Game Online Solitaire Jadi Pilihan Untuk Elakkan Stress

GAME ONLINE MAMPU BANTU HINDARI STRESS BERLEBIHAN UNTUK KUALITI HIDUP YANG BAIK

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji hanya bagi Allah swt serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Suka main game online? Bila sebut main game online ni biasanya kita hanya akan disajikan dengan sisi buruk bermain game online ni. Dan biasanya yang banyak terlibat game online ni adalah para remaja. Namun tak kurang juga orang-orang dewasa yang terjebak dengan permainan game online.

Kalau tanya samaada kak Ti suka tau tak main game online, jawapannya adalah tak. Tapi bukanlah bermakna kak Ti tak main game online langsung. Biasanya kak Ti akan main game sekejap bila dah rasa tepu sangat dengan kerja-kerja yang tak pernah ada kesudahanya.

Tau tak korang yang bermain game online ni sebenarnya kalau kita mampu kawal dan tak sampai jadi tabiat buruk dapat membantu mengurangkan stress? Ialah, kalau ikutkan kerja-kerja kita sehari hari memang tak akan pernah ada habisnya. Tak kiralah samaada kerja pejabat untuk yang bekerja mahupun kerja-kerja kat rumah, ada je yang nak kena buat. Tak dapat dinafikan, rutin seharian yang macam ni lama kelamaan pasti akan menimbulkan stress dalam hidup kita.

STRESS BERAKIBAT BURUK DALAM KEHIDUPAN

Umum tahu, stress yang dibiarkan pasti akan mempengaruhi kualiti hidup kita dan akhirnya akan mengakibatkan bukan sahaja masalah kesihatan bahkan akan mempengaruhi hubungan kita dengan orang-orang sekeliling kita. Lebih malang bila ada diantara mereka yang mengalami masalah stress yang teruk akhirnya memilih jalan singkat iaitu dengan memilih untuk lari dari stress dengan cara yang tidak sepatutnya.

So, kalau korang rasa stress, jangan biarkan tau. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Macam kak Ti cakap kat atas tu, salah satu cara yang kak Ti lakukan bila dah terlalu tepu kak Ti akan beralih sekejap untuk main game online. Kak Ti ingat lagi, antara game online yang kak Ti selalu main adalah Solitaire. Free je tak payah nak bayar-bayar bagai untuk main. Siapa ingat game ni? Ini adalah antara game online terawal yang ada kan.

GAME ONLINE SOLITAIRE PILIHAN DARI DULU

Nak ikutkan, itu jelah game yang kak Ti suka main masa tu. Kak Ti suka main Solitaire ni sebab bagi kak Ti game Solitaire ni tak berat dan tak perlu nak fikir banyak sangat. Main santai-santai je. Itulah pun tujuannya kan. Santai-santai sambil relieve stress dari mengadap rutin harian kita.

Ok.. Ni kak tanya. Korang pernah tak main game solitaire ni? Kalau korang nak tau, game solitaire ni asalnya dimainkan dengan menggunakan kad (kad pakau/daun terup) dan telah mula dimainkan sejak abad ke-18 lagi dan menjadi salah satu permainan yang sangat popular dikalangan masyarakat Inggeris pada abad ke 19.

Sesuai dengan perubahan zaman, pada tahun 1980an permainan solitaire menjadi salah satu permainan yang popular yang dapat dimainkan secara online dikomputer peribadi. Permainan solitaire secara online menjadi lebih mudah dan menarik sebab pemain dah tak payah nak mencampur adukkan kad pakau secara manual dan pegang kad pakau. Semuanya komputer yang akan buatkan.

Sekarang ni kan lagi senang. Rasa rasa tak tau nak main, pegi je Youtube. Banyak vloggers dan share tutorial cara nak main permainan solitaire ni. Kata nak release stress kan. Jadi buat apa pening-peningkan kepala.

Macam ni rupanya starting dia.
Kalau dah rupa mcam ni maknanya kita dah berjaya susun kad-kad tu

JANGAN JADIKAN SATU TABIAT BURUK

Cuma kak Ti nak pesan sikitlah. Walau macam mana syok pun, jangan pulak kita sampai leka dengan permainan online sampai lupa tanggugjawab yang lain. Ini yang buat ramai orang berpersepsi buruk tentang permainan game online ni. Lagi satu, jangan dok gatal gatal tangan nak berjudi online pulak dengan solitaire ni. Ingat, tak kiralah online ke offline ke, JUDI adalah haram ya.

OKlah.. Untuk korang yang nak release stress dengan game Solitaire ni, korang boleh main kat sini solitaire.org ni. Bukan setakat Solitaire je tau. Ada banyak lagi permainan yang korang boleh cuba. Macam kak Ti, selain dari solitaire kak Ti suka main “5 stack black jack“. Korang cubalah. Rehatkan minda sekejap.

Facebook Comments Box

Leave a Reply

Your email address will not be published.