AEON Nilai Sambut Hari Kebangsaan Dengan Tema “Kita Merdeka Kami Anak Malaysia”- Meriah Dan Penuh Semangat Patriotik
HARI KEBANGSAAN KE 65 DISAMBUT PENUH MERIAH DI AEON MALL NILAI
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Bergema laungan kata keramat ni di AEON Nilai pada 31 Ogos 2022. Penuh bersemangat kak Ti dan pengunjung pengunjung lain turut sama melaungkan kata keramat ni. Alhamdulillah, 31 Ogos 2022 ni adalah merupakan sambutan hari Kebangsaan yang ke 65 untuk Malaysia. Dengan kata lain, telah 65 tahun kita bebas dari cengkaman penjajah.
Selama dua tahun kita tak dapat meraikan hari kebangsaan dan bila tahun ni sambutan hari Kebangsaan kembali diadakan, sambutan tersebut memang terasa sangat semangatnya. Tahun ini rakyat Malaysia dari seluruh negara bersama sama dengan penuh semangat patriotisme turun ke Dataran Merdeka untuk meraikan tanggal keramat ini.
Keluarga Malaysia Teguh Bersama – Tema Hari Kebangsaan ke 65 2022
“Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Itulah tema sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2022 ini. Bagi membentuk sebuah negara berdaulat dan berwawasan, jati diri dan semangat patriotik seluruh rakyat Malaysia perlu diperteguhkan. Dan ianya hanya akan dapat terlaksana dengan adanya dukungan dari semua keluarga Malaysia tidak kira apa jua latar belakang samaada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan.
Bagi memastikan sambutan hari Kebangsaan tahun ini menjadi sesuatu yang istimewa khasnya kepada warga Nilai, AEON telah melaksanakan sambutan hari Kebangsaan dengan pelbaga aturcara yang tentunya menarik dan bagi memupuk semangat cintakan negara, acara nyanyian lagu Negaraku dituruti dengan laungan bacaan ikrar bersama seluruh pengunjung AEON Nilai turut diadakan.
Lagu Negaraku & Bacaan Ikrar Rukun Negara Bergema di Semua Cawangan AEON
Terasa semangat tu mengalir dalam diri dan seriously meremang bila tengok semua turut menyanyi lagu negaraku dan membaca ikrar rukun negara dengan penuh bersemangat. Kalau korang nak tau, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Rukun Negara telah diadakan secara serentak di semua cawangan AEON di seluruh negara dan tahun ini bukanlah kali pertama AEON melakukannya kerana pada tahun lepas AEON telah mengukir sejarah apabila memegang rekod “Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian lagu Kebangsaan Secara Serentak”.
Perlaksanaan aktiviti aktiviti sosial yang sihat ini merupakan salah satu usaha AEON bagi memberikan pengunjung pengunjungnya peluang untuk merasai satu pengalaman baru dan bukan hanya ke AEON untuk berbelanja semata mata. iarpun sambutan hari Kebangsaan di AEON ini diadakan secara sederhana, kemeriahan dan semangatnya tetap terasa.
Pelbagai Aktiviti Menarik di AEON Mall Nilai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 65
Pelbagai acara menarik telah diaturkan untuk pengunjung pengunjung AEON Nilai sepanjang hari tersebut dimana antaranya adalah demonstrasi memasak, sesi meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar secara percuma, pertandingan busker dan banyak lagi.
Kempen “Kita Merdeka Kami Anak Malaysia” AEON turut bekerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan turut dihadiri serta diserikan oleh kehadiran YB. Dato’ Razali Ab Malik. Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Ayob Majid, Presiden IRAMA, Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kesuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.
Tingkatkan Pengetahuan dan Dapatkan Maklumat Terkini
Selain dari itu, sambutan hari Kebangsaan di AEON ini juga turut dimeriahkan oleh booth booth dari pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Anti Dadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). Secara tak langsung, dengan adanya booth booth ini, ianya dapat dimanfaatkan oleh pengunjung bagi mendapatkan pengetahuan dan maklumat terkini dari agensi agensi terbabit.
Kempen “Kita Merdeka Kami Anak Malaysia” di AEON Nilai ini telah berlangsung dari jam 10 pagi hingga ke jam 10 malam yang mana ianya bukan hanya diadakan di dalam AEON Mall malah turut diadakan di perkarangan AEON Mall Nilai ini. Bukan hanya sekadar pamearn motor, persembahan beberapa artis jemputan ternama dan buskers turut disediakan untuk pengunjung AEON Mall Nilai.
Secara peribadi, sambutan hari Kebangsaan yang diadakan di AEON Mall Nilai ini memang sangat mengujakan dan penuh dengan semangat patriotisme dan yang paling penting dapat sedikit mengubati rasa terkilan kak Ti sebab tak dapat turut serta meraikan hari Kebangsaan yang telah dua tahun tidak diadakan. Terima kasih AEON atas inisiatif yang sangat bermakna ini.
Jom Tengok kemeriahan sambutan Hari Kebagsaan ke 65 di AEON Mall Nilai. https://www.facebook.com/1654456172/videos/482976483648291/
Read also: BERKAT KORBAN AEON 2022 – KEMBALI UNTUK TAHUN KE 3
Waaahhh meriahnya