Kenapa jadi macam ni????

Salam,

MasyaAllah…da start balik dah….Dia da buat perangai lagi dah….Ari tu kemain beria-ia..Tup-tup datang balik penyakit tu…Penyakit apa lagi kalau bukan penyakit MALAS…..

Eikkksss…! Bukan malas sebenarnya tapi dek kerana kesibukan yang tahap gaban di akhir-akhir Ramadhan ari tu, maka terbiarla blog kesayangan beta ini untuk seketika…Citer pasal my 1st boy tu pun tak sempat nak selesaikan lagi…

Manernyer tidak Senah…minggu terakhir poser ari tu sebok na siapkan tempahan kengkawan yang sudi menempah kuih raya pada diriku ini….Da la pulak tu, start buat kuih pun lepas balik terawih…Yer la kan..niaga, niaga jugak, tapi peluang nak tambah pahala di bulan mulia takkanla nak lepaskan pulak…Maka itu kugagahkan jugak walaupun sebenarnya kalau nak ikutkan bila da balik terawih tu, mata ni rajin jer nak tutup cepat2…

Da siap kengkawan nyer tempahan siapkan pulak yang nak dibawak ke rumah bonda mertuaku n rumah bondaku di kampung nun…Last2 kat rumah sendiri takder kuih raya lagi…Hambek ko…Tapi takperla kan..yang sendiri punyer, anytime boleh buat….Yang penting insan-insan tersayang gumbira….

Bila da selesai cookies mengukies, barula kelam kabut nak sopping raya..Ala takderla sopping sangat pun, sekadar sopping untuk my heroes punyer n untuk my bonda…Untuk diri sendiri, malam raya ko baru pegi beli…(Elleh memang sajer tunggu malam rayer pon…da jadi aktiviti yg tak leh tinggal bila tiba turn rayer KL)..

Seronok woo pegi Jalan TAR malam raya…macam2 kerenah n gelagat yang ada….Tang sesak tu to sah citerla..memang tiap taun maca tu la gayernyer…tapi taun ni lagi dasat…sampai atas jalan raya ko diorang jual baju….kelakar tengok gelagat diorang nak tarik pelanggan..macam2 aksi n gaya….Sampai sana kul 2 pagi kul 4.30 pagi baru sampai rumah….Besoknya nak gi solat raya.. mata terkulat-kulat tahan pedih tak cukup tido…hahaha…

Next entry kita citer pasal raya pulak ekk….Eh, citer pasal my 1st hero bila nak sambung ni???

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.