Join Program FitSuperb Kapten Black Boleh Kurus ke?
FITSUPERB – CABARAN JOM KURUS DALAM 5 MINGGU
Assalamualaikum… Bismillahirrahmanirrahim… Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Korang ingat tak kak Ti pernah share pasal Program Jom Kurus 1 Malaysia yang kak Ti join beberapa bulan yang lepas. Program tu dah pun selamat melabuhkan tirainya awal bulan yang lepas dengan acara 5km fun run yang diadakan kat Taman Pertanian Shah Alam menjadi acara penutup untuk JK1M10.
Yang paling best kan.. Team KLCC di bawah bimbingan Kapten Black berjaya jadi juara sekali lagi.. Yeayyyyy!!! Perghhh!!! Salute pada Kapten Black dan semua KLCC Charlie yang dah berjuang sepenuh hati bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka. Tapi, dengan semangat dan pengorbanan yang diorang berikan, memanglah diorang selayaknya jadi juara.. Kak Ti pun tumpang bangga lag jugak walaupun just jadi penyumbang pingat perak je.. I am definitely a proud CHARLIE!!! Yearrrrghh!! (Amboiii!! Overnya kak Ti.. Hehehehe)
Kebiasaanya, bila dah habis musim JK1M, setiap Team Leader akan continue dengan program diorang sendiri sementara nak tunggu JK1M musim seterusnya. Alhamdulillah, kak Ti sekali berpeluang berada di bawah bimbingan Kapten Black melalui program FITSUPERB yang dah pun masuk musim ke 4. Selain dari peserta-peserta baru, kebanyakan peserta-peserta FITSUPERB 4.0 adalah ‘returning participants’ dari musim FITSUPERB sebelumnya mahupun dari JKIM.
Hmmmm.. Bagus sangat ke Kapten Black sampai diorang ‘keep on joining’ program beliau ni? Maunya tak bagus korang.. Kak Ti lah salah satu ‘living proof’ dan testimoni keberkesanan ‘coaching’ beliau. Dari mak mak mok.. Alhamdulillah sekarang dah makin mengecik. Alhamdulillah.. Berjaya turun nak dekat 6kg dalam masa 6 minggu..
Dah tu kenapa kak Ti join lagi? Kan dah boleh buat sendiri.. Hmmm.. Workout sorang-sorang kan boring.. Lagipun, Kak Ti ni jenis yang cepat bosan bila buat benda sorang-sorang.. Bila workout ramai-ramai motivasi nak workout tu tinggi. Hehehe.. Korang ada yang mcm kak Ti?
Sebelum kak Ti membebel lagi panjang.. Meh kak Ti nak cerita apa tu Program FITSUPERB 4.0 yang dah pun seleai tu.. Huhuhu.. Cepatnya masa berlalu.. Dah habis dah FitSuperb 4.o.. Korang yang dah terlepas sesi ni.. Tunggu sesi 5.0 tau.. Bila ada je.. cepat-cepat join tau..
FITSUPERB 4.0
– Merupakan Program fitness di bawah bimbingan Kapten Black yang diadakan selama 5 minggu
– FITSUPERB 4.0 diadakan di dua kawasan iaitu KLCC (6.00-7.30 pm) & Kem Sungai Besi (9-10.30pm), 3 kali seminggu (Selasa, Rabu & Khamis)
– Sesi workout tak pernah dan tak sempat nak membosankan sebab setiap minggu korang akan lakukan workout yang berbeza termasuklah sesi jungle trekking, hiking, caving dam macam-macam lagi.
– Workout yang korang akan buat antaranya Upper & Lower Body Workout, Abs & Core Workout, Hip & Glute Workout, Advance Total Body Workout, Tabata dan HIIT Workout.
– Setiap minggu, fitness level korang juga akan diuji dan penurunan berat badan juga akan diPantau melalui sesi timbangan setiap minggu. Korang perlu turunkan sekurang kurangnya 1kg seminggu atau korang terpaksa berhadapan dengan dendanya.. Hahahahaha..
Ok.. Selain sesi workout, korang juga akan dibimbing tentang cara pemakanan yang betul dan sihat. Ialah.. Ada sesetangah orang.. Dia ingat bila dah galak bersenam, bolehla belasah je makan apa sahaja yang lalu depan mata. Pastu bila berat badan tak berubah, mulalah semua benda dan semua orang salah. Walhal penyebab utama berat badan tak turun disebabkan cara pemakanan yang tak betul.
Salah satu cara Kapten Black bantu korang yang join FITSUPERB ni paham tentang cara pemakanan yang betul adalah dengan cara korang perlu hantar laporan menu korang setiap hari, minggu demi minggu. Contohnya, minggu pertama, korang perlu hantar menu sarapan, minggu kedua menu makan tengah hari dan minggu ketiga, menu makan malam. Kapten Black kemudiannya akan pilih menu-menu peserta yang terbaik untuk dijadikan sebagai panduan kepada peserta lain.
Macam kak Ti bagitau tadi, bila kita workout secara berjemaah ni, semangat dan motivasi nak workout tu berbeza dengan bila kita workout sorang-sorang. Tambah-tambah lagi bila ada yang monitor prestasi kita. Lagi satu, bila badan dah dibiasakan dengan workout, korang akan dapat rasakan perubahan pada badan korang sendiri. Badan akan rasa lebih segar dan lebih bertenaga.
FITSUPERB 4.0 dahpun sampai ke penghujungnya. Tapi korang jangan risau, macam yang kak Ti cakap awal-awal tadi.. Korang yang terlepas sesi FIRSUPERB 4.0 boleh join sesi FIT SUPERB 5.0 pulak.
Ehhh!! Jap… Lupa pulak.. Haa!! Kak Ti ada berita baik untuk korang yang dah boring tengok badan sendiri yang bila pakai baju apa pun nampak serba tak kena. Sempena bulan puasa yang bakal menjelma ni, Kapten Black memperkenalkan PROGRAM FITRAYA khas untuk bantu kurang dapatkan bentuk badan idaman dan beraya sakan dengan body yang merecik.
Tapi.. kan puasa kak Ti.. Larat ke nak bersenam bagai.. InsyaAllah boleh punya.. Kak Ti biasa buat masa JK1M10 dan juga masa FITSUPERB 4.0 ni. Alhamdulillah takde apa-apa kemudharatan yang berlaku.. Lagipun , Program FitRaya ni memang di design khas untuk sesi bulan puasa.. Jadi mestilah Kapten Black dan teamnya dah pertimbangkan senaman-senaman yang sesuai dan yang tak sesuai dijalankan semasa bulan puasa.. So, korang jangan risaulah.. Tapi kalau korang risau jugak dan nak tau lebih lagi untuk hilangkan risau korang tu, Korang boleh hubungi Kapten Black.
Hmmmm… Tapi kan.. (berapa banyak tapi daaaa…)FitRaya pun dah nak sampai ke penghujung. Ini kak Ti just nak bagitau korang yang time puasa pun boleh je bersenam. Kalau korang nak tau, ada peserta yang penurunan berat dia remarkable tau. Al maklumlah, dahlah berpuasa, bersenam, pastu istiqamah pulak jaga makan, memang mantoplah hasilnya kan. Takpelah.. Perjalanan kak Ti dalam Fit Raya kak Ti sembang kat entry lain ek.
Ok.. Kalau korang betul-betul nak dapatkan berat badan ideal, Kak Ti nak seru kat korang.. Jangan lepaskan peluang untuk join FITSUPERB 5.0 yang akan bermula 30/6/18 ni. Contact Kapten Black & Team tau.. Tapiii (Hmm tapi lagii.. Hahahaha) Tapi.. Kalau korang sayang sangat dengan lemak-lemak tepu korang tu, tak yah lah buat apa-apa.. Tak yah contact pun no yang kak Ti bagi kat bawah ni.. Tengok je lah orang lain berbody fit meletop..
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, hubungi:
whatsapp : +6013 3310702
Instagram : @kaptblack
Facebook : Kapten Black
1 thought on “Join Program FitSuperb Kapten Black Boleh Kurus ke?”