Eatslim Lifestyle – Kurus Dengan Makan Sedap & Tanpa Perlu Berlapar
EATSLIM LIFESTYLE – SIAPA KATA NAK DIET TAK BOLEH MAKAN SEDAP?
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t serta salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Mengikut kajian, negara kita merupakan antara negara yang paling ramai penduduk yang mengalami masalah obesiti. Satu dari dua rakyat Malaysia merupakan pengidap obesiti.
Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar obesiti dalam kalangan penduduk berbanding dengan negara ASEAN yang lain (PPIM)
Makanan dan Cara Pemakanan
Banyak faktor yang menyumbang kepada statistik jumlah pengidap obesiti dalam negara kita dan salah satu punca utamanya adalah tak lain dan tak bukan kerana faktor makanan dan cara pemakanan rakyat negara kita.
Kak Ti tak heran pun kalau makanan dan cara pemakanan jadi punca utama. Tengok jelah sekeliling kita. Negara kita kan memang terkenal dengan kepelbagaian dan kesedapan makanannya.
Apatah lagi dengan adanya berbilang kaum kat negara kita makin menambah lagi kepelbagaian makanan yang ada. Dari pagai sampai ke awal pagi lagi, sentiasa ada pilihan makanan yang sedap sedap untuk dinikmati.
Makanan Tak Salah
Tapi kan, kalau nak salahkan makanan semata mata, tak adil lah pulak kan. Sebab segala galanya sebenarnya terpulang kepada pilihan pilihan yang kita buat. Tak salah untuk menikmati makanan yang sedap tapi biarlah dalam portion yang bersesuaian. Dan lagi, sekarang ni kita boleh je menikmati makanan yang sedap tapi sehat serta dengan kalori yang terkawal.
Tapi kan, bila nak cakap pasal makanan sehat pada kebiasaanya nak dapatkan bahan mentah tu memanglah tak mudah. Kalau ada pun, selain dari harganya yang kayangan, kadang status Halal nya pun meragukan.
Eatslim Lifestyle di Selayang Height
Haaa.. Ni yang kak Ti nak cerita ni. Baru baru ni kak Ti ada attend perasmian outlet baru Eatslim iaitu Eatslim Lifestyle kat Selayang Heights, Batu Cave (baca sampai habis tau, kak Ti akan share info lengakap kat bawah).
Eatslim Lifestyle – Pengedar Makanan Diet
Untuk pengetahuan korang, Eatslim merupakan pengedar makanan diet tanpa tepung, tanpa gula, rendah karbohidrat dan rendah kalori untuk membantu orang kurangkan berat badan dan juga reverse diabetes.
Pendek kata, Eatslim Lifestyle memang syurga bagi pengamal Keto Diet. Kat sini memang serba serbi ada untuk para pengamal Keto diet. Nak beli bahan mentah ada, nak beli yang dan ready cooked pun ada.
Puan Adda Uwais – Founder Eatslim Lifestyle
Yang menariknya kan, owner Eatslim Lifestyle sendiri iaitu Puan Adda Uwais (boleh cek instagram beliau Addauwais) pernah mengalami masalah berat badan. Sehinggalah beliau menukar cara pemakanan beliau dan beralih mengamalkan diet Keto sejak tahun 2012 serta berjaya hilang 25kg dalam masa 3 bulan.
Sejak itu, beliau tak menoleh ke belakang lagi dan terus mengamalkn diet Keto yang akhirnya menjadi gaya pemakanan beliau sehinggalah ke hari ini. Kalau baca cerita puan Adda ni (Baca kat sini) memang sangat mengisnpirasi.
Tak nak sehat sorang sorang, puan Adda juga berkongsi tips tips kejayaan beliau menurunkan berat badan ini dengan orang ramai. Beliau sendiri telah coaching lebih dari 500 peserta yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan dalam satu program yang beliau kendalikan bersama sama dengan team coaching beliau di bawah program Projek K.
Makanan Sehat Tak Sedap?
Ok. Kak Ti nak sambung balik cerita pasal Eatslim Lifestyle. Sebelum tu kak Ti nak tanya. Kalau sebut pasal makanan sehat apa yang akan terlintas dalam fikiran korang?
Jujur.. Mesti benda pertama yang akan terlintas difikiran adalah betapa tak sedapnya makanan tersebut kan? Hahahaha. Takpe bukan korang je yang akan fikir macam tu. Kak Ti pun sama.
Tapi, kak Ti memang surprise sangat bila kak Ti rasa sendiri makanan yang disediakan oleh pihak Eatslim Lifestyle pada hari tersebut. Kenapa kak Ti surprise? Sebabnya rasa dia sedap sangat uolls. Especially bergedil dia dengan desert ala ala ais batu campur dia tu. Buat teringat ingat.
Tahniah pada chef Eatslim Lifestyle sebab berjaya mejadikan makanan sehat itu sesuatu yang sedap untuk dinikmati tanpa rasa bersalah. Makan sedap dan sehat tapi masih dalam kuantiti dan kalori yang terkawal.
Jumpa Stevia dan Konjac di Eatslim Lifestyle
Kalau korang pernah baca pengalaman kak Ti dengan program Jom Kurus, korang mesti tau yang kak Ti pun ada masalah untuk mengawal berat badan. Untungnya, masa join program tersebut, selain dari senaman, kami juga didedahkan dengan gaya dan cara pemakanan yang sehat.
Sebab tu boleh dikata kak Ti agak familiar jugaklah dengan makanan makanan diet macam peanut butter sehat, gula sehat, konjac, stevia dan lain-lain. In fact, kak Ti dan Tuan Syed pernah jadi pengguna tegar stevia dan juga konjac.
Malangnya, kami terpaksa stop guna stevia dan konjac bila bekalan terputus sebab susah nak dapatkan bekalan tersebut. Masa kat premis Eatslim Lifestyle kak Ti memang teruja sangat bila nampak kat situ ada menjual stevia dan juga konjac. Lepas ni Kak Ti taulah kat mana pergi untuk dapatkan bekalan.
Sebelum balik tu sempatlah kak Ti beli stok stevia dan sekarang ni memang sentiasa ada dalam handbag kak Ti. Konjac pulak kak Ti tak beli sebab yang ni kena ajak Tuan Syed datang sekali untuk pilih. Dia yang lebih tau berkenaan konjac ni berbanding kak Ti. hehehehe.
Diet Perlu Menderita ke?
Hmmm.. Ini pemikiran kuno. Diet yang bijak dan betul tak akan buat kita menderita. Kenapa kita perlu pilih derita jika kita boleh menikmati proses berdiet tu dengan gembira. Eatslim Lifestyle kan ada. Jangan risau, semua produk yang ada kat sini Halal. Korang boleh guna dengan yakin.
Oklah..Untuk korang yang sedang berdiet atau berniat untuk berdiet, make sure korang datang ke Eatslim Lifestyle ni tau. Jangan risau,staf-staf kat Eatslim Lifestyle ni semuanya peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu menjawab persoalan korang.
Untuk info lanjut korang boleh tengok kat bawah ni:
Nombor Talifon Tetap/Bimbit : 03-61278906 / 010-552 4025 / 018-2909005
(Nak lagi mudah klik sini)
Alamat : No. B-G-08, P8 Avenue, Jalan Sh 1/1, Selayang Heights 68100 Batu Caves, Selangor. (Waze : Eatslim Lifestyle)
Website : eatslimlifestyle.com
Facebook : @eatnslimmealplan
Instagram : @eatnslim_mealplan
TikTok : @addauwais