DISNEY TURNS 100YRS – AEON STAR 2023 REWARDS PERKENALKAN PRODUK TUPPERWARE BERINSPIRASIKAN DISNEY 

AEON START REWARDS 2023 – JOM DAPATKAN PRODUK TUPPERWARE BERINSPIRASIKAN KARAKTER DISNEY

Bismillahirrahmanirrahim. 
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Hebatnya Disney mampu bertahan selama 100 tahun. Maknanya dari zaman nenek kita lagi dah ada kartun kartun Disney ni kan. Mungkin juga dari zaman moyang kita lagi dia dah wujud.   Bukan calang calang pencapaian ya sampai mampu bertahan selama seabad.

Kolaborasi AEON Star Rewards Bersama Tupperware 2023 Raikan 100 Tahun Disney

Sebagai seseorang yang membesar dengan kartun kartun Disney kak Ti memang seronok sangat bila dapat jemputan dari pihak AEON untuk sama sama meraikan sambutan ulang tahun Disney yang ke 100 tahun ni. Sebut je mana-mana kartun Disney rasanya semua kak Ti pernah layan. Masa anak-anak kak Ti kecik lagi, bila diorang tengok kartun, kami pun layan. Sampailah sekarang ni, kak To masih enjoy lagi tengok kartun. 

Sempena sambutan 100 tahun Disney ni juga, AEON Star Reward 2023 telah memperkenalkan kolaborasi bersama pihak Tupperware yang telah mengeluarkan produk-produk yang berinspirasikan Disney 100. Kempen ini telah bermula sejak bulan Disember 2022 dan ianya akan berlangsung sehingga bulan Jun 2023 disemua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime stores (selagi stok masih ada).

Watak Disney Berada di Produk-Produk Tupperware Terpilih

Bagi meraikan ulangtahun ke 100 The Walt Disney Company (The Walt Disney Company’s 100th anniversary), Tupperware telah menyediakan beberapa produknya yang disediakan khas untuk kempen AEON Star Rewards ini seperti bekas makan (lunch box), set botol eco-friendly, round eco bottles dalam saiz 500ml dan 100ml, termasuk juga set serve ware two and three piece yang diletakkan watak watak Disney yang sememangnya tak asing bagi kita. 

Antara watak watak Disney yang akan berada di produk-produk tupperware adalah seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Winnie the Pooh, Snow White, Mulan, Moana, dan watak-watak yang terdpat dalam filem keluaran Pixar seperti Finding Nemo, Toy Story, dan banyak lagi. Serius korang, memang comel bekas bekas tu. Kak Ti pun teruja nak dapatkan koleksi tupperware Disney 100 ni. Eh! Korang nak tau tak macam mana nak dapatkan Tupperware special ni.. Tungguuuu.. Baca sampai habis tau. 

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON berkata: 

Jika pembelian dilakukan dengan AEON Member Plus Visa Card / AEON Credit Card / AEON Wallet, pelanggan akan diberikan 3 setem. Untuk yang bukan AEON Member pula, 1 setem akan diberikan untuk setiap pembelian berjumlah RM30 dalam satu resit.

Kami berasa amat gembira dan teruja untuk memulakan 2023 ini dengan memberi kegembiraan dan senyuman di wajah pelanggan kami melalui produk terbaharu Tupperware yang bertemakan Disney untuk program Star Rewards kami.

Di AEON, kami sentiasa ingin bekerjasama dengan rakan kongsi yang hebat yang dapat turut sama membantu misi kami untuk berkongsi keceriaan di samping melindungi alam sekitar.

Tupperware merupakan salah sebuah syarikat antarabangsa yang tersohor dan mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk-produk mesra alam.

Kami berharap pelanggan kami yang mengumpul barangan Tupperware yang bertemakan Disney ini dapat turut mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar, serta menggunakannya apabila mengunjungi pasar raya kami.

Cara Tebus Tupperware Disney100


Ok tadi kak Ti kata nak bagitau cara nak dapatkan koleksi Tupperware Disney100 ni kan? Macam ni caranya. Produk AEON Star Rewards Disney100 Tupperware boleh ditebus oleh ahli AEON dan juga bukan ahli AEON. Untuk AEON Member, 2 setem akan diberikan untuk setiap pembelian RM30 dalam satu resit.

Untuk menebus produk tupperware khas Disney 100, AEON Member perlu mengumpulkan sebanyak 20 setem, manakala bukan member pula  perlu kena kumpul lagi banyak setem iaitu 40 setem. So, apa lagi korang pegilah daftar jadi member AEON. Lagi banyak korang boleh tebus nanti. 

Bukan itu je tau, sempena ulang tahun Disney yang ke 100 ni juga, peminat-peminat  Disney juga akan dapat menikmati “Disney100-themed retail pop-up” yang menampilkan jenama tempatan seperti Forest, Giomax, Pustaka Sri Dunia dan banyak lagi, di Concourse AEON Mall Shah Alam bermula hari 7hb Januari hingga 5 Februari 2023. 

Reka bentuk serba baharu produk yang berinspirasikan Disney100 daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars juga boleh didapati. Item terdiri daripada pakaian dan kasut, mainan, makanan sihat dan kecantikan, hiasan rumah, alat tulis dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini korang boleh tengok info info kat bawah yang  kak Ti sharekan ni:

website: https://aeonretail.com.my/AEONStarRewards/.

Facebook: www.facebook.com/aeonretail









Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.