Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey – Cara Mudah Untuk Bersedekan Makanan Pada Yang Memerlukan

INFAQ RAMADHAN 2021 BERSAMA DAPUR LAPOWEY – PROJEK GANDAKAN PAHALA

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Allahurabbi.. Sedar tak sedar kurang dari sebulan je lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan penuh keberkatan dan kemuliaan, bulan Ramadhan. Semoga Allah masih mengizinkan kita untuk bertemu bulan Ramadhan sekali lagi. Aamiin..

#Jalan Ke Syurga

Bercerita pasal bulan Ramadhan ni kan… Inilah bulannya di mana seluruh umat Islam akan berlumba lumba untuk memperbaiki amalan, menambah amalan dan berebut rebut untuk membuat kebaikan.

Ialah, sape tak nak ya dak.. Pahala berganda menanti mereka mereka yang beramal di bulan Ramadhan ni.. Antara amalan soleh yang amat digalakkan adalah infaq makanan. Dengan kata lain beri makan pada golongan yang berpuasa.

Pahala Bersedekah Dibulan Ramadhan

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalif Al Jauhari R.A menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. Riwayat Al-Tirmizi (807)

Infaq Ramadhan Cara Mudah, Sedap & Selamat

Situasi yang semasa melanda negara kita dan juga seluruh dunia yang dah berlarutan selama setahun telah banyak merubah gaya hidup kita termasuklah cara kita menjalani Ramadhan.

Ialah kan.. Dengan SOP ketat dan penjarakan sosial yang perlu dipatuhi, ini sudah pastinya sedikit sebanyak akan menyukarkan individu mahupun badan korporat yang bercadang untuk melaksanakan infaq Ramadhan terutamanya dalam menginfaq makanan.

Baru baru ini kak Ti berkesempatan menghadiri satu meeting bersama team KBBA berkenaan satu projek yang akan dijalankan oleh pihak Dapur Lapowey iaitu Projek infaq makanan pada bulan Ramadhan..

Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey

Kak Ti memang teruja bila dengar penerangan tentang projek Infaq makanan mereka.. Dalam hati terus cakap.. Alhamdulillah.. Mudahlah lepas ni untuk mana mana individu mahupun badan korporat yang nak jalankan program CSR syarikat mereka dengan berinfaq makanan pada bulan Ramadhan ni.

Kak Ti faham.. Bila kita nak bagi orang makan, biarlah kualiti makanan yang kita bagi tu yang baik betul tak.. Bukan setakat kualiti baik tapi yang paling penting rasanya perlulah sedap kan..

Dapur Lapowey Sediakan 6 Menu Pilihan Yang Sedap & Lengkap

Alhamdulillah.. Bab rasa ni tak perlu timbul kerisauan dan keraguan. Kak Ti dan beberapa rakan rakan KBBA telah diberikan peluang untuk merasai sendiri menu menu yang ditawarkan dalam Projek Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey dan MasyaAllah Tabarakallah, memang puas hati. InsyaAllah para penginfaq dan para penerima infaq tersebut pun mesti akan puas hati.

Secara peribadai kak Ti berpeluang merasai 2 daripada 6 menu menu yang ditawarkan iaitu Set Ayam Percik Merecik dan Set Nasi Beriani Daging Klate. Kedua duanya memang sedap dan puas hati makan. Bukan setakat rasanya yang sedap ia juga lengkap.

Setiap makanan yang dipilih akan disertakan dengan sayur sayuran, kurma dan juga air minuman. Packaging yang diguna pun sangat presentable iaitu setiap makanan diletakkan dalam compartment yang berbeza supaya tak bercampur aduk.

Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey - Set B

Untuk pilihan makanan .. Macam yang kak Ti sebutkan tadi, ada 6 pilihan menu yang para peng infaq boleh pilih dengan harga yang berbeza beza bagi memudahkan para penginfaq membuat pilihan mengikut kesesuaian budget masing masing.

Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey - packaging
Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey - Set C

Macam mana caranya kak Ti.. Ok.. Meh kak Ti sharekan macam mana cara untuk berinfaq makanan bersama Dapur Lapowey ni.. Mudah sangat.. Penginfaq hanya perlu menghubungi pihak Dapur Lapowey dan maklumkan berkenaan hajat nak berinfaq, pilih menu dan buat bayaran.

Kenapa Dapur Lapowey Perlu dijadikan pilihan?

  • Cara berinfaq yang dipermudahkan. Hanya perlu hubungi pihak Lapowey ( Kak Ti share kat bawah nombor yang boleh dihubungi ya) dan selebihnya akan disediakan oleh pihak Lapowey dari memasak, packaging hinggalah ke penghantaran
  • Ada 6 pilihan menu yang sedap sedap, lengkap dan selamat yang boleh dipilih oleh para peng infaq (rujuk gambar)
  • Harga yang berpatutan. Bermula dari serendah RM8 sahaja
  • Setiap set menu akan didatangkan dengan air mineral dan kurma yang sedap
  • Minima pax per order hanya 100pax dan penginfaq boleh memilih untuk meng infaqkkan makanan ini kepada badan kebajikan atau penerima yang penginfaq pilih atau serahkan sahaja kepada pihak Lapowey untuk menentukan kemana makanan yang diinfakkan tersebut akan dihantar
  • Minima tempahan 100pax boleh diagihkan kepada 2 lokasi yang berbeza pada hari yang sama (cth 50pax badan kebajikan A & 50pax badan kebajikan B) atau dihantar ke lokasi yang sama namun jumlah 100pax dibahagikan menjadi 2 hari (cth 50pax hari Khamis & baki 50pax hari Jumaat)
  • penghantaran adalah percuma untuk seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Tapi sekiranya berhajat untuk menghantar infaq makanan ini ke luar dari kawasan tersebut, boleh berbincang lanjut dengan pihak Lapowey
  • Tempahan awal adalah amat digalakkan bagi memudahka prosese penyediaan dan juga proses penghantaran nantinya.
Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey - Menu pilihan

Telus Dalam Melaksanakan Projek Infaq Ramadhan

Untuk menghilangkan segala keraguan dan membuktikan ketelusan mereka bahawa makanan telah selamat disampaikan kepada penerima, pihak Lapowey akan menghantar bukti kepada pihak peng infaq dan juga memuat naik ke media sosial (tanpa mendedahkan butiran butiran peng infaq).

Oh ya. Untuk Projek Infaq Makanan 2021 bersama Dapur Lapowey ni, pihak peng infaq bukan saja boleh infaq makanan pada rumah kebajikan tapi boleh juga meng infaq kan makanan pada frontliners ataupun untuk staff staff sendiri.

Kepada yang berminat nak berinfaq melalui Projek Infaq Ramadhan 2021 bersama Dapur Lapowey atau nak dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan projek ni bolehlah hubungi nombor mombor yang kak Ti bagi kat bawah ni:

Untuk info lanjut atau kiranya berminat , boleh terus hubungi mereka di :

Website : www.lapowey.com

Facebook : Lapo Wey

Instagram : instagram.com/lapo_wey

Office : 03-77341278

Call/Wasap Person Incharge :

www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)

www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)

www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)

www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)

Facebook Comments Box

1 thought on “Infaq Ramadhan 2021 Bersama Dapur Lapowey – Cara Mudah Untuk Bersedekan Makanan Pada Yang Memerlukan

Leave a Reply

Your email address will not be published.