Legoland Malaysia Taman Tema Impian Setiap Kanak-Kanak
LEGOLAND MALAYSIA – LEGO GREAT RACE VR ROLLER COASTER & NINJAGO WORLD MENJADI TARIKAN TERBARU
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Kalau sebut Legoland ni kan, Kak Ti yakin semua anak-anak mesti ada impian nak datang ke Taman Tema ni. Bukan setakat anak-anak je, mak pak pun mesti ramai yang ada impian nak bawak anak masing-masing untuk datang dan bermain dalam taman tema Legoland ni. Mananya tidak, Legoland ni Taman Tema Antarabangsa Pertama kot kat Malaysia ni dan Legoland pertama kat Asia. Haaa.. Kiranya sebelum Legoland Malaysia ni dibuka, sesiapa nak merasa ke Legoland kena pergi negara-negara luar Asia yang dah ada taman tema ni.
Anak-anak kak Ti pun tak terkecuali termasuk dalam senarai yang ada impian untuk berseronok kat taman tema Legoland ni. Begitu jugak dengan kak Ti dan Tn SOSAB.. Memang kami berharap sangat dapat bawak anak-anak ke sini. Walaupun kampung kak Ti memang kat Johor Bahru dan boleh dikata hampir setiap bulan kami akan balik kampung, tapi hajat nak bawak anak-anak ke Legoland ni belum jugak dapat dilaksanakan.
Al maklum je lah.. Kami ni kan ber enam, si SAZSO 1 dan SAZSO 2 pulak dah masuk kategori dewasa. Jadi kalau nak kena beli tiket untuk semua sekali serentak.. Memang boleh buat tergaru-garu kepala yang tak gatal jugaklah jadinya. Jadi kak Ti memang sentiasa bagitau anak-anak.. “InsyaAllah kalau Allah izinkan pasti satu hari nanti dapat jugak masuk ke Taman Tema Legoland ni..”.
FAMILY DAY KBBA9 2018 DI LEGOLAND MALAYSIA
Alhamdulillah.. Benarlah sesungguhnya rezeki dariNya akan datang dalam pelbagai cara… Akhirnya melalui platform KBBA9, impian anak-anak kak Ti tercapai juga akhirnya walaupun hanya SAZSO 3 dan SAZSO 4 sahaja yang dapat ikut kali ni. Walaupun kak Ti dan Tn SOSAB dah tau berkenaan Family Day KBBA9 ni dah berbulan lamanya, tapi kami hanya bagitau SAZSO 3 dan SAZSO 4 berkenaan trip ke Legoland Malaysia ni sehari sebelum kami bertolak ke JB. Bukan apa, kami tak naklah abang-abang diorang yang tak dapat ikut sebab dah kena balik ke Madrasah tu sedih. Takpa ya anak-anak mama sayang yang besar-besar ni.. InsyaAllah mesti akan ada rezeki lagi untuk ke Legoland ni.
Mengikut tentatif program yang diemelkan oleh Tn Shahbudin iaitu wakil dari pihak Legoland Malaysia, kami perlu berada di Legoland pada pukul 11.00 pagi dan akan berjumpa beliau untuk sesi ‘meet and greet’ sebelum kami semua memulakan pengembaraan di dalam taman tema Legoland ini.
‘Excited’ punya pasal, lebih kurang pukul 10.00 pagi kak Ti sekeluarga dah pun sampai ke Legoland yang terletak di Nusajaya atau sekarang dikenali sebagai Medini Iskandar. Sementara tunggu Tn SOSAB parkir kereta kat Zone 2, sempatlah jugaklah kak Ti ‘snap’ sekeping dua gambar gelagat anak-anak yang tak sabar nak ‘explore’ Legoland ni. Masa kami sampai tu, dah ada beberapa orang rakan-rakan blogger KBBA9 yang dah pun sampai lebih awal dari kami dan tak lama kemudian hampir kesemua yang menyertai family day kali ini pun sampai.
Setelah berjumpa dengan Tn Shahbudin, dan mendengar sedikit taklimat ringkasdari beliau, beliau pun menyerahkan tiket dan voucher makanan untuk setiap blogger dan keluarga masing-masing dan kami dimaklumkan sesi pada hari tersebut adalah sesi ‘free and easy’, bermakna kami bebas untuk meng ‘explore’ dan ‘enjoy’ kat Legoland ni. Tapi, sebelum masing-masing menghilangkan diri ke dalam taman tema Legoland ni, sesi group foto diadakan terlebih dahulu. Ialah, bila semua dah masuk dalam, tak adanya sempat nak ber ‘group’ foto bagai ni dah.
BELI ANNUAL PASS LEGOLAND MALAYSIA UNTUK PELUANG BAWA BALIK NISSAN ALMERA
Sebelum kak Ti lupa, korang tau tak Legoland sekarang tengah buat promosi baik punya untuk Annual Pass diorang. Untuk satu tempoh terhad, Legoland Malaysia Resort menawarkan Annual Pass pada harga 1-Day – Ticket iaitu RM199. Gila best weh! Kalau sebelum ni dengan harga RM199 tu korang boleh masuk sekali je ke Taman Tema Legoland ni, sekarang korang boleh miliki ‘Awesome Pass’ dan masuk ke Taman Tema Legoland ni bila-bila masa je yang korang nak sepanjang tahun. Nak lebih lagi, korang to up je RM125 untuk jadi ‘Premium Pass Holder’.
Ni kak Ti nak bagitau korang ni, seriously, walaupun korang datang awal pagi dan stay sampai Legoland tutup, korang memang tak akan sempat nak main semua permainan yang ada kat dalam ni. Kena pulak kalau ada permainan yang anak-anak berkenan, diorang mesti nak repeat main permainan yang sama berulang kali. Jadi korang rasa, dengan tiket satu hari tu, cukup ke masa nak explore dan cuba semua permainan yang ada kat Legoland ni?
Tak cukup der… Kak Ti dah mengalaminya sendiri. Lagipun, memang permainan yang ada kat Legoland ni main banyak kali pun tak bosan. Kalau tak, takdelah anak-anak repeat main permainan yang sama berulang kali kan. Jangan kata anak-anak, mak paknya pun seronok dengan permainan yang ada kat dalam tu.
Nak tau satu lagi berita gempak tak? Tak kiralah Annual Pass korang tu baru beli, perbaharui atau upgrade… Dalam tempoh terhad ni, korang berpeluang untuk memenangi sebuah kereta baru jenama Nissan Almera. Lagi banyak korang beli, lagi banyak peluang korang untuk menang.. Mak Aih! Best gila! Dah la boleh masuk Legoland sepanjang tahun, dapat pulak peluang untuk menang kereta baru. So.. Korang tunggu apa lagi.. pegilah beli cepat! Karang tempoh promosi tamat, korang jugak yang menangis tepi bucu katil kan..
BERGEMBIRA DI TAMAN TEMA LEGOLAND MALAYSIA
Memandangkan kak Ti perlu menyelesaikan beberapa urusan berkenaan tiket masuk, Kak Ti dan beberapa rakan blogger yang terlibat terpaksa masuk agak lewat dan Tn. SOSAB terpaksa bawak anak-anak masuk terlebih dahulu ke dalam. Bila dah selesai semua urusan dan memastikan setiap peserta telah pun masuk, barulah kak Ti dapat join mereka kat dalam.
LEGO Academy
Bila kak Ti berjumpa semula dengan Tn SOSAB, rupanya dia baru je selesai melayan si kecik tu kat dalam LEGO ACADEMY. Agak susah jugak sebenarnya nak ajak si kecik ni keluar dari LEGO Academy ni. Mananya tidak, dalam Lego Academy ni anak-anak boleh bina permainan LEGO mereka sendiri dan ruangannya pulak ber ‘aircond’ dan sangat selesa. Tapi memandangkan banyak lagi tempat yang nak di ‘explore’ dan setelah adegan pujuk memujuk barulah dia rela untuk beredar dari situ dan menuju ketempat lain pula.
The Great LEGO Race In Legoland Malaysia – The World’s First LEGO Virtual Reality Roller Coaster
THE GREAT LEGO RACE merupakan salah satu tarikan terbaru yang disediakan oleh Legoland Malaysia. Masa kak Ti jumpa Tn SOSAB kak Ti dimaklumkan yang si SAZSO no 3 tu tengah beratur nak main permainan ni sorang-sorang. Memandangkan dia dah ada kat sana, kak Ti ingatkan naklah temankan dia main dan cuba permainan THE GREAT LEGO RACE ni sendiri. Tapi rupanya bila kak Ti sampai dia dah pun selesai main permainan tu. Lagipun masa tu tengah ramai yang beratur nak cuba permainan ni juga. Jadinya kak Ti tangguhkan niat nak cuba VR Roller Coaster dan petang tu kak Ti bertemankan my dear SAZSO No 3 sekali lagi datang dan kali ni kami berjaya mencuba permainan ini tanpa perlu menunggu lama.
Untuk pengetahuan korang, permainan The Great LEGO Race ni terletak berdekatan je dengan pintu masuk iaitu di bahagian sebelah kiri. Menariknya tentang The Great LEGO Race ni adalah ia merupakan yang pertama seumpamanya. Tak ada lagi tau kat mana-mana Legoland lain yang ada VR Roller Coaster ni selain kat Legoland Malaysia.
Bila sekali pandang, secara luarannya nampak macam ‘roller coaster’ biasa je. Dalam hati masa tu, alaa, ‘The Dragon roller coaster’ yang kak Ti naik sebelum tu mesti lagi seram. Tapi bila dah naik tu, rupanya lagi kecut perut weihh naik VR Roller coaster ni. Rasa macam nak gugur jantung ni. Si bujang kak Ti kat sebelah siap bagitau lagi ‘what to expect here and there’. Agaknya dia nak bagi mama dia ni ‘relax’ sikit la kot. Hahahahaha..
Kenapa kak Ti kata The Great Lego Race ni berbeza dengan roller coaster biasa? Sebabnya masa naik roller coaster ni korang akan memakai VR headsets yang akan membuatkan korang seakan berada dalam dunia imaginasi yang diperbuat sepenuhnya dari LEGO dan akan berlumba dengan karakter-karakter LEGO yang terkenal
Sepanjang perlumbaan tu akan ada beberapa laluan yang mencabar yang perlu dilalui. Kat laluan-laluan nilah yang akan buat korang rasa tertinggal jantung kat belakang. Mananya tidak, visual yang dipaparkan tu memang terasa sangat dia punya ‘real’ tu. Bila sampai tempat menjunam tu memang rasa macam terjunam sungguh pastu siap ada laluan atas air, bersalji langgar tembok dan macam-macam lagi.
Bak kata anak bujang kak Ti, “rasa geli perut”. Memamg rasa geli perut pun.. Kejap naik, kejap turun menjunam, langgar tembok, kejap rasa nak tergolek ke kiri, kejap rasa nak tergolek ke kanan pulak. Memang satu pengalaman yang lain dari yang lain. Walaupun seram naik VR Coaster ni, tapi seram dia tu dalam kategori kelakar seram. Memang seronok dan puas hati sangat. Kalau korang datang ke Legoland Malaysia kat Johor ni memang wajib cuba permainan THE GREAT LEGO RACE ni…
LEGO Star Wars MiniLand & LEGO Kingdoms
Kalau ikutkan plan asal, lepas keluar dari LEGO Academy tu, nak terus ke LEGO NINJAGO WORLD. Tapi biasalah budak-budak kan. Ada je yang boleh tarik perhatian diorang. Masa on the way tu singgah dulu ke LEGO STAR WARS MINILAND. Kat sini tarikan utamanya adalah pameran lego-lego starwars yang diambil dari scene-scene 6 episod film Starwars dan juga Film Star Wars: The Clone Wars. Ada 7 ruang pameran kesemuanya dan setiap ruang akan mempamerkan karakter dan scene dari Film-films Starwars bermula dari episod pertama hinggalah ke Film ke 7 Star Wars.
Seterusnya kami ke Lego Kingdoms pulak dan kat sini jugak kak Ti dan Tn SOSAB terpaksa berpecah sebab si bujang ni 3 tu nak cuba ‘rides’ yang ada sedangkan had umur untuk setiap rides tu mestilah melebihi 4 tahun. Kak Ti melayan si SAZSO no3 dan Tn SOSAB pulak melayan si kecik no 4 tu. Antara permainan yang sempat kak Ti dan anak bujang kak Ti cuba adalah Dragon Apprentice iaitu roller coaster yang direka khas untuk pengunjung-pengunjung cilik yang berumur di atas 4 tahun dengan ketinggian 100cm.
Tak puas dengan The Dragon Apprentice yang baginya tak cukup mencabar, diajaknya pulak kak Ti untuk naik The Dragon pulak. Hailah anak.. Walaupun mama ni sebenarnya kecut perut, tapi layankan je lah. Berbanding roller coaster The Dragon Apprentice, The Dragon lebih tinggi dan lebih menggelikan perut putarannya. Mujurlah satu ’round’ tu sekejap je.. Sebelum Lego Kingdoms kami tinggalkan, sempatlah Tn SOSAB melayan anak-anak naik Merlin’s Challenge. Seronok budak-budak ni berpusing-pusing laju naik Merlin’s Challenge tu. Kak Ti? Kak Ti dok luar je.. jadi pemerhati.. Hahahaha…
Imagination
Dari Lego Kingdom kami singgah ke Imagination pulak. Kat sini sempatlah kak Ti melayan si bujang kak Ti main Kids Power Tower sementara Tn SOSAB melayan si kecik kat dalam Build & Test. Lepas tu kami sekeluarga naik pulakObservation Tower. Seronok tau naik Observation Tower ni, Kita dapat tengok keseluruhan Legoland Malaysia Resort ni dari atas.
Oh ya! Kat sini jugak kita boleh layan movie 4D tau. Memang terbaiklah… Ini pengalaman pertama kak Ti sekeluarga tengok movie 4D jadi memang masing-masing teruja dan seronok sangat. Macam tu rupanya bila kita movie yang 4D. Terperanjat kak Ti bila tiba-tiba ada kayu seolah nak menyucuk kita atau ada serangga yang terbang betul-betul depan mata kita seakan boleh disentuh.
LEGO Ninjago World
Dari Imagination, kami masuk ke Land Of Adventure tapi walaupun banyak atraksi dan permainan yang ada kat sini semua dah tak sabar nak ke Lego Ninjago World yang merupakan tarikan terbaru di Taman Tema Legoland Malaysia. Konon-konon lepas dari Ninjago, bolehla singgah cuba apa yang ada kat Land Of Adventure ni. Lagipun masa tu orang tengah ramai kat Land Of Adventure tu.
Bila sampai je kat pintu gerbang untuk masuk ke dalam Ninjago World anak-anak semua excited dan tak sabar nak masuk. Maunya tidak.. NINJAGO ni memang ‘favourite’ diorang. Tambahan lagi bila tengok semua dekorasi dan warna yang digunakan di Ninjago ini memang boleh buat kita rasa semangat Ninja tu.. Cheewahh..
Kat sini, korang boleh merasai pengalaman bertarung ala ninja di LEGO NINJAGO THE RIDE dan untuk ini kita dibekalkan dengan cermin mata 4D khas. Kalau korang nak tau, permainan NINJAGO THE RIDE adalah satu permainan yang canggih tau. Cara main pun guna sensor je. Kita just gerakkan tangan atas sensor untuk tembak musuh. Puas sangat bila tengok musuh-musuh tu meletup.
Main permainan kat Ninjago ni kan, bukan setakat visual je yang canggih, siap melibatkan deria rasa lagi. Masa main tu, ada rasa bahang, angin, sejuk dan juga ada asap yang keluar. Perghh! Memang rasa macam real punya peperangan. Kalaulah tak kerana kesuntukan masa, mau ulang main banyak kali.. Bukan anak-anak je seronok.. Mak paknya pun sakan.
LEGO City
Puas berperang kat LEGO Ninjago World, kami bergerak menuju ke LEGO City pulak. Kalau sebelum ni banyak permainan yang si kecik kak Ti tu tak dapat nak main, kali ni boleh di kata semua permainan dia boleh main. Antara permainan yang sempat dicuba seperti belajar memandu kat Driving School dan Junior Driving School, terbang di LEGO City Airport dan jadi bomba, berlumba untuk memadamkan api di Fire Rescue Bistro dan belajar mengemudi bot di Boating School.
Setelah seharian bergembira, kami akhirnya berhenti untuk berehat seketika sambil mengisi perut di Market Restaurant. Untuk anak-anak kak Ti belikan mereka spagheti bolognese dengan meatball dan juga spagheti carbinora. Manakala untuk kak Ti dan Tn SOSAB pula, kami menikmati nasi beriyani ayam rendang. Setiap hidangan akan dapat free air tau jadi tak yah risau nak kena beli air pulak. Untuk set hidangan dewasa, bukan free air je tau, siap ada dessert lagi. Alhamdulillah sedap dan mengenyangkan.
MANFAATKAN WAKTU YANG TERSISA SEPENUHNYA
Selesai sesi mengisi perut, sesi menjelajah Legoland diteruskan lagi. Sementara ada peluang ni, masa yang tersisa perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Memandangkan masa awal-awal masuk tu kak Ti tak dapat naik THE GREAT LEGO RACE, Jadi petang tu kak Ti datang semula ke situ dan naik VR Roller Coaster tu.
Dari THE GREAT LEGO RACE, beralih pulak ke Wave Racer dan kemudian kami semua MINILAND yang terletak di tengah-tengah dan menjadi pusat LEGOLAND Malaysia. Kagum kami tengok binaan-binaan replika beberapa mercu tanda negara-negara Asia yang diterjemahkan dalam bentuk LEGO yang antaranya dari Malaysia sendiri, Singapura, India, Indonesia dan banyak lagi. Tak ketinggalan juga beberapa replika bangunan dan binaan yang menjadi landmark bagi negara Malaysia dan juga negeri Johor.
Projek yang mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan ini menggunakan sebanyak 30 juta LEGO tau. Wow! lamanya nak kena mengadap LEGO kan. Buka sikit pulak tu 30 juta ko. Kalau kak Ti.. Mau juling biji mata ni.. Paling seronok kak Ti tengok bila si kecik kami si SAZSO no 4 tu pun pandai mengagumi dan menghargai binaan-binaan LEGO tu. Becok mulut dia bertanya itu dan ini dan kadang dia pulak yang sibuk terangkan.
Dari Miniland kami bergerak pulak ke Stesyen Keretapi untuk menaiki LEGOLAND Express. Seronok tau jalan-jalan kat dalam LEGOLAND Malaysia ni sambil naik keretapi. Walaupun tempat-tempat yang kami lalu tu kebanyakan kami dah pergi, tapi experience naik keretapi LEGOLAND Epress ni tetap menyeronokkan.
Selesai tour naik keretapi kami bergegas ke surau untuk menunaikan kewajiipan. Alhamdulillah surau yang disediakan untuk pengunjung amat selesa dan telekung serta sejadah turut disediakan di surau wanita. By the time kami selesai, hari pun dan petang dan kebanyakan pengunjung dah pun mula meninggalkan LEGOLAND. Kami je yang tak puas-puas lagi nak main.
Petang tu hujan rintik-rintik mula turun dan semakin lama semakin lebat. Sementara nak berjalan ke exit tu sempat kami singgah sekejap bermain Technic Twister dan bila kami selesai je main, hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah.. Syukur sangat sebab sepanjang sehari suntuk kat LEGOLAND cuaca elok je dan hujan turun bila semuanya dah selesai.
TERIMA KASIH DAUN KELADI LEGOLAND MALAYSIA
Alhamdulillah… Setelah Family Day pada di Legend Resort Cherating pada tahun 2017, Family Day pertama Kelab Blogger Ben Ashaari (Kbba9) bagi tahun 2018 yang melibatkan seramai 25 orang blogger akhirnya berjaya dilaksanakan. Kak Ti yang terlibat secara langsung dalam projek Family Day KBBA9 di Taman Tema LEGOLAND Malaysia ni memang rasa bersyukur sangat bila semuanya dah selesai dan semua orang bagi feed back yang sangat positif.
Terima kasih kepada pihak LEGOLAND Malaysia terutamanya Tn Shahbudin yang telah sudi menaja Family Day KBBA9 bagi tahun 2018 ini. Semoga di masa hadapan kita dapat bekerjsama lagi.. Terima kasih juga kepada Pengasas KBBA9, KBBA9 dan juga semua yang terlibat dalam hari keluarga ini. Segala kekurangan mohon maaf sebesar-besarnya dari kak Ti.
Untuk maklumat lanjut:
Website: www.legoland.com.my
Facebook: facebook.com/LEGOLAND.my/
Instagram: instagram.com/legolandmalaysia
Telefon: +607 597 8888
Kami naik Dragon Apperentice je kak Ti. Tu pun Ibu dorang yang kecut perut. Lepas turun terus jalan pergi tempat lain :p
Bkn tmpt impian kanak2 jer.. Org dewasa pun sbb bila masuk sini mmg terasa keriangan mcm budak2 blk. Hahaha
Terima kasih kak tati for your hardwork. Semoga ada rezeki nak datang Legoland lagi, tak puas lagi main..hehe..tak sempat pergi banyak tempat best dalam Legoland tu