Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard – Kearah Mendidik Masyarakat Menjadi Pengguna Bijak dan Berhemah

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Hari Selasa, 28 November yang lepas, kak Ti dan 3 oarang lagi rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu UmmiNani, Jean dan Ayue telah menghadiri sidang media khas di Raintree Club, Kuala Lumpur  untuk memperkenalkan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, sebuah program jalinan usaha sama antara Managepay Systems Sdn Bhd (Kumpulan Mpay) dan juga Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) iaitu sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). KSP merupakan sebuah NGO yang medapat sokongan penuh dari Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kad Prabayar Negaraku
Kad Prabayar Negaraku

Tujuan Sidang media khas ini adalah untuk memberikan pendedahan awal tentang Program Wallet Mpay dan juga Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard. Ia juga bertujuan untuk  memberikan penerangan tentang ciri-ciri, kegunaan serta kelebihan kad ini. Untuk pengetahuan korang, program ini telah menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan tema Negaraku yang diketengahkan untuk kedua-dua program ini pun adalah merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kad Prabayar Negaraku
Kerjasama antara KSP dan Mpay
Sidang Media mengumumkan kerjasama

MEMANFAATKAN TEKNOLOGI BARU

Pengasas KSP Dr Mohd Zamri Noordin berkata, melalui kerjasama dan perlantikan secara eksklusif ini, pihak KSP merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital ini.

Pengerusi KSP Dr Zamri

Menurut Dr. Zamri lagi, visi KSP adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi. Termeterainya jalinan kerjasama antara Mpay dan KSP ini adalah seiiring dengan visi KSP dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kad Prabayar Negaraku
MOU KSP dan Mpay
Pengerusi KSP dan Ketua Pengarah Kumpulan Mpay
Termeterainya jalinan kerjasama untuk Program Kad Parabayar Negaraku

Dengan adanya ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan kerajaan. masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus dan secara tidak langsung usaha untuk mendidik mesyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Bersama ahli-ahli KSP, wakil-wakil Kumpulan Mpay, Penasihat dan Penaung KSP bersama jemputan kehormat..

KELEBIHAN MPAY NEGARAKU

Dato’ Chew See Seng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Mpay telah berkata bahawa dengan adanya program Mpay Negaraku rakyat Malaysia akan dapat memanfaatkan era digital melalui ciri-ciri baru yang antaranya adalah seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan sebgaimana yang dinikmati melalui kad-kad kredit dan kad-kad debit sedia ada serta dapat menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah;
  • Membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan;
  • Boleh digunakan untuk penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) bagi berkongsi berita-berita penting antara satu sama lain dan dengan itu pengerahan bantuan perkongsian dapat dilaksanakan dengan lebih cepat ketika waktu kecemasan.
Dato' Chew See Seng
Dato’ Chew See Seng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Mpay
Kad diskaun
Antara jenama-jenama yang berkemungkinan akan bekerjasama

MAKLUMAT LANJUT

Kak Ti difahamkan program Mpay Kad Prabayar Negaraku ini akan dilaksanakan tak lama lagi. Walaupun mungkin ada diantara kita yang masih belum begitu memahami fungsi dan konsep program ini, kak Ti yakin bila dah dilancarkan nanti segalanya akan menjadi jelas dan nyata. Untuk korang yang berminat untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan program ni, korang boleh tengok kat bawah ni ek..

MPay Kad Prabayar Negaraku Mastercard: www.kadnegaraku.com.my

Kak Ti bersama rakan-rakan blogger yang turut hadir
Facebook Comments Box

2 thoughts on “Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard – Kearah Mendidik Masyarakat Menjadi Pengguna Bijak dan Berhemah

Leave a Reply

Your email address will not be published.