SOTO ISTIMEWA MUDAH DAN SEDAPT …. RESEPI YANG PASTINY LAIN DARI YANG LAIN
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w…
CARA – CARA
Alhamdulillah.. Hari ni merupakan hari Jumaat pertama bulan Ramadhan tahun ni. Kak Ti doakan semoga semua pembaca yang sudi singgah ke sini akan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aaamiinn..
Petang-petang macam ni para mak mesti dah mula pening kepala. Menu apalah yang nak dihidangkan untuk buka puasa nanti.Takkan hari-hari nak pegi bazar kan. Boleh lari tau budget raya kalau hari-hari pegi bazar tu. Inilah dilema yang akan dihadapi oleh para mak ni untuk InsyaAllah forever’. Be it Ramadhan atau pun hari hari biasa. Dilema ni akan jadi especially untuk para suri hati incik suami dan anak-anak yang kerjayanya memang menguruskan rumah dan keluarga.
Oklah.. Meh kak Ti bantu bagi idea. Apa kata hari ni buat soto. Soto bukan sebarang soto tau. Soto ni lain dari yang lain. Kak Ti gerenti korang mesti tak pernah rasa kat tempat lain.. ahakkssss.. poyo gila statement kan. Tapi sungguh.. kawan-kawan kak Ti yang pernah rasa soto dari resepi bonda kesayangan kak Ti ni, mesti akan request kak Ti masak soto ni bila diorang nak datang ke rumah atau bila kak Ti buat makan-makan. Oklah without further ado, here comes the recipe….
BAHAN-BAHAN
(A) – Bahan untuk dikisar buat rempah
- 300g Bawang Merah ( campur bawang besar & bawang kecik)
- 180g Bawang putih
- 13g Lada putih
- 100g Halia
- 4 biji Cengkih
- 1batang Kayu Manis
- Sedikit Buah pala
- Garam dan perasa secukup rasa (secukupnya)
(B) – Bahan-bahan lain
- Nasi impit, Yang ni kalau kak Ti makan soto wajib ada. Ada orang tak suka. So ikut suka ampa la. Nak boh boleh, tak mo pun takpa
- Bihun (Celur la ikut gaya mana pun)
- Taugeh
- ayam yang telah diracik-racik
- Bergedil (Hat ni nanti Kak Ti share resepinya ya)
- Daun sup
- Cili padi*
- Kicap manis*(Bahan bertanda * tumbuk atau blend sekali untuk jadikan sambal kicap)
- Limau nipis
- kacang tanah (ada orang suka. Tapi Kak Ti personally kurang gemar. So memang tak letak)
CARA – CARA
1. KUAH SOTO
- Kisarkan semua bahan-bahan A hingga halus
- Panaskan minyak, bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
- Bila dah masak, tutup api ketepikan
- Rebus ayam (air tu agak-agak cukup untuk seekor ayam) bersama dengan sebatang kayu manis, 3 biji cengkih dan secubit asam jawa (secubit je tau.. kang masam pulak kalau banyak sangat)
- Setelah air rebusan mendidih, masukkan rempah soto yang dah disediakan awal-awal tadi.
- Banyak mana rempah yang dimasukkan, bergantung pada selera masing-masing. Kalau suka kuah soto yang aga kuat rasa rempahnya, lebihkan rempah yang dimasukkan kedalam rebusan ayam tu. Sebaliknya kalau suka kuah soto yang mild je rasa rempahnya, kurangkan rempah yang dimasukkan. (Kalau susah sangat nak agak, masukkan je rempah tu lebih kurang pastu kang lepas buka adjustlah balik rasa dia.. Senang je sebab rempah tu kan disdiakan berasingan)
- Kalau rasa nak goreng ayam tu, jangan rebus lama sangat, Agak-agak 3/4 masak, keluarkan dan ketepikan untuk digoreng.
- Okkay dah siap kuah soto kita.
2. CARA PENYEDIAAN
- Masukkan nasi impit, bihun, taugeh, ayam, bergedil dan kacang tanah ke dalam mangkuk. (Banyak mana nak boh ikutlah tahap kelaparan masing-masing)
- Taburkan daun sup dan sambal kicap (Kak Ti tak berapa tahan pedas sangat, tapi suka kuah soto tu berkicap. So biasanya kak Ti akan letak sikit sambal kicap pastu tambah je kicap biasa sesuka hati)
- Tuangkan kuah ke dalam mangkuk. Taadaaaa.. Soto ready untuk di makan. Nak lagi ummphh biasanya kak Ti perah limau nipis. Hmmmm… memang sehari suntuk makan soto pun takpe. (Kalau bukan bulan Ramadhan la kann.. Kalau masa Ramadhan ni, makan time buka and time moreh..)
** Rempah soto yang dah ditumis ni boleh buat banyak-banyak tau. Just gandakan amount bahan-bahan tu. Pastu bolehlah simpan dalam tempat beku. anytime nak buat soto atau sup bolehla keluarkan dari tempat beku dan guna. Dah jimat masa kan.
Facebook Comments Box
sedapnya kak… lapar dah ni.. huhu..
Perghh menarik tertarik memang DA BOOM
Miera & Shah sempat lagi kalau nak prepare utk buka hari ni..