Lawatan Kerja KBBA9 ke Hab Halal JAKIM Pusat Informasi Halal Anda – Semak Sebelum Sebar

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Maksudnya: ” Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. ” (Al -Baqarah : 168)

Mencari yang Halal itu adalah fardhu bagi setiap Muslim. Malangnya ramai diantara kita yang masih keliru tentang Halalnya sesuatu produk atau premis atau apa-apa sahaja perkara yang ada melibatkan Halal/Tidak Halal  sehingga ada dikalangan individu yang dengan sewenang-wenangnya mentularkan (viral) sesuatu isu atau perkara tanpa mendapatkan informasi lengkap tentang isu atau perkara tersebut.

Kak Ti yakin insan-insan yang memviralkan sesuatu isu ini adalah insan-insan yang prihatin akan kemaslahatan Ummah dan hanya berniat untuk berkongsi maklumat yang mereka dapat. Namun, alangka molek dan lebih bagus lagi kiranya kita menjadi orang yang bertanggungjawab dan maklumat yang ingin diviralkan itu telah disahkan kesahihannya terlebih dahulu sehingga tidaklah kita tergolong dalam golongan yang jadi agen-agen penyebar fitnah kan.

Fitnah ni kesannya amat dahsyat hinggakan Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 dan 217: Maksudnya: “Fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan / Fitnah itu lebih besar dari pembunuhan.” (Al-Baqarah:191/217).

Alhamdulillah, pada hari Isnin 4/12/17 yang lepas, kak Ti bersama 11 lagi rakan blogger dari KBBA 9 telah dijemput menghadiri satu perjumpaan bersama dengan pegawai JAKIM di bahagian Hab Halal untuk sesi penerangan tentang dua perkara utama iaitu Penjelasan Tentang Isu-Isu Halal yang sering kali diviralkan dan juga tentang proses serta prosedur Pensijilan Halal.

SEMAK SEBELUM SEBAR 

Lately ni kan.. Apatah lagi dengan kadar penggunaan media sosial  dan juga jumlah pengguna yang semakin meningkat, terdapat seakan satu tabiat baru dalam masyarakat kita iaitu penyebaran maklumat. Tabiat suka menyebarkan maklumat tu pada dasarnya memanglah bagus, tapi yang tak bagusnya bila maklumat yang disebarkan tu tak disemak dulu kesahihanya pastu terus diviralkan.

Tabiat suka memviralkan sesuatu maklumat atau isu tanpa usuk periksa ni terutamanya bila berkaitan dengan sesuatu perkara yang dapat menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau agama kesannya amatlah tak elok untuk keharmonian negara kita yang berbilang kaum ni dan agama ni.

Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM

Apatah lagi bila isu yang diviralkan tu adalah isu yang berkenaan dengan status Halal.. Ini memang boleh menimbulkan kegelisahan terutamanya kepada maysarakat Islam. Ialah, isu Halal ni bukan isu main-main tau terutamanya bila berkaitan dengan status Halal atau Haram sesuatu makanan, Restoran dan lain-lain.

Nak viralkan sesuatu isu memang mudah sangat sekarang ni. Tapi sebaiknya sebelum sesuatu isu itu diviralkan, apa kata rujuk dulu kepada yang pakar atau berilmu dalam bidang tersebut. Contohnya kalau berkenaan isu Halal atau Haram eloklah dirujuk dulu pada JAKIM dan agensi yang berautoriti.

Allah s.w.t telah mengingatkan kita dalam surah An-Nahl, ayat 43 tentang merujuk kepada yang berilmu bila kita ada kemusykilan tentang sesuatu perkara. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl:43).

JAKIM TAK BUAT APA-APA BILA ADA ISU HALAL YANG VIRAL?

“Haipppp!! Makan boleh sebarang makan Din.. Kalau bercakap tu pandang-pandang sikit”.

Yang sebenarnya kan.. Mengikut Penolong Pengarah Komunikasi Korporat (SKK) Unit Media, Ustaz Luqman Nul Hakim Samad, Pihak JAKIM tak hanya berdiam diri bila ada isu-isu yang berkenaan Halal dan Haram yang diviralkan oleh insan-insan yang kurang bertanggungjawab. Pihak JAKIM  ada garis panduan dan kaedah yang telah ditetapkan bagi menangani sesuatu isu yang diviralkan tu.

Ustaz Luqmanul Hakim

Untuk menangani sesutu isu yang sedang viral, pihak JAKIM ada 4 kaedah utama bagi menanganinya iaitu:

  1. Memastikan setiap isu-isu Halal yang viral dan berulang dijawab dalam tempoh 4 jam bagi mengelakkan ‘further damage’ dan penyebaran yang lebih luas;
  2. Bekerjasama dengan eksekutif-eksekutif Halal dari syarikat-syarikat yang berkenaan dalam memperoleh maklumat berkenaan isu Halal tersebut;
  3. Sehingga kini JAKIM telah mengeluarkan 51 kenyataan rasmi dan dikoleksikan mengikut isu di Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM bagi menjawab isu-isu yang viral;
  4. Menganjurkan seminar, kempen dan ceramah berkenaan kesedaran Halal.

ISU-ISU VIRAL HANGAT

Korang ingat lagi tak isu-isu Halal yang pernah viral. Ada sesetengah isu tu kadang lepas bertahun-tahun pun boleh timbul lagi dan jadi viral semula. Antara yang famous macam gambar-gambar yang kak Ti share kat bawah ni..

Antara isu-isi yang hangat diviralkan..

Banyak lagi sebenarnya isu-isu berkenaan Halal ni yang pernah diviralkan. Kadang Kak Ti sendiri pun sampai jadi ragu dan was-was dengan status sesuatu produk tu. Masa tu kak Ti sendiri pun tak tau kat mana nak cari maklumat tentang kesahihan sesuatu isu tu. Tapi sekarang Alhamdulillah korang dah tak payah risau. Bila ada je sesuatu isu korang boleh terus semak kat Facebook JAKIM ni.

Memetik kata-kata Ustaz Luqman ” Islam itu indah dan mudah. Jika kita berhadapan dengan keraguan tentang stataus sesuatu terutamanya makanan, lebih baik kita tinggalkan. Tak perlulah kita jadi orang yang menyebarkan fitnah dan menimbulkan keraguan kepada sesama Muslim. Kalau shubhah, tinggalkan. Itu je. Islam itu agama mendidik bukan menghukum.”

PENSIJILAN HALAL

Ni kak Ti nak tanya, apa yang korang tau pasal pensijilan Halal ni? Mesti ramai yang kurang faham tentang apa itu pensijilan Halal sebenarnya. Takpe.. kita serupa.. Hahaha.. Tapi itu sebelum lawatan kerja kami ke JAKIM lah. Sekarang, Alhamdulillah sikit sebanyak kak Ti tau la jugak pasal pensijilan Halal ni dan inilah yang kak Ti nak kongsikan dengan korang..

Tn. Mohd Fakarudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM

Untuk pengetahuan korang, pensijilan Halal ni adalah permohonan yang berkonsepkan  sukarela. Pengusaha-pengusaha yang membuat permohonan sijil Halal ni adalah biasanya pengusaha-pengusaha yang ingin menambah nilai ke dalam produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan dan biasanya target mereka adalah Muslim.

Bukan mudah sebenarnya nak dapatkan sijil Halal ni tau, tapi yang pasti ia juga tak susah. Selagi segala syarat dipatuhi sijil Halal akan dikeluarkan untuk pemohon tersebut. Proses untuk mendapatkan sijil Halal ini biasanya akan mengambil masa antara 15-30 hari dari tarih pembayaran permohonan yang berjumlah RM200.00 sahaja.

Apaaaa?? RM200.00 sahaja? Ia betul. Itulah jumlah bayaran yang perlu di bayar bagi permohonan sijil Halal. Kak Ti tau, kat luar sana ada je insan-insan yang suka mengambil kesempatan dan mengenakan harga yang tak masuk akal untuk permohonan sijil Halal ni. Yang lebih dahsyat, bila permohonan berhadapan dengan masalah, pegawai JAKIM jugak yang disalahkan..

Restoran yang dinyatakan TIDAK HALAL- Naughty Nuri’s

Ok… Sedikit info tambahan berkenaan dengan sijil Halal ni ya.. Restoran yang menjual produk-produk alkohol tidak boleh mendapatkan sijil Halal. Setiap restoran yang ingin memohon sijil Halal wajib mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang chef Muslim. Restoran yang beroperasi secara franchais tidak boleh memohon sijil Halal secara berasingan dan perlulah memohon secara berkumpulan. Dengan kata lain, setiap cawangan wajib mohon kalau nak sijil Halal tu.

Oh ya satu lagi, korang jugak boleh check QR code logo Halal yang dipamerkan di sesuatu premis bagi membuktikan ketulinannya. Bukan apa, ada sesetengah premis tu dok la tampal logo Halal. Yang kita pun confidentla masuk kedai tu.. Rupa-rupanya logo Halal tu adalah milik supplier dia.. Hmmm..

SYARAT-SYARAT PENSIJILAN HALAL

Proses untuk mendapatkan sijil Halal ini adalah proses yang dikawal dengan teliti dalam semua aspek . Antara aspek-aspek yang ditekankan dalam proses ini adalah aspek aspek seperti premis, pekerja, cara penyediaan, penyembelihan, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, pembersihan, pembasmian dan proses pengeluaran. Kat bawah ni kak Ti sharekan Syarat-syarat untuk memohon Pensijilan Halal Malaysia:

  • Mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai lesen perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT_ atau Surat Akuan Dari Agensi Kerajaan (Bagi yang tidak mempunyai PBT)
  • Telah beroperasi sepenuhnya sebelum permohonan dibuat
  • Mengeluar/mengendalikan produk Halal sahaja

LOGO HALAL NEGARA LUAR

Kalau korang ke pasaraya, korang perasan tak kadang korang akan nampak logo yang ada kat produk tu berbeza dengan logo Halal Malaysia. Pastu mulalah rasa was-was kan. Mesti dalam kepala mula fikir.. Entah betul entah tidak ligo ni..

Ok.. Korang jangan risau. Yang sebenarnya JAKIM telah mengiktiraf logo Halal dari lebih 67 logo Halal dari 41 buah negara di seluruh dunia. Untuk senarai logo-logo Halal dunia yang diiktiraf JAKIM, korang boleh tengok kat SINI. Jadi lepas ni, bila korang keluar negara, mudahlah untuk korang check logo Halal yang ada pada sesuatu produk tu kan. Kat bawah ni kak ti sharekan logo-logo Halal yang terdapat di negara-negara yang sering menjadi destinasi pelancongam rakyat Malaysia.

“Sampaikanlah walau hanya satu ayat”. Semoga perkongsian Ilmu yang kat Ti dapat semasa lawatan ke JAKIM ini dapat memberi manfaat pada korang. Terima kasih yang terhingga kepada pihak JAKIM, Bahagian Halal Hab kerana sudi menjemput kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) untuk perkongsian ilmu yang sangat bermakna ini. Syabas dan tahniah kepada KBBA9 kerana ini merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan buat semua.

Team KBBA9 bersama Tn Fakarudin

Untuk maklumat lanjut/pertanyaan/aduan/ korang boleh rujuk kat:

https://www.facebook.com/HabHalalJakim/

Atau korang boleh juga direct ke :

Aras 6&7, Blok D,

Kompleks Islam Putrajaya (KIP),

No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,

62100 Putrajaya.

Tel: 03-8892 5000

Facebook Comments Box

5 thoughts on “Lawatan Kerja KBBA9 ke Hab Halal JAKIM Pusat Informasi Halal Anda – Semak Sebelum Sebar

Leave a Reply

Your email address will not be published.