Fun Run Khas Untuk Kanak-Kanak – Kids Eco Dash 2.0 2017

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Korang perasan tak.. Banyak sangat penganjuran event larian lately ni.. Macam-macam event larian ada. Kebanyakan event dijalankan pada waktu pagi, tapi ada jugak event yang dijalankan waktu malam. Kak Ti suka jugak aktiviti-aktiviti macam ni, tapi atas beberapa faktor kak Ti jarang sangat join event larian ni. Tapi kan, kebanyakan atau boleh kak Ti katakan hampir kesemua event-event larian ni untuk penyertaan orang dewasa sahaja. Kalaupun ada yang bawak anak-anak, biasanya anak-anak tak dapat pun race kit atau medal. Padahal itulah salah satu yang menjadikan event larian ni menarik kan..

KIDS ECO DASH, FUN-RUN KHAS UNTUK KANAK-KANAK SAHAJA

Baru-baru ni kak Ti dapat info pasal satu event fun run yang dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja yang akan dijalankan pada 28 Oktober ni. kalau nak diikutkan Kids Eco DashFun Run for Kids Only dah masuk kali kedua dah penganjurannya. Event pertama dah pun dijalankan pada 15 oktober yang lalu kat Taman Botani Negara, Shah Alam yang telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan.

Kids Eco Dash Fun Run 1.0 Shah Alam – Gambar dari Bernama

Kids Eco Dash Fun Run terbuka untuk kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun. Fun Run ni bukan bertujuan untuk seronok semata-mata tau.. Event yang mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Malaysia ini adalah untuk menggalakkan anak-anak  menyertai aktiviti luar dan juga untuk mendidik anak-anak ini mencintai alam sekitar. Ialah sambil berlari sambil menikmati alam sekitar kan.

Kids Eco Dash Fun Run for Kids Only

Dengan menyertai event ini anak-anak akan menerima ‘race kit’ sebagaimana ‘race kit’ yang biasa diterima oleh orang dewasa yang menyertai event-event larian. Anak-anak akan menerima Medal, T-Shirt, Goodies Bag dan juga Race Bib. Tapi yang paling penting kan, anak-anak ini akan dapat merasai keterujaan dan debaran bertanding seumpama event larian orang dewasa tapi dengan jarak yang mampu dicapai oleh mana-mana kanak-kanak dengan apa jua tahap ‘fitness’ mereka. Wah! Mesti anak-anak akan seronok dan teruja sangat kan.

‘Race Kit’ yang akan diterima oleh anak-anak
Panduan memilih saiz baju kanak-kanak

KATEGORI-KATEGORI LARIAN

Terdapat tiga kategori untuk event Kids Eco Dash Fun Run 2.0 yang akan dilangsungkan di Taman Eko Rimba Bukit Nenas ini. Kategori pertama adalah “Caterpillar” untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dan jarak larian adalah sejauh 0.8km. Kategori kedua adalah “Rabbit” untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun dan jarak larian adalah sejauh 1.5 km. kategori yang terakhir pula adalah “Tiger” untuk kanak-kanak yang berusia 10 – 12 tahun dan jarak lariannya pulak mestilah lagi jauh kan iaitu sejauh 3 km. Yuran penyertaan untuk setiap kategori ni sama je iaitu Rm35.00. 

Jadual Kids Eco Dash Fun Run 2.0

PENDAFTARAN SEBAGAI SUKARELAWAN (IBU BAPA)

Khas untuk ibu bapa yang mendaftar anak-anak untuk menyertai event ni, mereka juga digalakkan untuk mendaftar sebagai ‘sukarelawan. . Untuk para sukarelawan ni, pihak penganjur akan menberikan tugasan-tugasan tertentu yang akan dimaklumkan pada hari event tersebut. Nak jadi sukarelawan ni free je tau.. Tapi bila mendaftar sebagai sukarelawan, mereka akan menerima sehelai T-shirt dan secara automatik akan berdaftar dibawah program sukarelawan.

Panduan memilih baju bagi sukarelawan (Ibu bapa)

Ok lah korang.. Untuk sebarang info lanjut.. Korang boleh check kat Link yang kak Ti bagi kat bawah ni ek..

Facebook: Kids Eco Dash

Pendaftaran: Pendaftaran Kids Eco Dash

TIPS UNTUK IBU BAPA

Ok.. sebelum kak Ti mengundur diri.. chewah.. Kak Ti nak share tips sikit untuk ibu bapa yang daftarkan anak-anak untuk event larian ni.. Kak Ti tau semua parents yang daftarkan anak-anak untuk event ni parents yang bertanggungjawab dan prihatin.. Tapi tak salah kalau kak Ti share sikit tips kan.. Ialah… dalam keseronokan dan keterujaan, kadang lupa perkara-perkara yang kadang dianggap remeh ni..

  1. Pastikan anak-anak telah bersarapan sebelum mereka berlari
  2. kalau boleh, pakaikanlah anak-anak sun block supaya kulit mereka terlindung sepanjang event berlangsung
  3. Pastikan keselamatan anak-anak.. Pesan kat anak-anak jangan over excited sangat..sentiasa utamakan keselamatan..
  4. last but not least.. Berikan moral support pada anak-anak.. Apa pun kedudukan mereka, jangan sesekali ucapkan kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat mereka..

Akhir kata, majulah sukan untuk negara.. Jangan lupa daftarkan anak-anak tau. Masa dan semakin suntuk.. Tinggal sehari je lagi untuk daftar.. So.. Pi daftarkan anak lekaih..

Facebook Comments Box

2 thoughts on “Fun Run Khas Untuk Kanak-Kanak – Kids Eco Dash 2.0 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published.