang best tau. Gel dia pekat, jadi hanya gunakan sikit je gel tu dah boleh bermandian buih dah kita. Selain mampu memberikan kesegaran pada badan, ia juga dapat bertindak sebagai pencegah bau badan dan pencegah jerawat di badan. So pada sape-sape yang masalah jerawat kat badan, gel ni memang sesuai sangat. Untuk percutian hari keluarga KBBA9 kali ni, kak Ti bertemankan travel set cosmoderm ni lah. Oh Ya! lupa nak bagitau, Produk-produk Cosmoderm ni HALAL tau, So gunakan tanpa was-was. Kalau korang nak tau lebih lanjut kan.. Kak Ti suggestkan korang untuk check out Website, Facebook dan juga Instagram Cosmoderm.
Website: http://www.cosmoderm.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/
Eyda pun ada… senang nk bw ke mana2… set lengkap
Nina pun suka travel pack Cosmoderm ni..!!
Suka dengan travel pack Cosmoderm ni. Selain senang nak bawa travel, saiz pun sesuai untuk handcarry masuk dalam flight. Produk Cosmoderm memang terbaik
Paling suka Magic Lotion, banyak sangat kegunaannya. Memang wajib bawak pi travel!
Advanced moisture theraphy tu ja i tak pernah guna lagi, yg lain semua mmg guna. Semua besttt
cosmoderm mmg produk berkualiti dah bertahun guna.
wahh senangnyaa ada yang travel mcm ni. Senang la nak bawak nanti
Seronok betul bila ada Cosmoderm nie
Bagus ade travelnpack macam ni..midah bawak travel
Kulit jadi lebih lembut lepas amalkan produk cosmoderm ni. Tak lengkap berrcuti tanpa cosmoderm travel pack.
Kulit jadi lebih lembut lepas amalkan produk cosmoderm ni. Tak lengkap berrcuti tanpa cosmoderm travel pack.
travel pack ni menjadi pilihan cikza tau..
mudah dibawa ke mana je..
Ema punya pencuci dah ada teman-teman dia…travel pack cosmoderm.
Best.. senang bawak ke mana2
Antara produk favorite yanie ni.. best produk untuk penjagaan diri ni..
ermm tengah mencari juga cosmoderm body lotion tu. risau dengan bed bugs yang mengganggu.