Lembaga Zakat Selangor Peram Duit Zakat
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR – KE MANA PERGINYA KUTIPAN ZAKAT 2018
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah.. Tak terasa kan, kita dah semakin hampir ke penghujung Ramadhan 1440H ni. InsyaAllah jika dipanjangkan umur olehNya, dua hari lagi maka akan masuklah kita ke dalam 10 hari terakhir Ramadhan. Macam mana Ramadhan kita tahun ni? Kak Ti doakan semoga Ramadhan tahun ni lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Aaamiin..
Akibat Bila Hanya Baca Tajuk
Kalau korang just baca tajuk kat atas tu kan. Apa agaknya persepsi korang. Kalaulah tajuk tu adalah status di media sosial, macam mana agaknya respond korang. Bukan nak menuduh, kak Ti percaya, ramai yang akan mula mengeluarkan hujah-hujah negatif bila tengok tajuk macam tu. Ialah, bukan perkara baru pun. Dah seringkali pihak Lembaga Zakat Selangor ni dapat tanggapan negatif dari masyarakat kat luar sana.
Nak salahkan mereka tak boleh jugak ya dak. Mereka tak tau.. Tapi yang jadi masalah bila ada diantaranya yang memang taknak ambil tau. Tapi bila bab nak menambah perisa yang tak sedap ramai yang suka ambil tau. Acaner tu. Haaa.. Kalau jenis yang kedua ni.. pandai-pandailah korang nak menjawab kat sana nanti..
Terima Kasih Kepada Pengeluar Zakat
Untuk pengetahuan korang, staf-staf kat Lembaga Zakat Selangor ni bukan setakat duduk pusing-pusing kerusi kat pejabat je tau. Macam-macam usaha yang mereka lakukan untuk memastikan duit zakat yang dibayar oleh pembayar-pembayar zakat sampai kepada yang berhak menerima. Menjelajah kampung-kampung, berjumpa orang asli, naik bas, naik bot semua diorang buat semata-mata untuk memastikan bantuan zakat sampai pada yang berhak menerima.
Untuk tahun 2018, wang zakat yang dikutip telah diagihkan kepada 8 asnaf zakat. Untuk yang kurang pasti apa kategori-kategori dalam 8 asnaf zakat tu.. Meh tengok ni kak Ti sharekan kat bawah ni:
- Miskin
- Fisabilillah
- Fakir
- Amil
- Gharim
- Mualaf
- Riqab
- Ibnu Sabil
Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa
Ehh Kak Ti ni.. Beria nak bela Lembaga Zakat Selangor.. Ada dapat apa-apa ke? Ehhh.. Mestilah dapat sesuatu.. Dapat pahala berusaha perbetulkan yang kurang tepat.. Korang tak nak ke? Lagi satu.. Kak Ti bukan setakat sembang kosong tanpa bukti tau. Kak Ti cakap ni sebab kak Ti sendiri pernah ikut Lembaga Zakat Selangor masa Program ZIKRA 2018 – MENYELAMI KEHIDUPAN ASNAF, FAKIR MISKIN DAN MUALAF.
Bukan mudah, tapi demi amanah dari pembayar zakat, staf-staf Lembaga Zakat Selangor buat dengan penuh dedikasi. Bukan itu je, sebelum join program Zikra ni, kak Ti juga pernah mencuba sendiri pengalaman berusahah untuk mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor dan pengalaman itulah yang berjaya membuka mata kak Ti tentang amanah yang mereka galas ni.
Terus terang, kak Ti dulu pun sama macam kebanyakan masyarakat kat luar sana yang penuh dengan prasangka tak baik tentang Lembaga Zakat. Tapi Alhamdulillah peluang bersama dengan Lembaga Zakat Selangor ni berjaya membuka mata kak Ti tentang hakikat sebenar. Korang tengok sendirilah ke mana kutipan zakat telah disalurkan…
Niat Zakat Jangan Sampai Jadi Derma
Kalau sebelum ni ramai yang keberatan untuk membayar zakat di pusat zakat dan memilih untuk mengagihkannya sendiri, kak Ti berharap semoga dengan perkongsian ini akan mampu mengembalikan keyakinan masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat ini di tempat yang sepatutnya iaitu di pusat zakat seperti Lembaga Zakat Selangor.
Satu pesanan yang kak Ti dapat dari salah seorang ustaz yang bersama-sama kami dalam program ZIKRA yang lepas dan kak Ti rasa wajib kak Ti sampaikan juga pada semua adalah..
Tak salah untuk kita membayar zakat secara terus kepada penerima, cuma yang ditakuti adalah apa yang kita berikan tu jatuh dalam kategori derma dan bukan sebagai bayaran zakat.
Haaa.. Pahala menderma tu InsyaAllah memanglah dapat. Tapi macam mana dengan tanggunjanawb membayar zakat? Tak ke masih tak tertunai namanya tu. Sebab tulah.. Lebih afdhal kalau korang bayar zakat kat Pusat zakat macam Lembaga Zakat Selangor. Semoga lepas ni lebih ramai yang cakna dengan perkara ni dan semoga tahun 2019 ni lebih banyak lagi yang bantuan zakat yang dapat diagihkan.
Informasi Lanjut di Lembaga Zakat Selangor
Nak tunaikan tanggungjawab untuk bayar zakat bukan susah sekarang ni. Banyak kemudahan yang dah disediakan oleh bagi memudahkan proses pembayaran zakat. Nak tau lebih lanjut korang tengok je info-info yang kak Ti share kat bawah ni dan korang boleh layari sendiri:
Website Lembaga Zakat Selangor: http://www.zakatselangor.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor/
Banyak betul cabang pemberian zakat ni ye kak tati, betul tu mereka bukan duduk goyang kaki je, kena fhm mereka berbakti ke sana ke mari salurkan dana. Jom zakat!
Ramai ingt diaorg tak buat kerja.. Tertanya duit zakat ke mana.. Tapi sebnrnay diberi kepada golongan asnaf.. Sekurangnya media dan blogger dan swbarkan.. Kita je kene rajin baca