Kembali ke Kampung di Bufet Ramadhan 2018 AnCasa Hotels & Resort Kuala Lumpur

BUFET RAMADHAN 2018 ANCASA HOTEL & RESORTS PERKENALKAN LEBIH 100 SAJIAN MASAKAN TRADISIONAL KAMPUNG

Jemputan ke Preview Bufet Ramadhan 2018 di AnCasa Hotels & Resort ini merupakan antara jemputan yang memang kak Ti nanti-nantikan. Tau tak kenapa? Sebabnya.. Pengalaman kak Ti menginap kat Hotel AnCasa Royale Pekan, Pahang beberapa bulan yang lepas membuat kak Ti terus teringat-ingat dengan segala sajian yang kak Ti nikmati sepanjang tiga hari dua malam kak Ti kat sana.

Tapi, itukan kat Pekan, Pahang kak Ti.. Bukan AnCasa Hotel yang kat KL. Haaaa.. Memanglah. Sebab tu kak Ti kata kak Ti ternanti-nanti jemputan dari AnCasa Hotel KL. Kak Ti nak tau samaada yang kat KL ni mampu tak nak hidangkan sajian sesedap yang kat Pekan, Pahang. Hahahaha… Alaaa.. Kak Ti gurau je.. Setiap hotel pastilah ada kelebihan masing-masing kan.

Akhirya, jemputan itu pun hadir dan pada awal April yang lepas, kak Ti dan beberapa orang lagi rakan-rakan blogger menghadiri sesi Media Preview Ramadhan Bufet AnCasa Hotel Kuala Lumpur yang bertemakan “Kampung Boy” yang mengetengahkan masakan bercita rasa kampung.

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Pic courtesy of: Go Holiday Malaysia

Sejujurnya kan, walaupun kak Ti selalu nampak Hotel AnCasa yang terletak bersebelahan UTC Pudu (dulu dikenali sebagai Puduraya), Kak Ti takpernah pun jejakkan kaki kat situ, Tapi memandangkan lokasinya yang betul-betul kat tengah KL tu memang mudah sangatlah nak pergi ke sini.

Kalau korang malas nak mengadap jem kat KL yang tak pernah ada surutnya tu, eloklah korang pilih pengangkutan awam untuk ke sini. Tak yah pening-pening, korang boleh naik STAR dan turun kat Plaza Rakyat (Puduraya) atau kalau korang naik LRT dan turun di Masjid Jamek atau korang boleh tukar train kat stesyen-stesyen pertukaran  pastu naik STAR.

AIR KELAPA ASLI YANG MENYEGARKAN TEKAK

Sampai je kat Hotel, dan belum pun kak Ti sempat melabuhkan punggung, Cik Min bagitau kak Ti yang air kelapa kat sini sedap sangat. Original kelapa. Apa lagi, tanpa melengahkan masa, kak Ti pun letak bag dan terus menuju ke bahagian air. Air kelapa memang antara minuman kegemaran kak Ti tau tak kiralah bulan Ramadhan ataupun bukan.

Menariknya air kelapa kat sini, air dan isinya disajikan berasingan. Jadi kalau korang nak air sahaja pun boleh, nak air dengan isi kelapa pun boleh. Ya Allah, segarnya rasa kat tekak. Tak cukup segelas, kak Ti ulang lagi segelas. Alamak, ada harapan kenyang air ni. Walaupun air-air lain kat situ nampak menarik semua, tapi pandangan kak Ti tertutup dek air kelapa ni..Hahahaha..

Layan dessert dulu dengan air kelapa yang tak dan nak ambek gambar…

KEKALKAN HARGA DAN KONSEP ALA KAMPUNG

Sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan – pelanggan  pada tahun sebelumnya membuatkan pihak AnCasa Hotel membuat keputusan untuk mengekalkan konsep masakan ala kampung bagi bufet ramadhan 2018 AnCasa Hotel KL ini. Lebih 120 jenis masakan Melayu tradisional yang popular akan disajikan termasuklah pencuci mulut.

Aduhaii! Terliur beb…

Tambah menarik lagi, harga juga turut dikekalkan. Wow!  sangat kan.. Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitality berkata,

Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih lagi mengekalkan harga yang sama dengan tahun lepas dan harga yang kami tawarkan adalah amat berbaloi jika dibandingkan dengan harga Ramadhan Bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang lain.

MENU TRADISIONAL MELAYU

Bertemakan “Kampung Boy” gabungan idea dari cef – cef AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisioanal Melayu dan seni kulineri akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang akan disajikan pada kali ini. Pasti korang akan rasa seakan berbuka berbuka di rumah sendiri.

Antara masakan Melayu yang akan diperkenalkan pada Bufet Ramadhan 2018 di AnCasa Hotel kali ini adalah seperti Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Medina, Sotong Sumbat Sos Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan macam-macam lagi.

Untuk sajian pencuci mulut pula, antara yang turut disajikan adalah aneka kuih muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan pelbagai manisan lain. Oh, ya.. Bufet Ramadhan 2018 AnCasa Hotel KL ni, selain dari kuih muih tradisional, kuih muih moden pun ada tau. Jadi kalau korang tak berapa gemar dengan kuih muih tradisional, korang bolehla menikmati kek, tart, puding dan lain-lain lagi.

Aduh mak aih! Datang ke AnCasa Hotel memang hancuss lah diet korang semua termasuklah kak Ti sendiri.. Huhuhu.. Mananya tidak, semua makanan sedap-sedap korang. Serius! Udang goreng, Kambing golek sampai dua kali kak Ti repeat tau. Kuih, jangan cakaplah.. Memang seronok dan bahagia sangat mengulang-ulang ambil kuih. Tapi kan, kalau macam tu punya sedap, berbaloi tau nak hancusskan diet.. hahahaha

GERAI LIVE COOKING MENGIMBAU KENANGAN

Konsep gerai dan live cooking turut dikekalkan pada sesi Bufet Ramadhan 2018 AnCasa Hotel ini dan sebanyak 12 gerai akan dihias dengan tema “Kampung Boy”. ‘Homely dining experience’, itulah yang cuba diberikan oleh pihak AnCasa Hotel kepad para pelanggan yang datang menikmati juadah berbuka puasa di hotel ini.

Kak Ti yakin, dengan masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman, pasti ramai antra pelanggan-pelanggan yang datang akan terimbau kenangan dan nostalgia zaman kanak-kanak ketika berbuka puasa di kampung halaman menikmati enaknya masakan bonda.

HARGA BUFET RAMADHAN 2018 ANCASA HOTEL DAN INFO-INFO LAIN

Harga Buffet Ramadhan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur ni memang sangat-sangat berbaloi dan antara yang paling murah kat KL ni. Dengan apa yang korang akan nikmati, memang kak Ti gerenti korang pasti akan puas hati. Tak caya meh tengok harga yang ditawarkan:

Tarikh / Masa:

17 May – 13 Jun 2018 / 7.00pm – 10.00pm

Harga Biasa:

RM68.00 nett (Dewasa)

RM40.00 nett (Kanak-Kanak)

Harga Early Bird (Pembelian sebelum 12 May 2018):

RM58.00 nett

Alamat:

AnCasa Hotel & Spa

Jalan Tun Tan Cheng Lock

50500 Kuala Lumpur

Telefon: 03 2026 6060

Website: www.Ancasahotels.com

Facebook: facebook.com/Ancasa-Hotels-Resorts

Instagram: instagram.com/ancasahotels/

 

Facebook Comments Box

4 thoughts on “Kembali ke Kampung di Bufet Ramadhan 2018 AnCasa Hotels & Resort Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published.