Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah, sihat, bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

KITSUI KOREAN WHITE ACNE & OILY SKIN SET SKINCARE

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Sedar tak sedar dah masuk penghujung tahun kan. Setahun berlalu macam tu je rasanya. Al maklumlah, masa banyak dihabiskan kat rumah je kan. Sampaikan kadang hari tu hari apa pun dah tak ingat. Itu kak Ti lah tu. Hahahaha

Bila kebanyakan masa yang kita ada tu kita habiskan kat rumah je, maka mulalah datang rasa malas dan culas dengan penjagaan kulit muka kan. Asalkan dah mandi, selesai. Kesanya, kulit muka pun mulalah bermasalah. Haaa.. Salah siapa? Sendiri salah lah.

Korean Skin Care Routine

Ok, bercerita pasal kulit muka ni, kak Ti kan memang kagum dengan kegigihan orang orang Korea, baik lelaki mahupun wanita yang sangat menitik beratkan tentang rutin penjagaan muka. Ada tu sampai 10 step rutin penjagaan muka yang diorang akan buat setiap hari. Diulang. Setiap hari!

Phewww.. Walaupun kak Ti mengimpikan kulit ala kbeauty tapi idok ler mampu nak buat 10 step rutin penjagaan muka yang diorang amalkan tu. Tapi disebabkan keculasan kak ti dengan penjagaan kulit muka kak Ti, mula dah nampak kesan kesan keculasan tu iaitu kulit muka jadi kusam.

3 Sebab Kenapa Pilih Kitsui Skincare

Cari punya cari, kak Ti tergoda untuk mencuba Kitsui Skincare. Ada 3 sebab utama kenapa kak Ti tertarik untuk cuba Skincare Korea ni.

  • Pertama, Kitsui Skincare Korean White adalah produk penjagaan kulit yang dijamin Halal dan bebas alkohol serta hanya menggunakan essential oil sebagai pewangi semulajadi;
  • Kedua, bahan-bahan yang digunakan dalam Kitsui Skincare Korean White bebas dari bahan bahan berbahaya seperti sumber haiwan, pewarna tiruan, parabean, bahan toksin, sulfat, perfume, parafin dan silikon;
  • Ketiga, untuk memudahkan pengguna dan supaya pengguna tak tersilap dalam penggunaan setiap produk, kat setiap kotak mahupun packaging produk Kitsui Skincare Korean White dah disediakan nombor yang kita boleh follow. Takdelah kita tersilap rutin kan.

Acne & Oily Skin Korean Solution Untuk Kak Ti

Untuk pengetahuan korang, Kitsui Skincare Korean White ada dua set yang boleh kita pilih iaitu set “Acne & Oily Skin Korean Solution dan juga set “Dry & Normal Skin Korean Solution. Memandangkan kulit muka kak Ti jenis berminya kat bahagian “T Zone” kak Ti pilih set “Acne & Oily Skin Korean Solution”.

Dalam setiap set Kitsui Skincare Korean White ni sebenarnya ada 7 produk atau dengan kata lain ada “8 step” rutin yang kita kena buat untuk mendapatkan kulit yang cantik ala Korean.(korang tengok kat gambar yang kak Ti share tu).

4 Produk Kitsui Skincare Korean White

Tapi kan kak Ti dah cakap, kak Ti belum lagi segigih dan serajin itu, maka kak Ti cuma ambil 4 produk sahaja. Meh kak Ti share produk-produk tu dan juga kelebihan setiap produk Kitsui Skincare pilihan kak Ti:

1.Korean White Cleansing Gel-Diperkaya dengan Allantoin & Willow Bark Extract
– Untuk penggunaan siang dan malam
– Mencerahkan kulit
– Membersihkan kekotoran dan lebihan sebum
– Mengangkat kotoran dan daki dengan lembut dari kulit
– Mengurangkan bintik hitam yang ketara dan mengawal kilauan
– Meninggalkan kulit yang bersih dan segar

2,Korean White Toning Lotion-Diperkaya dengan Allantoin & Willow Bark Extract
– Berfungsi untuk merawat pori dengan cara meresap jauh ke dalam kulit dan membersihkan liang pori
– Mencerahkan kulit
– Formula toner ni dapat memerangi jerawat kerana toner ini direka untuk kulit berjerawat dan berminyak berlebihan
– Mempunyai sifat seperti anti oksiden dan penyembuhan kulit dari masalah berjerawat
-Mengurangkan kadar “whitehead”dan “blackhead”

2.5.Korean White Essence Serum-Diperkaya dengan Allantoin, CoEnzyme Q10, Rosemary Extract & Niacinamide
– Merawat parut dan tanda-tanda bintik hitam
– Menjadikan kulit lebih bersih dan licin
– Mencerahkan kulit
– Memperbaiki masalah kulit wajah

3.Korean White Essence Serum-Diperkaya dengan Allantoin, CoEnzyme Q10, Rosemary Extract & Niacinamide
– Penyerapan pada kulit yang cepat dan selesa
– Mencerahkan kulit
– Mngetatkan dan megecilkan liang pori di muka
– Mengurangkan masalah kulit berminyak.

Packaging Kitsui Skincare Korean White

Ok, perkara pertama yang kak Ti perasan adalah packaging Kitsui Skincare Korean White ni yang kemas dan memudahkan pengguna. Cleanser didatangkan dalam botol yang ada pam dan sangat memudahkan bila kita nak guna. Tak payah susah susah nak picit bagai. Jumlah yang kita nak gunakan pun mudah nak dikawal.

Dari segi tekstur cleanser, ia didatangkan dalam bentuk gel dan “surprisingly ” ia bukan jenis yang berbuih sakan bila kita gosok kat tapak tangan. Tapi, walaupun tak berbuih sangat, lepas basuh muka tu kan, terasa sangat kelembutannya. Muka pun tak rasa tegang. Dari segi bau pulak, lembut je bau dia. Macam bau something yang kak Ti kenal tapi lupa. Hahaha.

Toner pulak didatangkan dalam packaging yang seakan sama dengan cleanser cuma bezanya tak ada muncung pam tapi ada penutup dalam berlubang yang memudahkan untuk tuang kat kapas. Best tau bau toner Kitsui Skincare Korean White ni. Bau fresh macam cleanser juga.

Untuk Serum , ia didatangkan dalam botol yang ada penutup yang ada muncung boleh picit tu (lupa lah pulak apa nama jenis penutup mcam tu). Bagusnya bila boleh picit ni kita boleh kawal berapa banyak kita nak guna dan tak adalah terjadi kes terlebih tuang.

“Last but not least,” moisturizer sekali lagi didatangkan dalam botol yang ada pam. Tak perlulah kita nak colek colek dalam bekas tu bila nak guna moisturizer. Secara tak langsung dengan packaging yang digunakan untuk produk Kitsui ni, “hygine” akan terjaga.

Pengalaman Menggunakan Kitsui Korean White Acne & Oily Skin Set Skincare

Personally, dalam banyak-banyak produk yang kak Ti pernah cuba untuk mengawal masalah kulit berminya yang kak Ti alami, Kitsui Korean White Acne & Oily Skin Set Skincare adalah yang paling memuaskan kehendak dan keperluan kulit muka kak Ti.

Bagi kak Ti, yang paling best adalah bila kak Ti sapu serum dan juga moisturizer, memang tak ada kesan dan rasa melekit kat muka. Seakan lepas pakai tu, serum mahupun moisturizer tu terus meresap ke dalam kulit muka.

Bila kak Ti keluar rumah seharian, kak Ti perasan yang kadar minyak dan juga kilatan kat muka kak Ti sangat sangat berkurang. Nak kata tak berminyak langsung tu membohong pulak lah namanya kan. Adalah jugak minyak keluar kat muka sikit sikit. Itu normallah tu kan.

Tapi yang penting muka tak rasa semelekit macam sebelum kak Ti gunakan Kitsui Korean White Acne & Oily Skin Set Skincare ni. Overall memang puas hati dan rasa berbaloi baloi.

Macam Mana Nak Beli?

Untuk pembelian atau kalau korang nak dapatkan info lanjut berkenaan produk produk Kitsui, korang boleh tengok info yang kak Ti share kat bawah ni ya:

Link Kitsui
Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

Kitsui Korean WhiteSkincare
Website : https://kitsui.com.my/
Shopee mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Previous post: Ar Riqab – MAIS Bantu Golongan Bermasalah Untuk Pulih

Facebook Comments Box

4 thoughts on “Kitsui Korean White Skincare Halal untuk kulit yang lebih cerah, sihat, bersih dan licin – Sesuai untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

Leave a Reply

Your email address will not be published.