I’m Back!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan sesugguhnya Muhammad s.a.w adalah pesuruhNya.. Allahummashalli ‘Ala Muhammad, Wa ‘Ala ‘Ali Muhammad…
Ya ampun! lamamya tak jenguk blog kesayangan ni.. Sampaikan nak log in pun problem tadi.. Bukan setakat password, email yang guna untuk log in blog ni pun dah lupa.. Nasiblah boleh recover semula..
Hmm.. kita nak start ngan apa ek.. Oh ya!.. saje la nak share ni.. Alhamdulillah.. Thesis yang sekian tahun diperjuangkan akhirnya selesai jugak… Ya Allah legaaaa!! sangat.. tak tau nak habaq lah macam mana leganya perasaan ni. Walapun belum lah boleh dikiri selesai sepenuhnya sebab baru hantar kat supervisor untuk disemak.. tapi sekurang kurangnya dah selesai dari chapter 1 sampailah ke chapter final… Doa, usaha, tawakkal.. Moga Allah permudahkan segalanya.. Aaamiinn…
Dah selesai thesis ni bolehlah fokus kat ByTSM, my online Muslimah boutique apparel pulak.. Semoga lepas ni ByTSM akan lebih berjaya, lebih maju, lebih dikenali dan dapat membantu lebih ramai Muslimah untuk bergaya dan berfesyen yang patuh syariah.. Nak bergaya tak salah kan.. Dah memang fitrah kita sebagai wanita sukakan kecantikan dan keayuan.. Tapi yang paling penting.. garis panduan yang telah ditetapkan wajib dipatuhi.. Janganlah kerana gaya kita perlu mengusung dosa pulak kan.. InsyaAllah di ByTSM, kami amat mementingkan aspek aurat sesama muslimah dan berusaha meyediakan hanya produk – produk yang mengikut garis panduan berpakaian untuk muslimah yang telah disyariatkan oleh agama.. InsyaAllah..
Belakangan ni me and my dearest partner start aktif balik dengan aktiviti aktiviti outdoor. Almost everyweekend jugaklah kami beraktiviti.. mana yang laluannya mudah.. kami angkut sekali semua anak anak.. kalau kebetulan masa tu teruna pertama n teruna kedua kami balik dari madrasah, diorang pun kami angkut.. kadang-kadang si kecik yang baru masuk 3 years tu pun kami bawak jugak.. The best part is they enjoyed the outdoor activities.. Especially yang nombor 3 and dak kecik yng baru 3 taun tu..
Ok.. part yang outdoors tu nanti kita cite lebih panjang lagi ek.. Me memang dah berazam nak sharing sharing kat blog kesayangan ni.. Mana-mana aktiviti kami yang kami rasa bermanfaat untuk di share.. InsyaAllah akan disharekan.. Be it tempat melancong yang best, tempat makan yang best, tempat beraktiviti yang best and macam-macam lagi.. Tunggu ek.. Let’s pray that blog kesayangan ni tak lagi jadi sarang labah-labah… InsyaAllah akan diusahakan supaya tak lagi terbiar sepi.. That’s it for now.. InsyaAllah till next time..
Facebook Comments Box
Selamat berblogging, tati