Jom Shoping Barangan Raya di Festival Ramadhan Putrajaya 2018
JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADHAN PUTRAJAYA 2018
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Pejam celik, pejam celik dan nak habis suku pertama tahun 2018 ni. Lebih kurang sebulan je lagi kita akan sambut Ramadhan lagi. Ya Allah.. Moga kita semua diperkenankan untuk bertemu Ramadhan lagi di tahun 2018 ni.
Ada tak antara korang yang tiap kali nak masuk bulan puasa, mulalah pasang niat nak shoping barangan raya awal. Konon-kononya nanti bila dah nak dekat raya tu tak perlulah nak beli persiapan raya tu last minute. Tapi selalunya yang terjadi adalah, besok nak raya malam tu baru kelam kelibut nak beli barangan raya.. Hmmmm..
SHOPING BARANGAN RAYA AWAL
Ni kak Ti nak bagitau kat korang satu Jualan Barangan Raya Festival Ramadhan Putrajaya 2018 akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadhan 1439).
Objektif Festival Jualan Barangan Raya 2018 ini adalah untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, dimana penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.
Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan.
AKTIVITI MENARIK, CABUTAN BERTUAH & ARTIS TERKENAL SERIKAN FESTIVAL
Festival Jualan Barangan Raya 2018 ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung dan cabutan bertuah dimana pengunjung berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta ataupun sebuah motosikal
Persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.
PROGRAM KEROHANIAN
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.
JENAMA TERKENAL TURUT SERTAI FESTIVAL JAUALAN BARANGAN RAYA 2018
Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.
Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.
Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL: Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)
Jom pakat pergi! Bagus jugak shopping awal untuk raya, takdelah kelam kabut nanti.